Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “Developing Human Capital” Husni Ruslai, Gates IT Solution Sdn. Bhd.

,
1.74K 0

‘DEVELOPING HUMAN CAPITAL’
Husni Ruslai
Gates IT Solution Sdn. Bhd.
www.gates.my

BIOGRAFI

Husni Ruslai ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama GATES IT Solution Sdn. Bhd. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam pembangunan perisian dan pengeluaran aplikasi, beliau telah banyak mengendalikan projek-projek berprestij yang membawa kepada kejayaan kumpulannya hari ini. Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini mempunyai personaliti keusahawanan yang kuat di mana beliau bukan sahaja berpemikiran strategik malah sentiasa bersemangat demi kepuasan pelanggan serta bekerja keras dalam pembinaan portfolio yang cemerlang. Sehubungan itu, pengiktirafan ini tepat di mana beliau telah dinobatkan sebagai naib juara bagi MSC Malaysia – IHL Business Plan Competition pada 2008.

Beliau juga turut bergiat aktif dalam pembangunan industri ICT tempatan khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) di mana beliau adalah Ahli Lembaga Penasihat Usahawan Tekno, UTM serta Ahli Lembaga Penasihat Akademik Sains Komputer di universiti yang sama. Selain itu, beliau juga adalah Ahli Lembaga Penasihat Akademik Sains Komputer, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Ahli Lembaga Penasihat Akademik IT di Kolej Yayasan Pelajaran Johor. Manakala di Majlis Amanah Rakyat beliau turut bertindak selaku Perunding IT.

GATES IT Solution Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009. Misi GATES adalah untuk menjadi pemimpin dalam industri CLOUD yang akan menyumbang kepada penciptaan kekayaan negara. Selain itu, GATES juga menyediakan ICTsolution bertaraf dunia melalui penyelidikan dan inovasi disamping mencapai kualiti yang konsisten serta kebolehpercayaan kejuruteraan yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan. GATES juga menyasarkan sumbangan kepada kelestarian alam sekitar melalui IT hijau dan nilai-nilai etika disamping turut menyumbang kepada pembangunan modal insan dengan menghasilkan pekerja-pekerja berpengetahuan dan berpotensi tinggi.

Syarikat berstatus MSC ini juga menerima banyak pengiktirafan di dalam dan di luar negara GATES turut tersenarai sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) serta 4 SCORE oleh SME Corporation. Malah ORACLE telah menjadi rakan strategik syarikat ini sejak tahun 2012 sekaligus menjadikannya pemain industri yang kompetitif di pasaran.

PERJALANAN ANDA SEBAGAI USAHAWAN

Sebenarnya ia telah bermula sejak penghujung tahun akhir saya di UTM di mana saya bersama beberapa rakan memulakan perniagaan dengan memberikan latihan teknikal kepada rakan-rakan lain bagi membantu mereka melengkapkan projek akhir masing-masing. Maka bertitik tolak dari itu, kami akhirnya memutuskan menubuhkan syarikat dalam bidang latihan teknikal dan pembangunan perisian sejurus tamat pengajian.

 

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Husni Ruslai, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.