Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Slurp! Diiktiraf Pemenang Kategori “Best of Retail and Supply Chain Management” di MSC Malaysia APICTA 2017 Awards

2.43K 0

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Silentmode Sdn. Bhd. (“Slurp!”), pembangun sistem teriminal pusat jualan (POS) berasaskan pengkomputeran awan, Slurp!, yang mempunyai pengkhususan dalam sektor industri makanan dan minuman (F&B) telah muncul sebagai pemenang bagi kategori Best of Retail and Supply Chain Management di MSC Malaysia APICTA 2017 Awards. Sebagai pemenang Slurp! menerima sebuah tropi dan sekeping sijil. Di samping itu, Slurp! akan mewakili Malaysia di International APICTA 2017 yang bakal diadakan di Dhaka bulan Disember nanti. Anugerah tersebut disampaikan di dalam sebuah majlis berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat, 13 Oktober 2017. MSC Malaysia APICTA 2017 adalah dianjurkan oleh National ICT Associaation of Malaysia (PIKOM) dan inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Reza Razali, CEO and Co-founder of Slurp!

Reza Razali, ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama Slurp! berkata, “Kami sangat gembira kerana telah menerima anugerah bagi kategori Best of Retail and Suuply Chain Management dari MSC Malaysia APICTA tahun ini. Sejak pelancaran kami tahun 2014, memang telah banyak cabaran yang kami berjaya atasi dalam usaha memperkenalkan cara moden menguruskan perniagaan kedai makanan dan minuman atau F&B. Kami menghargai pihak hakim di MSC Malaysia APICTA yang turut memberi perhatian terhadap kemajuan kami ini dan juga kerana mereka telah memberi kami anugerah ini. Ia adalah suatu penghormatan. Terima kasih PIKOM dan MDEC.”

Chin Chee Seong, Pengerusi PIKOM berkata, “PIKOM mengucapkan tahniah kepada Silentmode di atas kejayaan mereka. Produknya sungguh inovatif dan kami harap anugerah ini akan memacu mereka ke arah kejayaan lebih besar lagi.”

Mula dikeluarkan pada Jun 2014, Slurp! kini mempunyai lebih 500 outlet F&B sebagai pelanggan di beberapa bandar utama Malaysia.

“Di Slurp! kami cuba menambahbaik cara orang menjalankkan operasi perniagaan kedai makanan dan minuman (F&B) mereka melalui suatu sistem atas talian yang mudah digunapakai. Sesuatu yang baru untuk mereka ialah, kami juga menyediakan data analitik yang mana ia boleh membantu pengusaha-pengusaha F&B membuat keputusan lebih baik tentang hal-hal seperti pengurusan staf, pemesanan makanan dan pengurusan inventori. Kini, restoran atau kafe tidak lagi perlu terlalu hanya bengantung kepada kertas untuk merekodkan jualan kedai, ambil pesanan dari pelanggan dan lain-lain tugasan,”Reza menerangkan lagi.

“Kami hargai kewujudan platfom seperti MSC Malaysia APICTA yang aktif memainkan peranan dalam meraikan jenama-jenama dan usahawan-usahawan teknologi tempatan. Akhirnya, ia memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhan,” Reza berkata.

Mengenai Slurp!

Slurp! merupakan sistem terminal pusat jualan (POS) berasaskan pengkomputeran awan yang mudah digunakan dan boleh dikhususkan mengikut keperluan pengguna yang kini ditawarkan kepada perniagaan runcit F&B. Dengan ciri-ciri termaju Slurp!, pemilik perniagaan tidak lagi perlu risau mengenai kerja-kerja memantau atau menjalankan operasi F&B mereka secara manual. Sebagai sistem pelbagai fungsi yang dikhususkan untuk peruncitan F&B, Slurp! mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pemilik F&B. Slurp! dimiliki oleh Silentmode Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.getslurp.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.