Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

NAKHODA mengemudi Usahawan ICT Bumiputera ke peringkat ASEAN

1.38K 0

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) telah mengadakan majlis pelancaran inisiatif NAKHODA pada Selasa, 20 September 2016 bertempat di Empire Damansara, Damansara Perdana.

Inisiatif NAKHODA adalah satu inisiatif jangka panjang NEF dalam mengenalpasti keperluan dan memupuk kerjasama antara keusahawanan ICT Bumiputera dengan industri vertikal berlainan. Persefahaman antara sesama industri ini akan merancakkan pembangunan produk ICT berdasarkan keperluan sebenar dari industri.

Inisiatif NAKHODA menitikberatkan hubungan dua hala antara pelbagai agensi, pertubuhan dan yayasan berkaitan sebagai rakan kerjasama. Inisiatif ini akan mengenalpasti dan mempadankan syarikat ICT dengan syarikat bersesuaian dari vertikal lain. Melalui inisiatif NAKHODA, NEF akan berkolaborasi dengan penggerak ekosistem terutamanya dari bidang pemasaran, komunikasi, penjenamaan serta kewangan. Kerjasama erat ini amatlah penting dalam memastikan kejayaan inisiatif NAKHODA.

Pada majlis tersebut, pihak NEF dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman antara kedua pertubuhan untuk menjayakan inisiatif NAKHODA. Pihak NEF juga akan berkolaborasi dengan agensi-agensi lain dari masa ke semasa.

whatsapp-image-2016-09-23-at-4-59-37-pm

whatsapp-image-2016-09-20-at-8-23-00-pm

whatsapp-image-2016-09-23-at-4-59-37-pm-2

MPM diwakili oleh Y.Bhg. Dato’ Faridah Abd Jabbar, Ketua Sekretariat, turut mengalu-alukan persefahaman antara kedua-dua organisasi. “Persefahaman yang baik antara pertubuhan akan memastikan para ahli mendapat manfaat maksimum daripada setiap program yang diusahakan.”

“Inisiatif NAKHODA terbahagi kepada dua fasa dan mempunyai objektif yang tersendiri. NEF juga telah mensasarkan dua puluh (20) produk/penyelesaian akan dibangunkan dalam tempoh dua (2) tahun inisiatif ini dilancarkan” kata Rashdan Ramlee, Pemangku Presiden, Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia. “Dijangka lima (5) produk bakal menembus pasaran ASEAN dalam tempoh lima (5) tahun lagi” tambah beliau.

Lebih 100 orang usahawan ICT Bumiputera pelbagai peringkat serta wakil industri telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir adalah Encik Jamaludin Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP), Encik Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Puan Lilyana Latiff, Ketua Pegawai Eksekutif, New Entrepreneurs Foundation.

Tentang INISIATIF NAKHODA

Inisiatif NAKHODA menitikberatkan hubungan dua hala antara pelbagai agensi, pertubuhan dan yayasan berkaitan sebagai rakan kerjasama. Inisiatif ini akan mengenalpasti dan mempadankan syarikat ICT dengan syarikat bersesuaian dari vertikal lain. Melalui inisiatif NAKHODA, NEF akan berkolaborasi dengan penggerak ekosistem terutamanya dari bidang pemasaran, komunikasi, penjenamaan serta kewangan. Kerjasama erat ini amatlah penting dalam memastikan kejayaan inisiatif NAKHODA.

Tentang NEF

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) telah ditubuhkan sejak tahun 1997 yang merupakan suara dan tulang belakang kepada pembangunan usahawan ICT Bumiputera.

Tujuan penubuhan NEF ini adalah untuk menjaga kepentingan usahawan industri ICT dan Kreatif Bumiputera dalam pembangunan dan pemerkasaan perniagaan berasaskan teknologi. Sejak awal lagi NEF telah menetapkan fokus untuk menjadi sebuah “platform” kepada usahawan ICT dan Kreatif dengan mengadakan pelbagai program dan inisiatif yang memberi peluang kepada mereka untuk berkembang di dalam industri ini. Program dan inisiatif ini adalah untuk memastikan setiap usahawan ICT dan Kreatif berada dalam saluran yang betul bagi membawa strategi perniagaan mereka pada pasaran yang lebih luas.

Sebagai sebuah organisasi yang mewakili Industri ICT dan Kreatif, ahli-ahli NEF merupakan usahawan bidang ICT dan Kreatif yang mempunyai kepakaran dan kepelbagaian sumber dalam bidang ICT dan Kreatif.

Dari masa ke masa, NEF telah menjadi satu badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan NEF telah mewujudkan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan demi menjaga kepentingan industri ICT dan Kreatif serta ahli-ahli NEF. NEF juga amat berharap industri ICT dan Kreatif bukan hanya dapat membantu dalam industri yang sama, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada industri yang lain pada masa akan datang.

Untuk penerangan lanjut mengenai Inisiatif NAKHODA, sila hubungi yang berkenaan :

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)
1st Floor, Block E6, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

www.nef.org.my | Tel : 03-7731 4410 |

1) Encik Rashdan Ramlee

Pemangku Presiden, NEF

[email protected] 012 373 3053

Faks : 03-7733 8410

2) Cik Norizan Abu Bakar

Sekretariat, NEF

[email protected] 019 517 3132

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.