PASSWORD RESET

Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apakah “Cukai Digital” Di Dalam Bajet 2019 Dan Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu?

324 0

Bajet 2019 yang bakal berlangsung pada 2 November ini amat penting bagi menunjukkan hala tuju negara ini, malah ia juga menunjukkan hala tuju sokongan dan perkembangan sektor digital di Malaysia.

Ia telah dipastikan oleh ahli ekonomi dan pemerhati pasaran apabila kerajaan memulakan pembentangan bajet 2019 pada 15 Oktober 2018. Tambahan lagi, ia memberikan peluang yang besar untuk membaik pulih ekonomi bagi kerajaan yang baru sahaja dilantik.

Kerajaan Malaysia telah mengalami perubahan yang besar pada 9 Mei 2018, apabila parti pembangkang dilantik sebagai kerajaan baru yang mengalahkan parti terdahulu yang telah berkuasa selama 61 tahun.

Bersama dengan penyusuan semula kerajaan, terdapat pelbagai pengenalan kepada falsafah yang berbeza tentang cara Malaysia menguruskan kewangan dari kerajaan. Terdapat pelbagai bukti di mana kita dapat melihat pelbagai projek yang berharga berbilion ringgit telah dibatalkan, penghapusan cukai GST, dan pelbagai lagi dalam tempoh masa yang singkat.

Namun, penduduk Malaysia masih tertunggu – tunggu akan satu lagi pengumuman penting dari kerajaan Malaysia baru, iaitu pembentangan bajet tahunan bagi tahun 2019.

Pengenalan Bagi Cukai Digital

Para pakar telah memberi penekanan tentang pembentangan bajet 2019 iaitu pengenalan kepada cukai digital. Sekiranya ia berlaku, Malaysia merupakan negara kedua di Asia Tenggara selepas Singapore yang memperkenalkan skim cukai bagi sektor digital.

Rasional dalam pengenalan cukai ini adalah untuk menyama ratakan bidang antara bisnes tempatan dan antarabangsa di dalam sektor digital.

Pada masa kini, bisnes digital global sering mengelakkan diri dari membayar cukai di Malaysia kerana mereka tidak hadir secara fizikal di dalam negara ini. Jadi, firma – firma digital ini mengisytiharkan keuntungan di dalam negara di mana ibu pejabat mereka bertapak. Ini menyebabkan Malaysia kehilangan potensi pendapatan cukai.

Tambahan lagi, cukai digital ini boleh menguatkan dan mengembangkan dasar pendapatan kerajaan disebabkan ia mempunyai masa depan yang cerah pada tahun seterusnya.

Kebimbangan Tentang Skim Cukai Yang Baharu

Kredit imej: https://www.bharian.com.my

Walaupun premis utama cukai boleh dipuji, namun beberapa pakar dan pemilik perniagaan telah menyuarakan beberapa kebimbangan tentang kesan negatif terhadap syarikat teknologi dan pemain E-dagang. Ada sesetengah orang menyuarakan pandangan bahawa pengenalan cukai ini akan menambahkan lapisan lebih bagi cukai yang sedia ada dan membuatkan harga barangan dan servis atas talian semakin meningkat.

Konsultan Cukai YYC, Yap Shin Shiang memberikan kenyataan bahawa pendapatan lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengenal pasti pembayaran di dalam pasaran digital kepada syarikat yang bukan penduduk sebagai pendapatan royalti dan ini memerlukan mereka untuk membayar cukai pemotongan (WHT).

Maksud WHT: WHT (Withholding Tax) adalah bayaran cukai yang dikenakan kepada perniagaan di Malaysia apabila berlaku sebarang pembayaran (faedah, royalti, servis) kepada syarikat bukan penduduk.

Jadi, pengenalan kepada Cukai Digital akan meningkatkan peluang untuk menaikkan cukai sebanyak 2 kali atau tiga kali ganda di dalam perniagaan.

Christy Ng, pengasas kepada syarikat kasut wanita Christyng.com memberikan komen tentang cukai digital dengan berkata,”Cukai yang dikenakan pada perniagaan e-dagang adalah tidak praktikal. Kita telah membelanjakan wang yang banyak untuk SST, dan dengan tambahan cukai yang baru, ia akan menyebabkan semua perniagaan tidak menguntungkan. Berapa banyak sistem cukai yang kita perlukan?”

Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) meramal tentang mekanisma cukai bahawa mungkin terdapat 2 jenis cukai yang baru akan diperkenalkan.

