Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Bagaimana Pelantar Syarikat Permulaan Boleh “Disrupt” Status Quo?

67 0

Rupam Biswas, CEO @ sendhelper Pte. Ltd.

Pada World Economic Forum Annual Meeting of the New Champions 2018 baru – baru ini, saya telah dijemput untuk memberikan ucapan tentang bagaimana kita telah mendewasakan perniagaan yang tidak maju, tambahan lagi di era di mana monopoli dan oligopoli sedang menyekat saingan di ruang pelantar teknologi.

Dalam pelantar ekonomi masa kini, kejayaan sesuatu pelantar bergantung pada kesan rangkaian yang dicipta untuk pengguna. Ia menunjukkan bahawa pelantar yang mempunyai kesan rangkaian tersendiri akan mendapat status monopolistik atau oligopolistik di pasaran mereka. Sebagai contoh, media sosial pelbagai kandungan, ia adalah Facebook; untuk e-dagang, ia adalah Amazon dan Alibaba; untuk pelantar memanggil kenderaan, ia adalah Uber dan Grab.

Ini adalah disebabkan data telah menjadi matawang di dalam ekonomi sekarang, dan syarikat – syarikat yang hidup dalam masa yang sama dengan zaman Internet pasti mempunyai monopoli terhadap perniagaan mereka.

Jadi, untuk mencipta situasi yang sama rata yang boleh menjana persaingan dan membuatkan pemegang sentiasa berjaga – jaga, kita perlu mencari cara untuk mencapai kesan rangkaian dengan masa yang singkat dan sumber yang terhad.

Tiga D untuk Distruption

Sokongan kerajaan adalah amat dialu alukan untuk mencipta situasi yang sama rata. Singapore memberikan penalti kepada Grab dan Uber kerana melanggar undang – undang Antitrust merupakan satu contoh yang baik.

Namun, kerajaan tidak boleh masuk campur. Jadi, syaarikat permulaann tidak boleh menunggu campur tangan kerajaan untuk memulakan perjalanan pasaran mereka. Seorang ahli panel (pengasas syarikat permulaan dari Turkey) juga berkongsi tentang bagaimana bantuan kerajaan boleh menjadi tidak produktif jika masyarakat kurang menyokong.

Sebaliknya, kita perlu menguruskan monopoli – monopoli itu sendiri dan cabar mereka dengan cara yang lebih bijak. Ini adalah pemikiran yang memacu strategi Sendhelper dan Sendjobs, dan kami mencipta rangka kerja asas untuk gangguan dan untuk membuat lebih dengan kurang.

Differentiation (Pembezaan)

Ia mengikut gerak hati. Kemasukkan baru perlu dikenali sebagai seorang pemain di pasaran, dan membezakan mereka dari pelantar yang lain. Faktor pembezaan boleh kelihatan ataupun halimunan kepada pengguna, tetapi mereka perlu berpengalaman sama ada secara ketara atau tidak ketara.

Pelantar sepatutnya tidak perlu membezakan semata mata untuk kelihatan berbeza. Mereka perlu membuat sebegitu rupa dengan menggunakan strategi yang betul dengan memahami pembeli, pembekal, kuasa pasaran, dan jurang pasaran.

Apa yang kami buat di Sendjobs dan Sendhelper sebagai contoh, adalah dengan mengasingkan strategi kami dibahagian seperti proses operasi, cara pembayaran, perjalanan pengguna, dan penjenamaan untuk membezakan kami dari pemegang- pemegang lain.

Salah seorang dari ahli panel kami yang datang dari firma konsultasi juga memberitahu bahawa terdapat cara lain untuk kelihatan lebih menonjol. Menurut beliau, syarikat permulaan perlu pertimbangkan untuk bekerjasama dan berintegrasi dengan pelantar yang lebih besar. Ia akan menjadi berguna, tetapi syarikat tersebut perlu berhati – hati dan memastikan pemain yang lebih besar tidak meniru produk dan mengeluarkan mereka.

Apa yang syarikat permulaan tersebut boleh lakukan adalah dengan membantu pemain yang lebih besar mempelbagaikan dengan menyediakan manfaat tambahan. Sebagai contoh, beberapa syarikat mengintegrasikan strategi penglibatan pengguna mereka dengan pelantar berbual seperti Line.

Design (Reka Bentuk)

Bagaimana sistem dan produk direka bentuk mampu memberikan kesan secara terus. Tetapi reka bentuk bukan sahaja merujuk kepada elemen UI/UX dalam perjalanan pengguna. Syarikat juga perlu mempertimbangkan beberapa faktor;

  • Bagaimana penyelesaian arkitek direka bentuk untuk kecekapan
  • Bagaimana aliran operasi direka bentuk
  • Bagaimana sistem direka bentuk untuk meningkatkan interaksi dan memberi insentif kepada pertukaran ekonomi.
  • Bagaimana produk direka bentuk untuk membawa ke kesan rangkaian dengan lebih cepat

Dalam kes ini, kami mereka bentuk produk, proses operasi, dan mekanisme insentif untuk meletakkan pembekal / pemberi servis di tengah pelantar kami, dan bukannya pelanggan. Untuk pembeli, kami mendapati bahawa apa yang lebih penting adalah memberi sokongan dan bantuan sepanjang pengalaman mereka.

Untuk Sendjobs, kami memberikan usaha yang lebih untuk membuatkan pengalaman pengguna kami seperti permainan untuk memberi insentif kepada pengguna untuk membawa pengguna yang lain.

Deep tech (Teknologi Yang Lebih Dalam)

Pelantar baru juga boleh menggunakan sempadan teknologi untuk mengganggu teknologi yang telah wujud. Contohnya, AI boleh mencipta pembeli dan padanan penjual yang lebih baik atau meningkatkan kadar pemenuhan. IoT, AR, dan VR pula mempunyai potensi untuk meningkatkan tawaran pelantar dan membezakan ia dari yang lain.

Tetapi dari pandangan saya, penggunaan teknologi blockchain mempunyai peluang terbaik untuk menyamaratakan situasi. Lebih banyak pelantar akan menggunakan blockchain semakin protokol blockchain menjadi lazim. Dan ia merupakan suatu perkara yang biasa di mana ia akan memberikan ganjaran kepada pelantar yang menyumbang atau caj yuran kerana menggunakan maklumat dari protokol ini.

Pada dasarnya, protokol ini boleh menjadi pelantar kepada pelantar, dan jika anda menyumbang atau bekerja, anda akan mendapat lebih lagi.

Sebab saya memberitahu tentang teknologi yang lebih dalam adalah kerana ia lebih mudah untuk peserta baru untuk menggunakan teknologi yang lebih baru dari pemain lama untuk mengubah semua seni bina produk mereka.

***

Namun, strategi ini perlu digunakan sebagai panduan asas sahaja. Ia berkesan untuk kami, tetapi ia tidak semestinya berkesan untuk anda.

Ia amat mudah untuk sesat di dalam alam perniagaan digital pada hari ini, jadi perniagaan – perniagaan ini sedang mencari cara untuk mengganggu status quo untuk memastikan diri mereka lebih sedar, sekarang lebih dari biasa.

Rupam Biswas, CEO @ sendhelper Pte. Ltd.

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.