Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

15 Nasihat Suhail (Mixpanel) Kepada CEO Startup

2.32K 0

Suhail Doshi adalah co-founder dan pengerusi lembaga eksekutif di Mixpanel yang ditubuhkan pada tahun 2009 bersama co-founder Tim Trefan. Mengenalpasti produk teknikal dibina dengan metrik yang ketinggalan zaman atau tanpa data, Suhail mencipta solusi analitik pertama yang mampu mendapat gambaran mendalam apa pengguna sedang lakukan.

Dari tahun 2009 -2018, beliau bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang mengangkat produk dan membantu transformasi syarikat-syarikat membina dan mengukur teknologi inovasi di serata web, mobile dan peranti yang berhubung.

Di akaun Twitternya, beliau berkongsi pengalamannya bagaimana beliau membangunkan diri untuk mengurus Mixpanel. Berikut adalah 15 nasihat beliau kepada CEO startup.

1. Saya menjadi “CEO” pada usia 20 tahun. Saya berhenti belajar di kolej. Pernah bekerja sebagai pelatih sebelum ini. Melihat kembali, saya tidak dapat bayangkan perjalanan dari menulis kod sehingga mengupah 300 orang. Saya bernasib baik, banyak buat silap dan mendapat banyak bantuan. Berikut apa yang saya pelajari…

2. Melepaskan kawalan adalah sesuatu sukar dan keputusan yang paling berat bagi saya. Pada permulaannya, saya merasakan setiap perkara adalah penting. Anda tidak boleh buat semua perkara.  Saya belajar melepaskan, semakin sesuatu berkembang, secara berterusan. Jika tidak, anda tidak dapat scale dan segalanya menderita.

3. VC anda tidak akan menegur anda. Oleh hal demikian, saya cadangkan anda mendapatkan CEO coach dan melakukan ulasan terhadap diri anda. Ia telah mengubah kehidupan saya. Anda tidak dapat memperbaiki segalanya tentang diri anda. Fokus kepada 2 – 3 perkara setiap tahun. Maklumkan kakitangan, anda sedang melakukannya. Ia akan membina kepercayaan.

4. Anda akan merasakan seperti anda hanya meluangkan masa bermesyuarat dan tidak melakukan apa-apa kerja. Anda perlu teguh. Kerja anda sekarang adalah membantu orang dengan bermesyuarat sebagai medium. Jangan melawan, hadapinya. Masanya untuk menjadikannya seronok dan produktif.

5. Dapatkan mentor yang terbaik . Cari seseorang yang anda dapat banggakan.  Cari seseorang yang akan mengangkat anda bila anda dibawah dan merendahkan anda bila anda terlampau yakin. Yang paling sesuai adalah mereka yang pernah menjadi CEO/pengasas supaya mereka boleh empati. Ingat bahawa mereka hanya memberikan petunjuk dan bukan skrip.

6. Hidup dengan kata-kata berikut: “anda sepatutnya membina sebuah pasukan yang boleh melaksanakan misi tanpa anda.” Anda akan kurang tertekan dalam jangkamasa yang panjang. Sentiasa memberi kuasa kepada orang lain. Apabila anda lupa, cuba tanya diri anda, kenapa anda mulakan semua ini pada mulanya. Adakah kerana $$/kuasa/ego?

7. Kuasa = tanggungjawab. Menjadi seorang CEO amat sunyi di mana anda tidak boleh menunjukkan keaslian dan kelemahan sesuka hati. Cari pengasas lain yang terbuka dengan anda. Keluar makan bersama mereka dan berkongsi masalah secara terbuka. Pernah saya diberikan pelukan ketika susah. Ia amat memberi kesan ketara.

8. Jangan elak konfrontasi dengan keputusan yang tegas dan kritikal. – Uruskannya secara berdepan.  Mengelak konfrontasi akan membina kebencian apabila masa berlalu. Ia akan melambatkan syarikat, dan hubungan akan menjadi renggang serta tidak dapat dipulihkan, menjadikan ia satu ketidakstabilan. Serang masalah, bukan orang.

9. Anda akan melakukan kesilapan dengan orang didalam syarikat, walaupun ia bukan keputusan anda. Mereka mungkin tidak suka “anda” untuk satu jangka masa panjang. Perkataan “Saya minta maaf. Saya silap.” adalah antara perkataan yang amat berpengaruh untuk dikatakan kepada seseorang. Walaubagaimanapun, tidak selalu membetulkan keadaan.

10. Tugas kita adalah 90% mendengar, 10% berkata. Sukar bagi saya pada mulanya dan saya terpaksa berusaha 2 kali ganda untuk tidak memotong orang bercakap. Penyelesaian terbaik selepas 9.5 tahun adalah membuat catatan ketika mesyuarat. It menjadikan saya lebih fokus terhadap apa yang mereka kata dan menunjukkan saya sedang mendengar.

11. Gerak hati kita terhadap pelanggan/pasaran semakin teruk apabila organisasi berkembang dan anda semakin jauh dari pelanggan. Sentiasa memberi kuasa kepada orang lain tetapi pastikan mereka bertanggunjawab. Luangkan masa belajar dari mereka. Ikut kata fakta dan bukan pendapat mereka apabila membuat keputusan.

12. Mencari kebenaran menjadi sukar apabila anda semakin berkembang. Ia juga menjadi perkara yang paling dilakukan oleh anda untuk mengemudi syarikat. Memperolehinya dan menggunakanya sebagai keputusan adalah sebahagian daripada budaya. Saya lakukan ia dengan bertanya orang secara berterusan, apakah fakta sebenar.

13. Kawal angin dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain. Ada ketikanya anda akan ada hari/mesyuarat yang buruk tetapi cuba untuk ingat apabila bertemu dengan sekumpulan orang yang seterusnya, tidak ada konteks dan mungkin tidak sabar/ tertekan untuk bertemu dengan anda.

14. Kita semua manusia dan mempunyai insecurities. Oleh hal demikian pertimbangkan seorang ahli terapi untuk bantu anda dalam pisikologi peribadi. Jika anda kaitkan dengan stigma, ketahui saya juga pada awalnya. Saya salah tanggapan, dan berharap saya telah lakukan ia lebih awal dalam kehidupan. Ia amat berguna apabila di bawa rumah.

15. Akhirnya, sentiasa berusaha untuk menambah-baik. Anda tidak boleh memperbaiki kesilapan lepas, tetapi anda boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan. Jangan mengaku kalah. Apabila melakukan keputusan yang sukar, anda akan ketahui apakah nilai atau prinsip  yang anda pegang. Itu sahaja menjadikan sesuatu perjalanan sangat berbaloi.

Sumber gambar: Mixpanel founder Suhail Doshi.CREDIT: Ramona Rosales

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.