Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pengasas Instagram “Unfriend” Facebook

2.28K 0

6 tahun lalu pengasas Instagram, Krieger dan Systrom membina Instagram dan menjualnya kepada Facebook dengan harga USD 715 juta. Pengguna Instagram ketika itu hanyalah sebanyak 30 juta orang.

Kini pengguna aktif Instagram mencecah 1 bilion orang sebulan. Menurut analisis Bloomberg Intelligence, nilai Instagram hari ini melebihi USD 100 bilion.

Ini merupakan antaran pelaburan paling menguntungkan bagi Facebook, dalam masa 6 tahun sahaja, nilai Instagram meningkat sebanyak 127% setahun, daripada USD 715 juta kepada USD 100 bilion dalam tempoh 6 tahun sahaja.

Di samping itu, pendapatan melalui iklan di Instagram meningkat 200% berbanding tahun lepas. Laporan Bloomberg menyatakan, pada tahun 2020 1/4 pendapatan Facebook datang daripada Instagram.

Minggu ini, dunia media sosial dikejutkan dengan berita pengasas Instagram meninggalkan Facebook Inc berpunca daripada ketegangan dengan CEO Mark Zuckerberg mengenai halatuju Instagram.

Pengasas Instagram menyatakan keputusan meninggalkan Facebook didalam satu post blog. Walau bagaimanapun, Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen setakat ini.

Kredit Imej: kapital.my

Sepanjang tempoh Instagram bersama Facebook, Systrom dan Krieger menolak beberapa inisiatif Facebook yang bertentangan dengan visi mereka.

Kebelakangan ini Facebook mengalami masalah kepercayaan daripada pengguna. Ianya berpunca daripada skandal privasi pengguna, berita palsu dan gangguan semasa pilihan raya.

Selain pengasas Instagram, pengasas Whatsapp, Jan Koum turut meninggalkan Facebook Inc April lalu. Washington Post melaporkan perkara Koum meninggalkannya kerana tidak bersetuju mengenai isu privasi data dan polisi penyulitan.

Setakat hari ini, pengguna Facebook sudah mencecah seramai 2.2 bilion dan agak sukar bagi mereka untuk mencari pengguna baru. Ini bermaksud Facebook akan bergantung kepada Instagram untuk berkembang.

Kredit Imej: Kredit: WeAreLMS

Instagram berjaya menarik pengguna muda yang mana menjadi masalah kepada Facebook. Sebahagian pengguna Facebook mula beralih ke Instagram bagi mengelak pertengkaran politik dan skandal privasi.

Keistimewaan Instagram adalah hampir semua orang ternama termasuklah artis, ahli korporat dan juga orang di sekeliling anda berkongsi gambar dan video tentang kisah menarik dalam hidup mereka.

Menurut artikel yang dikeluarkan portal teknologi Recode, pengguna media sosial lebih gemar menghabiskan masa di Instagram kerana ianya mewujudkan perasaan feel good feeling.

Adakah dengan pemergian Krieger dan Systrom keunikan Instagram akan hilang di masa hadapan?

Apa perancangan Krieger dan Systrom selepas ini, adakah mereka bakal melancarkan aplikasi media sosial yang baru.

Sumber asal: 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.