Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

InstaWeb, Idea Bulan dan Bintang Mohd. Issani Mat Isa Membuahkan Hasil

5.03K 0

Ini adalah antara kisah kejayaan anak tempatan yang membuktikan kejayaan kepada mereka yang memandang sebelah mata.

Orang KL, tetapi membesar di Melaka, Mohd. Issani Bin Mat Isa, adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan InstaWeb Sdn. Bhd. Graduan dari Multimedia Universiti Melaka ini adalah seorang yang optimis, berazam dan tidak mudah mengalah. Beliau telah buktikan kepada pengkritik dan “naysayers” bahawa ideanya akan membuahkan hasil.

Issani banyak mendapat inspirasi dan pengaruh cara berfikir dari pengasas Weebly, David Rusenko. Walaupun produk dikritik oleh orang ramai, David Rusenko masih bersemangat tinggi.

Walaubagaimanapu temuramah ini bukan mengenai David, tetapi Pengasas Instaweb Mohd. Issani Bin Mat Isa.

Instaweb adalah sebuah platform membina website secara automatik. Ia menukar kandungan Facebook Page kepada sebuah website dilengkapi dengan fungsi online shop, form builder, ReplyPM dan payment gateway dari Billplz.

Sebelum membangunkan InstaWeb, Issani menceburi perniagaan membina laman web, web hosting, dan fotografi melalui syarikat lamanya, Sannarts Design Studio. Beliau pernah menerima anugerah Best Web Design October 2012.

Inspirasi membangunkan InstaWeb hadir apabila beliau mendapat banyak tempahan dari rakan-rakan dalam satu masa.

“Idea InstaWeb ini datang apabila saya mendapat job untuk buat website serentak daripada kawan – kawan saya. Mereka tidak mempunyai bajet yang tinggi dan semua content mereka di Facebook Page. Dari situ la saya bermula macam mana nak buat instaweb.”

Dari situ, beliau membuat validasi daripada maklumbalas rakan-rakan.

Katanya “Mereka terkejut website siap dengan cepat dan mudah untuk mereka update.”

Ternyata memulakan sebuah syarikat permulaam bukan mudah. Bermula dengan wang modal dari poket sendiri, geran dari ICON3 MDEC dan pelaburan dari Angel Investor  yang datangnya dari ibu saudaranya, tahun pertama operasi InstaWeb amat mencabar. Ketika itu, beliau hanya memberikan separuh perhatian.

“Instaweb tahun pertama sangat challenging kerana masa tu saya masih bekerja di sebuah syarikat swasta, saya perlu juggle antara aktiviti startup dan kerja pejabat. “

Apabila beliau menerima tawaran untuk bekerjasama dengan TM-Info Media Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM), barulah Issani menumpukan sepenuhnya perhatiannya terhadap pembangunan Instaweb. TM-Info Media adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemasaran digital yang menggunakan InstaWeb sebagai pelantar membina laman web. 

Mengenang kembali pembinaan pelantar InstaWeb, Issani pernah terfikir untuk hentikan pembangunannya apabila pengaturcara pertama di syarikatnya tidak mahu teruskan dan memutuskan untuk berhenti kerja .

“Ini adalah idea bulan dan bintang…” kata bekas pengaturcara yang pertama.

Walaupun demikian, dorongan geran ICON3 MDEC berada di depan mata memutuskan niatnya untuk berhenti dan meneruskan pembangunan sehingga ke hari ini.

3 tahun kemudian, 7000 laman web telah terbina, 1,500 pelanggan berbayar dan RM11 Juta transaksi telah berlaku.

Pelantar InstaWeb adalah antara pembina laman segera yang menggunakan Graph API dari Facebook sebagai tualang belakang utama. Meskipun algoritma Facebook sentiasa berubah disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman, ia tidak memberi kesan kepada paparan kandungan pada laman yang dibina pada pelantar tersebut.

Bercita-cita tinggi, dalam masa 5 tahun, beliau mensasar menjadikan InstaWeb satu keperluan untuk semua perniagaan yang baru ingin bermula. Buat masa sekarang, Issani merancang untuk  memfokuskan usaha membantu perniagaan Brick and Mortar dengan menyediakan alat-alat yang dapat mengubah kearah pendigitalan perniagaan.

Meletakan dirinya sebagai seorang peneraju, beliau melihat sohor pada masa akan datang pendigitalan Brick dan Mortar akan lebih memberi kesan kepada kemajuan perniagaan edagagan.

“Digitalization of brick and mortar akan berlaku dengan cepat dan conversation commerce akan lebih memberi impak.”

Seorang bapa mithali, beliau menghabiskan masa bersama anak dan isteri di rumah atau keluar berjalan-jalan apabila tidak menguruskan InstaWeb. Andainya idea membangunkan InstaWeb tidak wujud, beliau tetap dengan pernigaan merekabentuk laman web dan web hosting yang masih berjalan sehingga kini.

Sebelum mengakhiri temuramah, beliau menambah,

“InstaWeb adalah sebuah Website Builder, bukan eCommerce platform. Kami fokus kepada perniagaan yang mahukan Digital Presence dan juga branding di World Wide Web. Online store feature adalah antara tool yang kami sediakan kepada peniaga yang mahu menjual barang online. Fokus kami adalah untuk membantu SMEs untuk mendapat tempat di dunia digital mengikut industri masing – masing.”

Layari laman InstaWeb untuk maklumat lanjut dan akses kepada Website Builder yang dapat membina sebuah laman web dalam 4 langkah sahaja.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.