Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lupakan Bitcoin, Cara Senang Untuk Melabur Dalam Emas

6.55K 4

Bermula 7 Januari 2018 hingga 16 Januari, harga Bitcoin menunjukkan penurunan dari $17,000 hingga $14,000. Lebih memburukkan keadaan, harga Bitcoin menjunam dengan mendadak dalam masa 24 jam kepada paras $9,500. pada hari berikutnya. Penganalisa berpendapat, ia kesan langsung penjualan Bitcoin secara besar-besaran akibat ketakutan terhadap pengharaman perdagangan matawang digital itu oleh Kerajaan Korea Selatan. Jelas menunjukkan kriptowang berisiko tinggi dan mudah untuk di manipulasi lebih-lebih lagi kerajaan China sedang berusaha untuk menamatkan operasi pelombong di negara tersebut.

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah membeku akaun bank syarikat penukaran kriptowang, Luno. Sesiapa yang telah mendepositkan wang mereka ke akaun Luno melalui BitX Sdn. Bhd, tidak dapat mengeluarkan wang mereka sehingga Luno memberikan senarai penuh pengguna aplikasi mereka kepada Bank Negara Malaysia. Nyata, pembelian Bitcoin hanya untuk individu yang berhati kental dan tidak takut risiko yang datang bersama.

Alternatif lain, gunakan wang tersebut untuk beli emas.

Anda mungkin berkata, 1 gram emas sangat mahal, apatah lagi untuk membeli 1 jongkong seberat 100g. Ketika artikel ini ditulis, harga bagi 1 gram emas adalah RM186. Faktor keselamatan juga perlu dipertimbangkan kerana bukan mudah untuk menyimpan jongkong emas di rumah.

Tetapi apa kata anda jika anda dapat beli emas dengan harga RM1, dan proses jual-beli semuanya dilakukan dihujung jari anda?

Disini Datangnya Hellogold.

HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih yang membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Robin Lee mendapat idea membangunkan aplikasi ini datang ketika beliau bertugas sebagai CFO World Gold Council, sebuah konsortium bagi beberapa firma pelombongan emas yang terkemuka. Beliau mendapati, individu berpendapatan tinggi dan korporat menggunakan emas untuk meningkatkan keuntungan, mengurangkan risiko dan juga digunakan dalam bentuk cagaran.

“Saya percaya HelloGold mampu menggunakan prinsip yang sama untuk membantu pengguna pasaran massa”, katanya.

Robin Lee telah menubuhkan sebuah syarikat permulaan fintech dimana akses pembelian emas didemokrasikan.  Melalui aplikasi HelloGold, masyarakat dapat membeli emas pada harga serendah RM1. Ia jauh lebih murah dari harga yang ditawarkan oleh bank dan peniaga emas yang memerlukan anda membuat pembelian minimum 1 gram.

Tepat pada 1:08pagi, 19 Januari 2018, harga emas yang dipaparkan pada aplikasi HelloGold adalah RM172.58/g

Adakah HelloGold Patuh Syariah?

HelloGold diiktiraf oleh Amanie Advisors, pertubuhan Islam yang mengiktiraf HelloGold sebagai Patuh Shariah. Ia diketuai oleh  Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, yang pada masa ini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di kedua-dua Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Model perniagaan yang yang digunapakai oleh HelloGold adalah patuh syariah dan ia berfungsi sebagai pasar virtual dimana pengguna boleh jual dan beli emas. Dengan minimum berat 1g, emas tersebut juga boleh di hantar ke alamat rumah dengan bayaran tambahan termasuk kos penghantaran, insurans dan fi premium yang berkaitan.

HelloGold mengenakan komisyen bagi setiap transaksi yang berjaya iaitu sebanyak 2%. HelloGold juga mengenakan cas 2% bagi fi penyelengaraan secara tahunan sebanyak 2%. Kesemua deposit emas disimpan didalam peti simpanan di Singapore dimana ia di insurankan untuk kecurian dan kehilangan.

Jenis Emas Yang Digunakan.

