Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apa KYC Dan Kepentingan Polisi Antarabangsa Ini Terhadap Syarikat Permulaan Fintech

3.59K 0

Jika sebelum ini, individu atau kumpulan yang menjalankan perniagaan haram boleh menyalurkan hasil dan keuntungan ke syarikat yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya untuk membersihkan wang, menutup atau menyembunyikan aktiviti-aktiviti serta kesan-kesan jenayah.

Kini tidak lagi. Aktiviti tersebut menjadi sukar apabila kawal selia yang dikenali sebagai Know Your Customer (KYC) diperkenalkan. Syarikat-syarikat kini perlu membuat pemeriksaan terhadap pelanggan dan mengisytiharkan sumber pembiayaan.

Sejak tumbuhnya pelbagai syarikat permulaan berasaskan kewangan atau Fintech, amalan dan perlaksanaan KYC menjadi lebih ketat. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan wang kripto yang sering dikaitkan dengan aktiviti dan pengubahan wang haram.

Menurut laporan dari United Overseas Bank, pelaburan dari Asia Tenggara dijangka mencapai US$338 juta pada 2017, data yang diperoleh dari firma analitik Tracxn.

Know Your Customer (juga dikenali sebagai Know Your Client) adalah suatu proses yang membolehkan perniagaan mengenalpasti dan mengesahkan identiti pelanggan. Tujuannya adalah untuk mencegah aktiviti yang melanggar undang-undang seperti pengubahan wang haram, pengelakan cukai dan pembiayaan kumpulan pengganas.

Kenapa KYC Penting?

Dengan terlebih dahulu mengenalpasti niat dan identiti, kemudian memahami corak transaksi pelanggan, ia membolehkan bank mengenalpasti dengan jelas aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. Pengubahan wang haram dan kumpulan pengganas biasanya menggunakan anonymously opened account.

Penekanan perlaksanaan KYC, memperlihatkan peningkatan terhadap laporan transaksi yang mencurigakan. Peningkatan ini tidak bermakna terdapat banyak aktiviti buruk tetapi bermakna pengesanan aktiviti sedemikian lebih berkesan. Menurut Financial Crimes Enforcment Network, lebih 1.7 juta aktiviti mencurigakan telah difailkan pada tahun 2014.

KYC juga membantu menilai dan memantau pelanggan berisiko dan syarikat-syarikat di Malaysia perlu mematuhi akta Anti-Money Laundering (AML) dan undang-undang Terrorist Financing (CFT) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. 

Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan KYC mengikut piawaian global yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force (FATF).

Dari sudut pandangan perniagaan, mengenalpasti pelanggan adalah satu perkara yang baik. Ia boleh membantu mengenalpasti pelanggan yang mencurigakan atau yang berpontesi untuk melakukan penipuan melalui perkhidmatan yang ditawarkan disamping mengelak atau menghentikan sebelum aktiviti penipuan berlaku.

Memandangkan ia berlaku pada akaun syarikat, berkemungkinan besar syarikat akan dikenakan tindakan jika tidak bertindak terlebih dahulu dengan melaporkan aktiviti penipuan tersebut. Ia boleh memberikan kesan yang memudarat kepada margin keuntungan syarikat jika dikenakan saman selain kehilangan kerjasama antara syarikat kad kredit, bank ataupun mendapat reputasi yang buruk dikalangan pelanggan.

3 Langkah Mudah Mengenali Pelanggan Anda

Bagi menjalankan program KYC yang efektif memerlukan 3 elemen berikut:

  1. Pengenalan Pelanggan
  2. Usaha Wajar Pelanggan (Customer Due Deligence)
  3. Pemantauan Berterusan

Pengenalan Pelanggan

Bagaimana hendak mengenali kebenaran sesuatu maklumat pengenalan seperti yang dinyatakan oleh pelanggan? Lebih-lebih lagi Identity Theft adalah antara jenayah yang kerap berlaku dalam bidang yang melibatkan pengubahan wang haram dan aktiviti pengganas.

Pengenalan pelanggan boleh dilakukan dengan melakukan pengesahan identiti. Dengan itu, aktiviti-aktiviti haram di sisi undang-undang dapat di elakkan. Ia juga dapat membantu melakukan penilaian risiko dan syarikat boleh mengaplikasikan polisi yang sesuai berdasarkan penilaian tersebut.

Usaha Wajar Pelanggan

Antara analisis yang boleh dilakukan oleh syarikat adalah mengenalpasti sama ada pelanggan tersebut boleh dipercayai. Syarikat perlu mengenalpasti sama ada pelanggan berpotensi berkelayakan. Ia adalah elemen kritikal untuk menguruskan risiko dan melindungi diri dari jenayah, pengganas dan individu  dikenali korup yang terlibat dalam politik.

Terdapat 3 peringkat usaha wajar:

  • Usaha wajar peringkat rendah; dimana risiko berlakunya aktiviti haram adalah rendah
  • Usaha wajar pelanggan asas; Maklumat-maklumat diperolehi daripada semua pelanggan untuk pengesahan identiti pelanggan dan penilaian risiko terhadap pelanggan tersebut.
  • Usaha wajar peringkat tinggi; maklumat tambahan dikumpulkan bagi pelanggan yang berisiko tinggi bagi mengenal dengan lebih mendalam aktiviti pelanggan untuk mengurangkan risiko berkaitan.

Pemantauan Berterusan

Pengenalan pelanggan perlu perlu sentiasa dilakukan. Satu kali pemeriksaan tidak mencukupi untuk mengenali pelanggan. Perlu adanya satu program untuk memantau pelanggan secara berterusan. Ini termasuk pengawasan terhadap transaksi kewangan dan juga threshold yang dikembangkan sebagai sebahagian daripada profil risiko pelanggan.

Polisi KYC kian berkembang dan ia amat penting dilaksanakan bukan sahaja diperingkat tempatan malah secara global. Dengan isu-isu berhubung dengan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas sehinggalah skandal rasuah beleluasa, polisi KYC telah berevolusi menjadi alat penting untuk menentang transaksi haram pada lapangan kewangan diperingkat antarabangsa.

Syarikat-syarikat dapat melindungi diri dengan memastikan mereka menjalankan perniagaan dengan entiti yang sah mengikut undang-undang dan juga melindungi individu yang mungkin menjadi mangsa keadaan jenayah kewangan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.