Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pos Malaysia Enggan Terlibat Nazroof Hakim Tubuhkan Billplz

2.87K 2

Apa yang anda akan lakukan jika tempat kerja anda tidak mahu terlibat dalam satu peluang perniagaan yang bernilai US$5 billion di Malaysia pada masa kini?

Anda letak jawatan dan ambil peluang tersebut.

Itu yang dilakukan oleh Nazroof Hakim semasa beliau berkhidmat di Pos Malaysia bahagian International Business pada tahun 2010. Beliau berhenti dan bangunkan Billplz. Ketika itu, industri pembayaran semakin rancak walaubagaimanapun, Pos Malaysia tidak mahu melibatkan diri. 

Kredit Gambar: TheEdgeMarket.com

Billplz menyediakan khidmat pembayaran bagi Merchants untuk membayar dan menerima pembayaran dengan pantas, pada kos yang paling rendah. Terdapat 4 perkhidmatan yang ditawarkan iaitu, API, Billing, Payment Form dan Mass Payment.

Fokus utama Billplz tertumpu kepada API di mana ia direka untuk membolehkan pembangun mengintergrasikan Billplz dengan lancar. Sehingga kini ia telah memberi khidmat kepada Axiata, Telekom Malaysia, Digi, JomParking dan banyak lagi.

Seperti mana-mana syarikat permulaan, Billplz bermula dari kecil. Sekecil-kecil tadika.

Billplz bermula dengan menghantar bil bagi sebuah tadika. Kemudian tadika yang lain datang. Ada 1 merchant mula minta API. Bila API siap terus meletop!

Pada awalnya, ramai yang tidak yakin Billplz alan melangkah jauh.

“90% percaya Billplz akan gagal kerana saya tiada track record perniagaan yang telah berjaya. 10% tiada pilihan selain mengharapkan Billplz akan berjaya kerana mereka adalah isteri, ibu bapa, team member dan investor.”

Sehingga satu tahap, Nazroof tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji dan terpaksa mengambil tindakan drastik

“Duit tak cukup nak bayar gaji maka terpaksa pajak emas isteri.”

Kini Billplz terdiri daripada 11 kakitangan yang mengurus hampir ada 1,000 daily active merchants. 

Nazroof Hakim lebih memahami peniaga yang mahukan yuran perkhidmatan yang tetap dan settlement yang pantas. Melalui Billplz, beliau merupakan perintis yang memperkenalkan Fixed Fee Pricing dan Next Day Settlement.

Perkhidmatan lain sebelum ini  tidak berbuat demikian. Mereka mengenakan yuran berdasarkan peratusan daripada jualan dan penyelesaian pemindahan wang yang mengambil masa lebih dari seminggu.

Beliau juga mensasarkan menjadi syarikat pertama yang melakukan settlement secara real-time. 

Menurut Nazroof, beliau tidak perlu melakukan validasi pasaran kerana ia telah dibuktikan oleh penyandang (incumbents) sejak dua dekad yang lalu. Katanya, beliau hanya perlu memastikan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan lebih pantas berbanding pesaing.

“Billplz hanya perlu pastikan merchants membayar dan menerima bayaran dengan lebih pantas, pada kos yang paling rendah. “

Kerajaan terdahulu menggalakkan masyarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang nirtunai dan sehingga kini, terdapat 16 syarikat berlumba-lumba untuk memperkenalkan ewallet sempena menyahut seruan kerajaan. Walaubagaimanapun, Nazroof tidak bertindak melulu menyertai perlumbaan tersebut meskipun syarikat beliau merupakan sebuah syarikat fintech. Menurutnya ia tidak logik.

Billplz kebarangkalian tidak akan memperkenalkan ewallet kerana customer acquisition cost bagi ewallet adalah terlalu tinggi dan tidak masuk akal saya.

Setakat ini, Billplz hanya memproses pembayaran melalui perpindahan wang diatas talian melalui FPX. Walaubagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Billplz, syarikat tersebut akan mula memproses kad kredit secara terus mulai suku pertama 2019. Satu berita gembira buat Merchant yang menggunakan perkhidmatan Billplz sebagai payment gateway. 

Berpendidikan Bachelor of Arts (Hons) Accounting and Financial Management, dan mempunyai hobi mendengar Spotify, Nazroof pernah menerima pembiayaan permulaan dari MAVCAP, 500 Stratups dan Cradle CIP 150.  Beliau juga sempat bertemu dengan Shawn Fanning, founder Napster sebagai mentor di acara MDEC.

Walaupun sibuk dengan Billplz, di masa terluang Nazroof memastikan peluang tersebut di habiskan bersama anak. Beliau juga sedang berlatih menjadi seorang stand up comedian.

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai Billplz, hantarkan email kepada [email protected] untuk mengetahui Billplz dengan lebih lanjut.

2 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.