Ia menggunakan bar emas 1 kilo 99.99% gred pelaburan milikkan penuh (fully allocated). Sumber emas yang diperolehi oleh HelloGold, datangnya dari Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP), dan ia merupakan sebahagian daripada Persatuan Pasaran Bullion London (LBMA). PAMP adalah salah satu daripada tiga kilang penapis di seluruh dunia yang diiktiraf sebagai  ‘Aproved Good Delivery‘ oleh LBMA, yang membawa maksud emas yang diterima dijamin berkualiti tinggi!

Bagaimana Untuk Belian Dan Jualan Emas.

Semua proses bermula dari mendeposit wang, beli, jual dan pengeluaran dilakukan melalui aplikasi HelloGold yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Walaubagaimanapun, sebelum apa-apa proses transaksi berlaku, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan menghantar beberapa gambar dokumen penting iaitu gambar kad pengenalan depan dan belakang serta gambar pemilik akaun. Ini sejajar dengan polisi Know Your Customer (KYC) yang bertujuan untuk menjaga hal keselamatan dalam talian untuk mencegah kecurian pengenalan, penipuan kewangan, pelaburan wang haram dan pembiayaan pengganas.

https://youtu.be/s6Z-OZEO3zA

Penafian: Artikel ini diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan artikel ini tidak boleh dianggap nasihat profesional dan Otakit.my tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam artikel ini. Otakit.my tidak menyokong atau menghalang pembaca daripada melabur dalam emas atau HelloGold untuk sebarang tujuan. Setiap pelaburan ada risiko. Setiap pelabur bertanggungjawab ke atas diri sendiri terhadap untung rugi atas pilihan pelaburan masing-masing. Pelabur dinasihatkan mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum melabur melalui mana-mana medium pelaburan. 

4 Comments

  • Maz says:

    Saya ada terbaca pasal HelloGold ni.. Teringin nak cuba… Tapi still ada rasa was2.. So, HelloGold ni memang betul2 boleh dipercayai 100% la eh?

  • TheHelmi says:

    Saya sendiri menyimpan emas di HelloGold, insha’Allah boleh dipercayai.

    Selain itu, ianya dijamin patuh syariah.

    • Heiratic Citarieh says:

      Lebih baik beli fizikal coin gold Dan simpan sendiri dirumah .
      Bole tanam dlm tanah Kat lantai rumah guna peti besi simpanan . Risiko curi Dan terbakar kurang .

      Yg pelabur Tak sedar syarikat ini membuat untung yg besar . Bagaimana? Bila Kita membeli emas . Fizikal emas bukan Kita sumpan mereka simpan . Mereka bole cagarkan fizikal emas ini pada bank Dan mendapat cagaran yg Akan digunakan mereka melabur dlm bidang lain .

      Pelabur tidak Akan dapat keuntungan yg maksima .sebab terpaksa membayar kos pengurusan Dan lain lain .

      Kesimpulan .DUIT anda anda urus sendiri .
      Utk pelaburan emas . Beli Dan simpan sendiri .anda bebas jual semua bila2 Masa . Tampa duit pengurusan Dan mendapat untung maksima .

      DIY pelaburan anda .anda Tak perlu pintar sangat utk kaya .

  • Heiratic Citarieh says:

    Membuat pelaburan dgn system yg digital atau canggih bukan faktor the utama pelaburan Dan DUIT Kita selamat .

    Cara terbaik beli emas fizikal Dan Kita simpan dgn tanam dlm lantai rumah sendiri .Kita bole tanam peti sempanan dlm tanah Dan Kita sendiri yg simpan . Risiko kena curious Dan terbakar adalah kurang .

    Kekadang Kita suka Cuba satu persatu system pelaburan yg nampak canggih Dan baru .tetapi belum lagi dibuktikan selamat Dan pulangan yg stabil .

    Pilihan ditangan Kita .apa apa pelaburan . Keutamaan adalah keselamatan setiap duit yg Kita laburkan .

    Walaupun pulangan Tak banyak . Tetapi tetap Dan terjamin. Berbanding pulangan yg
    Nampak banyak .jika perniagaan itu gagal.duit Kita total hangus .

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.