Cukai yang pertama ialah “Cukai Langsung” di mana ia akan memberikan sasaran pada keuntungan syarikat digital asing yang sedang melakukan perniagaan di Malaysia, dan satu lagi ialah “Cukai Tidak Langsung” di mana ia akan bertindak sebagai cukai penggunaan (seperti SST) kepada syarikat asing yang menjual barangan digital dan servis di Malaysia, yang dibayar oleh pengguna.

Kerajaan telah mengenal pasti kebimbangan ini dan telah menyatakan bahawa mereka sedang mengusahakan skim cukai yang adil dan saksama.

Naib Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah memberikan komen tentang cukai digital dan berkata, “Perkara ini sudah semestinya akan didalami. Kami akan mengeluarkan satu mekanisma yang baru, tetapi kami masih mendalami perkara ini dan kami akan memberikan sesuatu untuk mereka.”

“Sekiranya kami meletakkan perkara ini (cukai digital) di tepi, saya rasa negara ini akan kehilangan pendapatan.”

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga turut menyatakan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri juga turut bekerjasama dengan badan antarabangsa untuk menjelaskan isu cukai yang berkait dengan digital dan ekonomi yang dikongsi.

Sokongan yang Berterusan Untuk Zon Perdagangan Bebas Digital?

Bajet yang sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan RM83.5 juta untuk membangunkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dengan rakan kongsi bersama Alibaba Group.

Dana ini disediakan untuk membina fasa pertama DFTZ di Aeropolis, KLIA untuk mencipta satu gerbang serantau e-dagang. Ini merupakan berita baik untuk DFTZ kerana ia boleh mendapat keuntungan beribu – ribu dari SMEs dan dijangka untuk menarik pelaburan lebih dari RM700 juta.

Walaubagaimanapun, projek ini berada di dalam tahap ragu – ragu setelah negara ini menjalani pilihan raya baru – baru ini.

Kerajaan baru membuat semakan semula dengan semua perjanjian yang telah dibuat di China kerana ada beberapa perjanjian yang dianggap sebagai tidak memberikan pulangan kepada Malaysia pada jangka masa yang lama. Antara pengawasan yang termasuk adalah pelaburan Alibaba di Malaysia yang bersama dengan penubuhan DFTZ oleh kerajaan lama.

Antara kritikan yang diterima adalah kebimbangan E-dagang besar China memegang kuasa yang berlebihan terhadap DFTZ. Kebimbangan yang sama diketahui oleh pemain – pemain antarbangsa kerana mereka risau tentang inisiatif Belt and Road adalah sebagai salah satu percubaan China untuk mencipta satu zon ekonomi dan politik yang besar dan pelbagai negara dengan Beijing sebagai pusat.

Jack Ma, Pengerusi Esekutif dan pembantu pengasas Alibaba Group menunjukkan kebimbangan ini kepada Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir selepas sebulan beliau dilantik ke dalam pejabat.

Jack meyakinkan bahawa DFTZ hanya berfokus kepada keuntungan perniagaan bagi kedua – dua negara secara sama rata. Tanpa teragak – agak, Perdana Menteri meneruskan DFTZ bersama Alibaba Group.

Melihat Ke Masa Hadapan

Mengikut pengiraan Kajian BMI, pasaran pembelian atas talian di Asia Tenggara akan menjana sebanyak US$64.9 billion (RM257.94 billion) pada tahun 2021, memetik aliran yang berterusan pada masa hadapan. Dan baru – baru ini, satu laporan Bloomberg menyatakan bahawa Malaysia berkongsi jumlah jualan pada 2.7% yang menunjukkan potensi yang besar di dalam pembangunan.

Ekonomi digital memberikan peluang untuk perkembangan yang baik di Malaysia terutamanya apabila kerajaan sedang melihat untuk mengoptimasikan perbelanjaan mereka untuk menguruskan hutang sebanyak RM1 trillion.

Ketua Ekonomi dan Ketua Kajian Kumpulan AmBank Dr. Anthony Dass menyatakan bahawa kerajaan perlu mengoptimasikan perbelanjaan mereka pada pembentangan bajet 2019. Ini boleh dilakukan dengan memberikan fokus kepada projek dan pelaburan yang boleh memberikan kesan positif kepada pasaran dan orang ramai.

Oleh itu, kerajaan Malaysia mungkin tidak akan berpihak kepada e-dagang dan industri digital. Lagipun, ia adalah penting untuk tidak melupakan fokus negara kepada pembangunan sektor digital adalah dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri sewaktu beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1996, dengan Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai salah satu inisiatif beliau yang terbesar.

Perincian tentang Cukai Digital dan sokongan tentang industri digital bakal diumumkan pada 2 November 2018.

 

Sumber Asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.