Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

MADNILK – Sistem Emel Pemasaran Yang Baru Dan Moden

812 0

Terdapat pelbagai jenis sistem pemasaran emel yang berada di dalam pasaran dan ia boleh membuatkan anda keliru untuk memilih sistem yang terbaik untuk syarikat anda. Jika anda baru hendak bermula, atau tidak mahu terikat dengan yuran komitmen bulanan, ataupun tidak mahu menggunakan matawang Dollar untuk membayar disebabkan harga yang turun naik, maka MADNILK adalah pilihan.

MADNILK merupakan sistem emel pemasaran tempatan, alternatif kepada sistem-sistem pemasaran email luar negara yang kebanyakkannya mengenakan yuran bulanan atau tahunan dengan jumlah had pelanggan mengikut pakej tertentu. Sistem yang ditawarkan kini adalah kemaskini daripada sistem lama di mana terkini lebih ringkas dan intuatif berbanding sistem sebelum ini.

Baca sini untuk temuramah bersama Pengasas Madnilk

Berikut adalah ulasan mengenai Madnilk dan kenapa anda mahu guna perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat SaaS ini.

Harga Dan Ciri – Ciri

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, MADNILK menawarkan fungsi penuh tanpa had jumlah bilangan langganan. Tidak seperti sistem pemasaran email lain dimana fungsi ditawarkan mengikut pakej yang dipilih. Anda juga tidak dihadkan oleh jumlah bilangan langganan. Meskipun Madnilk mempunyai 3 pakej berbeza, ia hanya terikat kepada jumlah email yang boleh dihantar atau kredit, seperti “top-up”.

Selagi kredit anda tidak habis diguna, selagi itu anda boleh guna kesemua fungsi yang ditawarkan. Menariknya, sebaik sahaja anda mendaftar, anda akan diberikan 8,000 kredit percuma. Tidak kiralah apa sahaja pelan yang dipilih, anda akan menerima semua ciri – ciri penuh yang ditawarkan oleh MADNILK.

Terdapat 3 pelan yang berbeza bermula dengan RM100 dengan 20K kredit, pelan kedua RM250 untuk 60K kredit dan pelan yang paling popular adalah yang berharga RM500 untuk 160K kredit dimana anda dikenakan caj RM0.003 sahaja untuk setiap email

Pelan MADNILK adalah berbeza dengan pelan – pelan sistem pemasaran affiliate yang lain seperti Mailerlite, Aweber dan Getresponse. Hal ini kerana, mereka menggunakan cara pembayaran secara bulanan atau tahunan.

Cara pembayaran MADNILK adalah lebih mudah dan murah di mana anda tidak mempunyai komitmen secara bulanan atau tahunan dan anda hanya perlu menambah kredit apabila anda telah menghabiskannya. Jadi, ia bergantung kepada penggunaan anda ketika menghantar emel tersebut. Selain itu, sistem seperti Getresponse mengenakan bayaran mengikut jumlah pelanggan, tetapi MADNILK tidak memberikan had untuk jumlah pelanggan yang anda ingin tambah.

Senarai Pengurusan Pelanggan

MADNILK membenarkan anda untuk mencipta senarai tanpa had. Anda juga boleh mengimport senarai sedia ada jika anda telah mempunyai senarai sebelum ini. Dan terdapat checkbox  yang membolehkan anda melakukan “double opt-in” supaya emel yang diberikan oleh pelanggan adalah sahih.

Ciri ini akan memudahkan anda untuk memastikan setiap emel yang diberikan adalah sah kerana mereka akan menekan satu pautan atau butang yang akan dihantar kepada para pelanggan. Jadi, mereka akan sahkan melalui pautan tersebut dan anda boleh mula menambah emel tersebut ke dalam senarai anda.

Pada setiap senarai yang dibuat, anda boleh melihat data-data pelanggan yang telah langgan, menambah pelanggan secara manual tanpa had, mengedit maklumat pelanggan, dan memantau status langganan pelanggan dengan mudah dan efektif.

Pembina Emel Seret Dan Lepas Dan Templat

Kebanyakkan sistem emel pemasaran terkini menawarkan ciri pembina emel seret dan lepas di mana anda boleh mencipta templat email tersendiri dengan menggunakan elemen seret dan lepas yang disediakan. MADNILK juga menawarkan ciri istimewa ini di mana pelantar tersebut akan memastikan setiap emel yang dihasilkan berfungsi untuk setiap peranti dan juga sesuai untuk semua klien emel yang popular.

Oleh hal demikian, anda boleh mencipta emel yang ringkas atau menarik mengikut tema perayaan dengan menggunakan ciri ini.

Jika anda tidak mempunyai sebarang idea untuk membuat emel tersendiri, anda boleh menggunakan templat yang disediakan oleh MADNILK. Anda hanya perlu mengubah kandungan dan meniru elemen yang telah disediakan mengikut keperluan anda. Sekiranya anda telah mempunyai idea tersendiri, anda boleh menyimpan idea tersebut sebagai templat baharu.

Pengurusan Kempen Dan Laporan Yang Mudah

Setiap emel yang dihantar dengan menggunakan MADNILK akan dianggap sebagai kempen. Oleh itu, anda boleh membuat jadual tentang emel yang dihantar dan boleh menjalankan kempen tersebut pada bila – bila masa yang anda ingini. Kempen tersebut juga boleh disimpan sebagai draf dan diletakkan di pembina seret dan lepas.

MADNILK mempunyai laporan yang mudah di mana ia akan menjana laporan bagi setiap prestasi kempen yang telah disediakan agar anda boleh melihat sendiri kualiti senarai anda. Anda juga dapat membuat analisis untuk setiap kempen yang dijalankan.

Kebaikan

  • Mudah untuk digunakan.
  • Percuma 8,000 kredit.
  • Pendaftaran akaun secara percuma.
  • Tiada tempoh tamat untuk kredit.
  • Tiada had untuk penambahan pelanggan.

Kelemahan

  • Tiada Customer Relationship Management (Pengurusan Hubungan Pelanggan).
  • Tidak menyambung perisian pembayaran seperti Paypal ke dalam emel.
  • Tiada pemulangan wang selepas pembayaran dibuat.
  • Sistem Automasi masih lagi dalam peringkat pembinaan

Kesimpulannya

MADNILK mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Ia merupakan sistem emel pemasaran yang mudah untuk digunakan dan boleh membantu anda untuk menghantar emel kepada pelanggan anda secara automatik mengikut senarai pelanggan yang telah dibuat. Malah, anda juga dapat menerima laporan tentang setiap kempen yang telah dijalankan. Dengan dashboard yang kemas dan tersusun, anda juga tidak perlu pening kepala menguruskan sistem ini. Ia adalah lebih berbaloi untuk digunakan berbanding pesaing – pesaing yang ada di pasaran.

Jadi, berdasarkan ciri – ciri ini, sudah semestinya ia amat berbaloi untuk mencuba sistem emel pemasaran MADNILK dan lihat sendiri kehebatan sistem ini dalam membantu anda menarik pelanggan. Sesuai untuk mereka yang ingin sistem pemasaran email yang mudah tanpa perlu ciri-ciri yang canggih seperti automasi, CRM dan sebagainya.

“earlymovers”

Untuk masa terhad, bagi pembaca setia Otakit.my, anda boleh dapatkan kredit 1.6M bernilai RM5000 jika anda menggunakan kupon “earlymovers” pada harga RM500 sahaja. Tawaran ini dibuka sehingga 31 Disember 2018. Apa yang perlu anda lakukan adalah buka akaun dan daftar melalui link berikut: https://madnilk.com/earlymover

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.