Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pengasas Shashinki Dr. Koh Kho King Mula Sebagai Hobi

3.25K 0

Apa yang bermula sebagai hobi untuk mendapatkan peralatan fotografi dari Jepun untuk rakan-rakannya, ia membesar dan berubah menjadi entiti yang kini dikenali sebagai Shashinki. Ketika itu, Dr. Koh Kho King sedang melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Jepun pada tahun 2005 hingga 2008.

Semasa di Jepun, Puan Koh meluangkan masa membantu suaminya membeli peralatan fotografi dan menghantar ke Malaysia.

“Pada mulanya, saya memuat naik gambar produk ke pelantar sumber terbuka yang ringkas. Isteri saya kemudiannya akan beli dan hantar menghantarkannya kepada pelanggan di sini (Malaysia). Isteri saya dapat mengisi masa terluang dan menjana pendapatan. Hanya apabila kami melihat persaingan dari syarikat Malaysia yang lain, barulah kami mulakan menganggapkannya sebagai perniagaan yang serius. “

Ia berlaku pada tahun 2008 apabila pesaing tempatan mula meniru perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, mereka sedar bahawa pelanggan yang sedia ada masih lebih suka produk dan perkhidmatan yang disediakan pasangan itu.

Sementara Dr Koh masih mengajar di UTM, pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil lebih banyak kakitangan dan menjadikannya perniagaan yang mampan. Disebabkan persaingan sengit, mereka memastikan bahawa pengurusan inventori adalah unik untuk bergerak jauh dari pesaing.

“ Ia bergantung kepada bagaimana anda melihat pesaing. Apabila pesaing mula mencabar dengan meniru perniagaan anda, anda akan berasa sedikit tertekan, anda akan fikir cara untuk mengatasinya. Ia adalah sesuatu yang positif. Anda perlukan cabaran untuk berkembang…”


“ Kelebihan utama kami adalah kami mempunyai adalah jumlah SKU yang besar di laman web kami, dan terkini, kami mempunyai lebih 20,000 produk atas talian, khususnya kepada peralatan fotografi…”

Beliau menambah bawa mempunyai inventori yang luas dan pengetahuan teknikal setiap produk, penting kepada aspek perniagaan yang dapat membantu pelanggan membuat pembelian. Beliau juga menerangkan sebab berkembang dari atas talian ke luar talian.

“Perniagaan atas talian kami amat berjaya pada ketika itu, tetapi kami beroperasi dan mendirikan pejabat dirumah. Ia cekap, tetapi adakalanya agak semak. Apabila pelanggan datang untuk mengambil pembelian mereka, kami melihat dapat menyediakan suasana yang lebih baik sementara mereka menunggu kami membungkus pembelian mereka.”

“Apabila perniagaan atas talian berkembang, kami membuat keputusan untuk membesarkan ruang, maka keputusan untuk pindah ke fasiliti 3 tingkat. Walaupun kami lebih dominan atas talian, kini kami mempunayi tempat untuk showcase produk dan menyediakan perkhidmatan yang lain seperti membaik-pulih dan penyelenggaraan kamera.

Dr. Koh menambah, disebabkan mereka mempunyai premis fizikal, lebih banyak pelanggan membuat pembelian yang mana ia mewujudkan keyakinan dan pilihan untuk datang dan buat keputusan pembelian berdasarkan maklumat lengkap dimana ia membantu perkembangan dan kewujudan atas talian Shashinki

“Saya fikir kelebihan mempunyai kedai atas talian adalah anda tidak perlu simpan kesemua SKU yang ada. Kami mempunyai 20k SKU atas talian, tetapi kami tak simpan kesemuanya. Asalkan terdapat satu tempat untuk showcase kannya. Meskipun, kami menyimpan 30% item yang bergerak pantas di kedai kami…”

Beliau percaya industri komputer adalah industri profesional disebabkan oleh cara pembelian oleh pelanggan. Dari pencipta kandungan profesional kepada peminat, mereka yang memerlukan peralatan yang sesuai akan berkumpul kepada mereka yang dapat memberikan nilai wang dan juga perkhidmatan yang terbaik.

“Mereka adalah pelanggan kami dari hari pertama. Dengan kata lain, perniagaan kami masih lagi berkembang, walaupun tidak seperti dulu, tetapi kami mendapat pelanggan yang lebih berkualiti yang serius dan mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai fotografi…”

Those are our customer from day one. In that sense, our business is still growing, although not like before, but we get more quality customers who are serious and want to know more about photography.”

Dr. Koh berkongsi bahawa beliau tidak pernah menjangka Shashinki untuk berkembang menjadi satu jenama yang dikenali sekarang, sedangkan ia pada mulanya hobi yang di dorong oleh semangat yang memandunya kedepan.

“Jika anda berminat untuk memulakan sesuatu, anda perlukan berminat yang mendalam jika anda mahunya kekal untuk satu jangka masa yang lama. Jika ia semata-mata untuk membuat duit, ia tidak akan bawa anda jauh kedepan. Anda akan cepat letih dan mudah penat. Jika anda mahu jauh kedepan dan menjadikan kerjaya sepanjang hayat, maka anda perlu minat mendalam dan jatuh cinta dengannya. Jangan kejar atau memulakan sesuatu perniagaan edagang semata-mata untuk buat duit, tetapi untuk mengembirakan anda sepanjang hayat…”


Sumber: Johor Startup Ecosystem Report

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.