Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apakah Yang Diperlukan Untuk Jadikan Kuala Lumpur Bandar Pintar

2.95K 0

“Terus-terang, terma “bandar pintar” digunakan secara berlebihan; tiada sesiapa yang boleh menetapkan maksud sebenar” kata ahli sains data Dr. Lau Cher Han semasa panel perbincangan pada pertemuan Tech In Asia Kuala Lumpur City Chapter 

Acara tersebut melihat apakah aplikasi yang terdapat di sebuah bandar pintar dalam konteks Kuala Lumpur. Satu persoalan diutarakan. Adakah Kuala Lumpur sudah bersedia?

Badan kerajaan diseluruh dunia memuji konsep sesebuah bandar pintar dan berusaha kearahnya, melalui kemajuan teknologi. Walaubagaimanapun, adakah ia berkesan?

Tidak seperti sesi-sesi lain yang terus membincangkan teknologi sebuah bandar pintar, pertemuan tersebut lebih fokus kepada salah tanggapan yang perlu di tangani.

Mitos 1: Segalanya dalam bandar dijadikan pintar dengan segera

Untuk menangani mitos ini, terlebih dahulu kita perlu fahami apakah yang dimaksudkan secara umum “pintar” dalam konteks tersebut.

Gambaran sebuah bandar pintar adalah adopsi teknologi seperti sensor, AI, atau blochchain ke dalam infrasturktur bandar. Walaubagaimanapun, teknologi tidak seharusnya menjadi tumpuan sesuatu utama inisiatif; sebaliknya ia seharusnya memudahkan interaksi antara pemegang saham untuk meningkatkan kepuasan rakyat.

Warran Chan, CEO ParkEasy, berkata:

“Kita perlu lihat kembali kepada asas, lihat pada buah gantung yang rendah dan memperbaiki masalah yang paling mendesak, seperti sistem pengurusan banjir, baik pulih jalanraya, sebagai contoh. Jangan bermula dengan perkara yang “canggih: seperti tiang lampu jalan bersolar, sistem pengawasan terkini dan data center yang beragam.”

Menurutnya, kita perlu fokus kepada perkara yang akan mengubah bandar dalam cara yang memberi faedah kepada masyarakat. Ia akan menjawab salah satu metrik kejayaan sebuah bandar pintar: Masyarakat yang bahagia.

Dr. Lau bersetuju dengan menambah, “Berdasarkan pengalaman saya, klien saya lebih mengutamakan dan melihat kebahagiaan rakyat sebagai matlamat utama inisiatif bandar pintar.”

Mitos 2: Teknologi negara asing diperlukan

Sebagai perunding dengan pelbagai kerajaan dan negara mengenai projek-projek bandar pintar, Jeremy Lee (CEO Social Ant) tidak bersetuju bahawa Malaysia memerlukan teknologi dari negara asing untuk menyelesaikan masalahnya.

Menurutnya, teknologi asing bukan sahaja membantut perkembangan syarikat-syarikat di Malaysia, ia juga tidak akan menyelesaikan masalah secara terus. “Aplikasi bandar pintar hendaklah setempat, kerana setiap lokasi mempunyai masalahnya yang unik. Tiada istilah satu penylesaian untuk semua” beliau berkongsi.

Mitos 3: Tiada Bakat di Malaysia

Jika anda memerhatikan IoT dan aplikasi bandar pintar yang lain, semuanya mengabungkan data analitik dan implimentasi tindakan melalui perkakasan. Ia menjerumus kepada dua jenis set kemahiran: mekatronik dan sains data.

Sebagai seorang saintis, Dr. Lau percaya Malaysia mampu menguruskannya. Menurutnya, “Tanpa disangka, Malaysia mempunayi kekuatan dan bekalan yang mencukupi dalam bidang mekatronik. Dan ini adalah satu kelebihan yang perlu kita bina ke atasnya.”

Walaubagaimanapun, beliau mengakui bahawa “latihan ahli sains data tidak setaraf dengan negara besar yang lain”

B2G vs B2C

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh bandar pintar permulaan adalah model bisnes yang digunakan adalah B@G (business to government), menjadikan kitaran jualan lebih panjang.

Masalahnya, masa yang diambil untuk mementerai satu perjanjian mengambil masa lebih dari setahun dan ia merupakan perkara biasa. Ini akan membuatkan syarikat permulaan tidak mampan lebih-lebih lagi persiangan dan juga pembiayaan yang terhad.

“Kita perlu berhenti menunggu kerajaan untuk membayar,” kata Lee. “Anda bukan sahaja dibebani pita merah, tetapi juga mengambil masa untuk memeterai perjanjian.”

CEO ParkEasy menggesa syarikat permulaan untuk sebaliknya membangunkan produk dan terus berurusan antara B2B atau B2C. Menurutnya, ia akan menjadikan syarikat permulaan lebih mampan dan meletakkan mereka hampir kepada “audiens yang menerima manfaat,” membolehkan mereka untuk memperbaiki dan menambahbaik solusi B2G mereka.

“Pembiayaan B2C mengambil masa beberapa minggu sementara B2B boleh mengambil masa beberapa bulan, jika dibandingkan dengan perjanjian B2G yang mungkin mengambil masa bertahun” Lee berkongsi.

Chan mengatakan, ia lebih menguntungkan untuk berinteraksi dengan sektor swasta walaupun cabaran yang dihadapi perniagaannya. “Halangan utama yang saya hadapi dalam perniagaan yang saya jalankan adalah kadar pakir kereta yang rendah, menyebabkan kurangnya pembiayaan untuk implementasi sistem yang baru dan keperluan untuk berhubung dengan beberapa jabatan kerajaan untuk implementasi satu piawaian,” beliau berkongsi.

Buah-tangan

Sesi tersebut berakhir dengan beberapa buah-tangan untuk memastikan Kuala Lumpur berada pada landasan yang betul.

  • Menetapkan matlamat. Inisiatif bandar pintar hendaklah berpusat kepada masyarakat dan bukannya teknologi. Sebagai contoh, mengurangkan kesesakan jalanraya lebih baik daripada pemasangan tiang lampu bersolar.
  • Bina asas. Ekosistem bandar pintar mendapat faedah dari API terbuka dari kerajaan (perkhidmatan awam) dan data swasta.
  • Kekal pelabur setempat. Perlaksanaan inisiatif hendaklah dilakukan oleh penyedia perkhidmatan setempat untuk membangunkan kebolehan bandar pintar setempat dalam ekosistem.
  • Mengasah dan melatih bakat. Teruskan membangunkan kolam bakat Industri 4.0 dengan penegasan untuk mengisi kekosongan sains data.

Kuala Lumpur bersedia untuk perjalanan menjadi bandar pintar, hanya jika membuat pilihan dan perancangan yang tepat.

 

Sumber asal: TechInAsia.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.