Terdapat beberapa cara untuk mengumpul modal permulaan untuk perniagaan. Antaranya, menggunakan wang simpanan dan dari sumbangan keluarga, membuat pinjaman perniagaan dari institusi kewangan seperti SME Bank, mendapatkan pelabur dari Angel Invester atau Venture Capital dengan menawarkan pegangan saham tertentu; Atau mendapatkan geran-geran yang ditawarkan oleh agensi-agensi pembiayaan seperti Cradle, SME Corp dan sebagainya.
Setiap kaedah mengumpul modal permulaan yang dinyatakan diatas mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kaedah dan menjadi trend terkini mengumpul modal, iaitu dari aktiviti Crowdfunding.
Crowdfunding bermaksud mengumpul sejumlah modal dari kumpulan orang yang ramai untuk membiaya sesuatu projek, selalunya melalui internet. Kumpulan yang memberi modal ini, biasanya berminat dengan idea atau projek yang ingin kita jadikan kenyataan.
Jika di pasaran antarabangsa wujudnya laman seperti Kickstarter.com, Indiegogo, GoFundMe dan sebagainya untuk mengumpul modal secara Crowdfunding, di negara kita juga terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Malah terdapat 10 laman yang menawarkan crowdfunding kepada syarikat pemulaan atau individu yang beraspirasi tinggi. Berikut adalah 10 laman crowdfunding untuk kumpul modal permulaan supaya anda boleh kickstart idea anda.
1. PitchIN.my
Diasaskan oleh Sam Shafie dan Kashminder Singh pada 2012, Pitchin adalah platform crowdfunding paling berjaya di Asia Tengara dengan rekod kejayaan melaksanakan projek seperti Indie Festival pertama di Penang TAPAUfest, dan sebuah projek T-shirt sempena sambutan Hari Malaysia dan Merderka 2014, TeeSomethingNice. pitchIN membenarkan Reward Crowdfunding dimana idea yang di bentangkan (pitch) kepada orang awam dan penyokong akan menerima ganjaran dari pemilik projek. PitchIn juga mengimplimentasikan Equity Crowdfunding dimana syarikat boleh menggunakan mekanisma atas talian untuk mengumpul modal dari pelabur sebagai pertukaran untuk saham syarikat.
Khabarnya, Runcloud akan mengumpul dana melalui PitchIn tidak lama lagi. Mungkin anda berpeluang untuk menjadi pelabur atau penyokong bagi projek ini.
2. EthisKapital.com
Platfotm Crowdfunding bersifat Islamik ini adalah jalinan kerjasama (JV) antara Ethis Crowd dari Singapore, Kapital Boost dari Indonesia dan Ahli perniagaan dari Malaysia. EthisKapital.com, ditubuhkan pada 2016 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Umar Munsyi, ia adalah P2P Crowdfunding Islamik pertama didunia yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia juga patuh syariah mengikut ketetapan ISRA. EthisKapital permah memenangi Rice Bowl Startup Awards 2015
3. Skolafund.com
Objektif crowfunding laman ini sedikit berbeza dengan laman crowdfunding yang lain. Ia lebih kepada konsep pemberian biasiswa. Diasaskan oleh Tengku Syamil dan Syakir Hashim pada tahun 2015, platform Skolafund memadankan pelajar dengan pembiaya yang berpotensi. Pelantar ini membolehkan pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat universiti mengumpul dana untuk membiayai yuran pendidikan atau apa-apa sahaja perbelanjaan yang berkaitan dengan pendidikan. Skolafund menyediakan saluran alternatif untuk mendapatkan biasiswa tanpa memerlukan merit seperti biasiswa konvensional.
4. Ata-Plus.com
Antara pelantar crowdfunding pertama di Malaysia, ATA Plus di tubuhkan oleh Aimi Aizal Nasharuddin, Elain Lockman dan Kyri Andreou, pelantar Equity Crowdfunding ini bertujuan untuk mendemokrasikan kemasukan kewangan dengan memadankan modal dengan perniagaan yang berpotensi.
Salah satu projek yang berjaya mengumpul pembiayaan dari ATA Plus adalah PurelyB. Ditubuhkan oleh CEO Jesrina Arshad dan COO Stephanie Ooi, syarikat ini berjaya mengumpul RM1,820,000, 607% daripada sasaran asal. Sesuatu yang amat menakjubkan.
