Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Realisasikan Idea Anda Dengan Kickstarter.com

644 3
Realisasikan Idea Anda Dengan Kickstarter.com

Anda seorang pengaturcara perisan yang bercita-cita tinggi. Satu hari, anda mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah aplikasi android yang dapat memudahkan orang ramai melakukan tempahan kereta sewa melalui aplikasi yang anda cipta. Masalahnya, pembangunan aplikasi tersebut memerlukan modal yang besar untuk menampung operasi di belakang tadbir.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencari modal adalah mencari rakan kongsi yang mempunyai poket tebal, atau anda boleh memohon geran dari kerajaan atau agensi swasta. Ataupun anda boleh juga membuat pinjaman dari institusi kewangan. Semua kaedah yang dinyatakan mempunyai pro dan kontra. Tetapi pernah tak terfikir untuk mengumpul modal melalui “Crowdfunding?”

Crowdfunding bermaksud mengumpul sejumlah modal dari kumpulan orang yang ramai untuk membiaya sesuatu projek, selalunya melalui internet. Kumpulan yang memberi modal ini, biasanya berminat dengan idea atau projek yang ingin kita jadikan kenyataan.

Satu-satunya tempat yang anda boleh lakukan demikian dengan adalah melalui Kickstarter.com

Statistik di Kickstarter.com

Sejak April 28, 2009, 14 juta orang telah menyokong (backers) projek yang terdapat pada Kickstarter. Sebanyak USD3.3 billion telah dijanjikan (pledged) dan 131,919 projek telah berjaya dibiaya. Kickstarter adalah sebuah pelantar pembiayaan untuk projek-projek kreatif seperti filem, permainan video, muzik, seni dan teknologi.
Laman ini penuh dengan idea-idea yang inovatif, imaginatif dan bercita-cita tinggi. Yang dijadikan kenyataan dengan sokongan orang ramai.

Kickstarter dicipta dan dipengerusikan oleh Perry Chen bersama pengasas bersama,Charles Adler, Yancey Strickler. Idea untuk menubuhkan Kickstarter datang dari Perry Chan yang gagal menjemput sepasang DJ untuk membuat persembahan di Festival Jazz 2002 disebabkan oleh kerana kos bayaran yang mahal. Dari situ, beliau mendapat ilham.

Menurutnya “Apa kata jika orang ramai boleh pergi ke sebuah laman dan memberi komitmen untuk membeli tiket suatu persembahan? Jika sejumlah wang telah di kumpul dari orang yang memberi komitmen, mereka akan di kenakan caj dan persembahan akan dilaksanakan, jika tidak mencukupi, persembahan tidak akan dijalankan”

Dari situ, bermulalah usaha beliau untuk menubuhkan Kickstarter.

Bagaimana Kickstarter Berfungsi?

Individu yang berminat akan mula dengan menghasilkan laman projek. Mereka mempunyai kawalan sepenuhnya, bertanggungjawab dan bebas memasukkan isi kandungan seperti video, audio grafik dan sebagainya. Setiap projek akan disertakan dengan ganjaran yang akan diberikan kepada penyokong. Apabila telah siap, pencipta projek tersebut akan lancarkan projek tersebut kepada komuniti berkenaan.

Setiap pencipta projek akan meletakkan sasaran jumlah pembiayaan dan tarik tamat tempoh. Jika orang ramai suka dengan projek tersebut, mereka boleh pledge wang untuk merealisasikan projek tersebut. Jika projek berjaya mencapai sasaran, kad kredit setiap penyokong akan dicaj apabila tamat tempoh. Jika sasaran tidak dicapai, tiada caj dikenakan.

Kenapa Orang Ramai Menyokong Sesebuah Projek?

Sebahagian penyokong adalah individu yang mengenali pencipta projek, ada yang menyokong kerana menyanjung pencipta dan ada juga yang menyokong kerana terinspirasi dengan idea yang baru. Ada juga kerana ganjaran yang diberikan menarik perhatian seperti salinan produk siap, salinan edisi terhad dan sebagainya. Menyokong sesebuah projek bukan sekadar memberikan wang kepada pencipta, tetapi lebih kepada sokongan sebuah impian menjadi kenyataan.

Jika Dibiaya, Adakah Penyokong Akan Diberikan Hakmilik Atau Ekuiti?

Tidak, hak adalah milik 100% Pencipta projek. Kickstarter tidak boleh digunakan sebagai tempat untuk menjana keuntungan, ekuiti atau memberikan pinjaman. Meskipun terdapat projek yang dibiaya menjana wang, namun penyokong memberi bantuan untuk merialisasikan projek dan bukan untuk menjana keuntungan.

Bolehkan Kickstarter Digunakan Untuk Membiayai Apa-apa Sahaja?

Kickstarter membenarkan projek berkaitan dengan Seni, Komik, Kraf, Tarian, Reka Bentuk, Fesyen, Filem & Video, Makanan, Permainan, Kewartawanan, Muzik, Fotografi, Penerbitan, Teknologi, dan Teater. Projek hendaklah memiliki matlamat yang jelas, seperti menghasilkan, buku, permainan video atau bahan seni. Apabila tempoh projek tamat, pencipta haruslah melaksanakan projek tersebut.

Kickstarter tidak membenarkan sesuatu projek dijalankan bertujuan untuk mengumpul derma untuk kebajikan atau memberikan ganjaran dalam bentuk wang. Rujuk peraturan disini.

Siapa Yang Bertanggungjawab Untuk Menyelesaikan Projek Yang Dijanjikan?

Pencipta harus bertanggunjawab untuk menyelesaikan projek mereka. Kickstarter tidak terlibat dalam pembangunan projek. Kickstarter tidak menyiasat atau menjamin kebolehan pencipta untuk menyelesaikan projek mereka. Sebaliknya, penyokong yang menentukan nilai dan kesahihan sesuatu projek sekiranya mereka ingin membiaya.

Berapa Yuran Yang Dikenakan Dan Berapa Ramai Projek Dari Malaysia?

Yuran sebanyak 5% akan dikenakan terhadap jumlah dana yang terkumpul bagi projek yang berjaya mengumpul dana. Ini tidak termasuk yuran pemprosesan oleh payment processor diantara 3-5%.Setakat ini, terdapat 48 projek pada Kickstarter. 21 daripadanya berjaya disokong dengan jumlah dana antara RM2000 hingga RM2.7juta.

Oleh hal demikian, apa kata anda cuba crowdfunding untuk mengumpul modal melalui Kickstarter. Sebelum itu, cari bahan-bahan bacaan bagaimana pencipta projek yang berjaya mendapat sokongan dan pembiaaan, menghasilkan laman projek yang berjaya. Ia banyak bergantung kepada isi kualiti kandungan laman projek dan ketularan projek tersebut.

print

3 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.