Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Impak Manifesto Kerajaan Baru Terhadap Syarikat Permulaan

194 0

Sejarah baru tercipta apabila Tun Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 60 tahun.  Perubahan kuasa ini bakal memberi kesan terhadap idealogi pendtadbiran dan perubahan bagaimana kita menjalani kehidupan, kerja dan berhubung antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan gambaran terhadap apa yang boleh dijangka dan kesannya kepada perniagaan, berikut adalah beberapa key point daripada manifesto Pakatan Harapan yang di keluarkan baru-baru ini sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke 14.

Tiada Lagi GST Dilaksanakan

Sejak perlaksanaanya pada 1 April 2015, pengguna dan perniagaan tidak diberikan pilihan melainkan untuk membuat bayaran cas tambahan sebanyak 6% terhadap barangan dan perkhidmatan pada semua peringkat rantaian bekalan. Ia memberi kesan yang negatif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi usahawan yang menyatakan ia memudaratkan perniagaan mereka.

Menurut manifesto Pakatan Harapan, mereka telah berjanji untuk mengurangkan percentage of payable GST kepada kosong dalam masa 100 hari mengambil alih kuasa pemerintahan. Sebagai gantinya, cukai SST akan dilaksanakan semula sebagai sumber pendapatan dan tabung pengurusan.

Pemansuhan GST akan datang bersama pelbagai akibat tidak kira baik atau buruk dan kesannya akan dirasai oleh perniagaan dan pengguna. Terdapat beberapa pakar yang mendakwa ia tidak mampan untuk pentadbiran dalam jangka panjang, sebaliknya ia akan memberikan kesan pakej stimulus yang mungkin berlaku terhadap pengguna.

Insentif Pengurangan Cukai

Kerajaan Pakatan Harapan juga menyentuh topic berkenaan pendidikan dan rumah mampu milik kepada perniagaan atau syarikat yang membantu dalam kedua sektor berkenaan melalui insentif pengurangan cukai.

Syarikat yang membantu pekerja menjelaskan PTPTN tanpa mengurankan gaji akan diberi pampasan dalam bentuk pengurangan cukai.

Bagi perumahan mampu milik pula, pemaju pembinaan yang fokus kepada pembinaan rumah kos rendah dan menggunakan teknik pembinaan yang kos efektif seperti Industrialise Building System (IBS) juga akan diberi ganjaran dalam bentuk pengurangan cukai.

Mengurangkan Kos Pengangkutan

Berdasarkan manifesto, Kerajaan Pakatan Harapan menyatakan bahawa kerajaan akan sedayanya mengurangkan kos pengangukatan bagi rakyat Malaysia dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya adalah menghapuskan kutipan tol secara keseluruhan dan menstabilkan kos bahan bakar dengan memperkenalkan subsidi kepada kenderaan dengan kuasa output yang rendah.

Fokus utama yang akan mendapat faedah dalam jangkamasa panjang adalah perniagaan yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan bermotor dan pengangkutan jalanraya (penghantaran makanan, logistik dan sebagainya). Ia dijangka akan memberikan kesan kepada kos sumber dan penghantaran yang lebih rendah dan seterusnya membolehkan syarikat membayar pekerja dengan lebih baik, memberikan tawaran yang lebih menarik dan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Mengambil Pekerja Tempatan

Antara topik panas adalah kemasukan pekerja asing secara berlebihan (sebahagiannya tidak berdokumen) yang menyebabkan kekurangan pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifestonya menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan jumlah kemasukan tenaga buruh asing ke Malaysia dari 6 juta kepada 4 juta dalam penggal pertama, pada masa yang sama membantu pekerja tempatan memperolehi peningkatan gaji.

Walaupun polisi tersebut belum lagi di tetapkan dan diimplementasi, syarikat pelbagai sektor bakal melihat lebih banyak bakat tempatan di intergrasikan masuk kedalam kakitangan mereka apabila kerajaan memberikan tumpuan kepada aspek manifesto ini.

Pekerja Yang Lebih Bernilai

Buat masa ini, gaki minimum bagi pekerja di Semenanjung Malaysia adalah RM1,000 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah RM920.

Merancang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia, Kerajaan Pakatan Harapan bercadang akan meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 sebagai piawai dalam tempoh masa penggal pertama dalam memerintah. Kajian semula akan dilakukan setiap 2 tahun di mana kerajaan akan bekerjasama dengan majikan untuk berkongsi kos peningkatan gaji.

Dengan ini, kesemua syarikat yang memberikan gaji minimum kepada pekerja perlu menilai semula struktur pengajian untuk menampung perubahan yang akan datang. Sehubungan itu, syarikat dan perniagaan perlu bertindak pantas memandangkan kerajaan Pakatan Harapan merancang untuk melaksanakan perubahan dalam tempoh masa 100 hari.

Apa Kesempatan Yang Boleh Diambil Oleh Syarikat Permulaan?

Secara teorinya, apabila GST dimansuhkan dan subsidi minyak diperkenalkan semula, harga barangan dan perkhidmatan akan turun kesan daripada pengurangan kos pengangkutan dan bahan mentah. Syarikat permulaan boleh mengambil kesempatan terhadap penurunan kos bahan dan perkhidmatan. Lebih-lebih lagi syarikat yang terlibat dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Syarikat permulaan tidak lari dari membayar cukai. Meskipun demikian, usahawan boleh mengambil kesempatan terhadap insentif yang ditawarkan iaitu dengan membantu menjelaskan hutang PTPTN kakitangan yang berhutang. Begitu juga yang terlibat dalam bidang pendidikan dan kos rumah rendah. Syarikat yang terlibat dalam pendidikan juga berpeluang untuk menikmati insentif tersebut. Walaupun tidak diterangkan dengan jelas, berikan masa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiapkan polisi dan dasar yang berkaitan.

Apa pendapat anda terhadap 5 perkara diatas dan adakah ia bakal memberi kesan kepada perniagaan anda?

Sumber Rujukan

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.