Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Malaysian Rice Bowl Startup Awards 2017 Umumkan Pemenang Sirkit Kebangsaan

2.7K 0
Malaysian Rice Bowl Startup Awards 2017 Umumkan Pemenang Sirkit Kebangsaan

KUALA LUMPUR, – Seramai 12 peserta Pemenenang Anugerah Malaysian Rice Bowl Startup 2017 telah diumumkan dengan penuh gilang-gemilang.  Kesemua 12 peserta akan mewakili negara untuk pusingan akhir Anugerah ASEAN Rice Bowl Startup 2017 pada bulan Disember nanti.

Lebih 1800 pencalonan telah melalui proses penilaian berasaskan Penilaian Rice Bowl. Mereka dinilai berdasarkan tiga perkara – Pertumbuhan (potensi pertumbuhan sebenar), Skala dan Impak. Pencalonan dibuka kepada semua syarikat yang ditubuhkan sejak tempoh lima tahun yang lalu dari mana-mana negara ASEAN.

MALAYSIA RICE BOWL

Credit: Jeevan Kumar of Zoom

Startup of the Year telah dianugerahkan kepada Zoom, pakar penghantaran atas-permintaan, berdasarkan pertumbuhan syarikat ini yang mengagumkan. Dalam tempoh 12 bulan, mereka telah mewujudkan satu platform teknologi yang luas untuk menyokong keperluan logistik bagi peniaga-peniaga e-dagang, dan telah berkembang ke negara-negara jiran seperti Indonesia, dan pada masa yang sama memberikan latihan yang baik kepada delivery riders.

Pemenang Anugera Malaysia Rice Bowl Startup 2017 adalah seperti berikut:

  • Best Social Impact Startup,
    MyCash Online;
  • Best Smart City Solution,
    ZYQ Engineering;
  • Best e-Commerce/Supply Chain Startup,
    Easy Parcel;
  • Best Healthy Lifestyle Tech Startup,
    Koyara;
  • Best Lifesciences/ Medtech Startup,
    UMCH Technology;
  • Best Fintech Startup,
    Jirnexu;
  • Best Deeptech / AI / Big Data Startup,
    Glueck Technologies.

Image Credit: Clarence Leong of EasyParcel

Image Credit: WORQ

Fouder of the year: Aaron Sarma of Touristly | Credit Image Vulcan Post

Anugerah Founder of the Year telah dimenangi oleh Aaron Sarma dari Touristly dan Anugerah Best Newcommer dimenangi oleh BuildEasy.

Bagi kategori Ecosystem Support, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre’s (MaGIC) Global Accelerator Program telah memenangi anugerah Best Accelerator Program, dan WORQ memenangi Best Coworking Space.

TERAJU menerima anugerah Best Startup Ecosystem Initiative untuk Skim Bumiputera Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB); dan anugerah Chairman’s Choice Award diberikan kepada Zepto.

“Rice Bowl telah masuk tahun ketiga dan ia adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia permulaan di rantau ini. Dengan ASEAN Rice Bowl Startup Awards menjadi sirkit rasmi Asia Tenggara bagi Global Startup Awards, jenama “Rice Bowl” kini telah menjadi sinonim sebagai pelantar yang dihormati bagi wira permulaan tempatan untuk diberikan peluang kepada akses pasaran, pembiayaan dan pendedahan media,” kata Lilyana Latif, Ketua Pegawai Operasi  New Entrepreneurs Foundation (myNEF) yang juga merangkap Pengerusi ASEAN Rice Bowl Startup.

“Ia satu penghormatan yang hebat untuk menjadi pemenang Rice Bowl.” MyNEF adalah pemilik jenama dan penganjur utama Rice Bowl.

Pemenang litar akan berpeluang untuk menyertai program pertukaran rentas serantau sama ada di dalam ASEAN dan di seluruh dunia; mendapatkan pendedahan peluang pembiayaan melalui skim pemadanan pelabur Rice Bowl yang dibentuk dengan rakan kongsi dan pelabur serantau; dan memanfaatkan rangkaian media serantau untuk publisiti dan pendedahan media.

Image Credit: Mohd Izzairi Yamin of ZeptoExpress

Juga hadir pada acara untuk menyampaikan trofi anugerah Rice Bowl Tersebut adalah YM Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, Pengarah Unit ASEAN di Matrade; Dato’ Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); Rashdan Ramlee, presiden myNEF; Khalek Awang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah; Nazrin Hassan, Ketua Pengarah Operasi Cradle; Juliana Jan, Ketua Pegawai Pelaburan Cradle; Yusnee Rahmat Yusof, Pengarah ACE MaGIC; Azim Pa’wanchik, Pengarah Urusan Alpha Catalyst Consulting; Melinda Looi, award-winning designer dan pemilik Mellooi Creations; dan Manminder Kaur Dillon, Ketua Pegawai Operasi Supernewsroom.

 

Sumber: BusinessInsider

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.