Dan untuk pengetahuan anda juga, SkolaFund juga pernah dan berjaya mendapat pembiayaan dari Ata Plus, sejumlah RM300,000, 300% dari sasaran asal.
5. Give.my
Give.my adalah salah satu pelantar crowdfunding untuk pendidikan yang berkonsepkan derma. Give.my membolehkan orang awam untuk memberikan sumbangan terus kepada para guru di seluruh Malaysia. Give.my dibangunkan untuk memberi peluang kepada para pendidik yang ingin menjalankan projek kreatif untuk para pelajar tetapi mendapat kesukaran mendapatkan modal untuk pembiayaan. Antara projek yang dijalankan adalah seperti ruang pembelajaran kreatif di sekolah, lawatan sambil belajar, bengkel dan kempen kesedaran dan sebagainya. Diasaskan oleh Kal Joffers, Felix Chong Wai Ming and Chan Oga pada 2015.
6. 100percentproject.org
Sama seperti Give.my, plantar crowdfunding untuk pendidikan ini di tubuhkan oleh Amelia Tan, Andrew Yong dan Karthik Karunanithy pada 2016. Matlamatnya adalah untuk membantu guru menyediakan pengalaman belajar yang terbaik dengan membenarkan orang awam memberikan sokongan kepada projek bilik darjah. 100percentprojek.org pernah memenangi anugerah Rice Bowl Startup Awards kategori “Best Social Enterprise of The Year” pada tahun 2016. 7.
7. AlixGlobal.com
Alix Global ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Aggelld Quah dan dibantu oleh 8 orang profesional dengan pengalaman antarabangsa dalam pelbagai bidang. Operator Equiti Crowdfunding ini, diiktiraf dan dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta menjalinkan kerjasama dengan FundByMe dari Sweeden. Alix Global menyediakan pelantar kepada syarikat yang mencari pembiayaan alternatif. Malalui proses tapisan yang tegas, syarikat berpeluang untuk berinteraksi dengan pelabur di seluruh dunia melalui pelantar FundByMe.
8. CrowdPlus.asia
Ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Teh Kim Seng, CrowdPlus.asia adalah pelantar Equity Crowdfunding yang disokong oleh Netrove Ventures Group, sebuah firma Venture Capital berasaskan teknologi dan Propellar Corporation Ltd, operator Equity Crowdfunding berpusat Hong Kong. Menjadikan Malaysia sebagai hub bagi rantau ASEAN, CrowdPlus.Asia berkerjasma dengan pelbagai agensi kerajaan di Malaysia dan serantau. Disamping itu, CrowdPlus.Asia meneroka inkubator peringkat awal dan melabur dalam kumpulan rangkaian di seluruh rantau bagi membina ekosistem untuk usahawan bergaul mencari kumpulan yang sesuai.
9. MyStartr.com
Pelantar ini adalah bagi syarikat atau individu yang beraspirasi untuk merialisasikan projek seperti filem, muzik, seni, permainan video atau teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Lim Hock Lam dan Goh Boon Peng, MyStartr telah membiayai projek bernilai lebih RM1 juta. Konsep Crowdfunding MyStartr.com lebih menyerupai Kickstarter.com berbanding pelantar crowdfunding yang lain yang lebih kepada ekuiti daripada ganjaran.
10. Crowdo.com
Crowdo.com adalah pelantar Equity Crowdfunding yang pertama berdaftar dengan Suruhanjaya Securiti Malaysia. Pelantar ini menawarkan pelbagai bentuk pembiayaan termasuk equity crowdfunding dan juga pinjaman peer-to-business (p2b). Dilancarkan pada tahun 2013, Crowdo adalah adalah antara platform crowdfunding terbesar dengan lebih 17,000 ahli (2015 Q3) dengan pejabat yang terletak di 3 lokasi utama, Kuala Lumpur, Singapore dan Jakarta. S
Satu contoh Projek yang berjaya mendapat pembiayaan adalah The Parenthood. Di mulakan oleh Lilian Chan dan Leeroy Lee, mereka berjaya mengumpul lebih RM2,600,000 juta dari sasaran iaitu RM1,050,000.
Lain-lain Pelantar Crowdfunding:
- Eureeca.com, berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,
- Fundaztic.com, lebih kepada pinjaman perniagaan
- community.webe.com.my, pelantar crowdfunding dibawah TM Group