Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pembangun Permainan Video Serantau, Akan Berkumpul Di LEVEL UP KL 2018 anjuran MDEC

2.66K 0

MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) Level Up KL akan kembali pada tahun ini iaitu pada tarikh 27 – 31 Oktober 2018 dan akan menjadi satu acara yang lebih hebat dan menarik berbanding dahulu. Persidangan tahunan bagi pembangun-pembangun perisian permainan (game developers) ini akan diteruskan dengan temanya iaitu meeraikan dan membawa bersama pembangun-pembangun perisian yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Menurut Hasnul Hadi Samsudin, Timbalan Presiden MDEC dalam bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologi (Creative Content and Technologies Division), beliau menyatakan bahawa persidangan pada tahun lepas dihadiri oleh 800 peserta, dan ia dijangka akan meningkat ke 900 peserta pada tahun ini.

“Level Up KL merupakan satu-satunya acara tahunan kami yang menyediakan platform untuk warga tempatan yang berbakat untuk mempamerkan serta memperkenalkan produk-produk mereka. Secara mutakhirnya, kami ingin mengenengahkan bahawa rantau Asia Tenggara mampu menjadi titik pertemuan pembangunan perisian permainan yang mana bakat-bakat yang tersohor serta syarikat-syarikat yang terkemuka dapat bergabung bersama”, kata beliau semasa taklimat bersama para media di Petaling Jaya baru-baru ini.

Level Up KL 2018 akan menganjurkan beberapa aktiviti termasuklah persidangan industri selama 2 hari, ruang pameran untuk para pembangun perisian memperkenalkan produk-produk mereka, program perhubungan perniagaan, malam jalinan rangkaian dan juga bengkel-bengkel ala Masterclass.

Persidangan ini juga akan dibahagikan kepada 5 landasan / tracks yang bertumpu kepada beberapa topik seperti produksi AAA, perisian permainan yang dibangunkan oleh pembangun sistem indie / persendirian, hiburan tambahan, rakan kongsi teknologi dan sidang kemuncak pendidikan.

Antara tetamu-tetamu jemputan untuk acara ini termasuklah Wan Hazmer dari Metronomik, Kris Antoni dari Toge Productions, Yiwei P’ng dari Kureichii dan ramai lagi.

Pada tahun lepas Level Up KL mengadakan SEA Games Award yang mana ia telah menerima seramai 50 peserta, dan pada tahun ini pula, jumlah penyertaan dijangka akan berganda.

Mohan Low, Ketua Media Interaktif MDEC, berkatta bahawa lebih separuh daripada pernyertaan-penyertaan SEA Games Award adalah berasal dari luar negara Malaysia. Ini termasuklah penyertaan dari Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Vietnam.

“Kualiti penyertaan-penyertaan pada tahun ini telah menetapan standard yang tinggi dan ia pasti akan mengagumkan!”, katanya.

Akhir sekali, para pembangun perisian permainan juga dapat bergabung tenaga dan minda untuk menyertai acara SEA Games Jam yang akan berlangung selama 36 jam yang mana pembangun-pembangun perisian serantau akan bekerjasama untuk merekacipta perisian-perisian permainan di dalam persekitaran yang kolaboratif yang berdasarkan pada tema yang akan ditetapkan.

Siapa Yang Perlu Hadir Level Up KL?

Dalam masa 4 tahun, LEVEL UP KL telah menjadi industri primier bagi pembangun permainan video di Asia Tenggara. Dengan objektif untuk menyatukan pemain tempatan dan antarabangsa ke rantau pembagunan permainan video di Asia Tenggara, LEVEL UP KL menyediakan pelantar bagi pemain dalam industri untuk berinteraksi, belajar dan berkongsi pengetahuan.

Pada tahun 2017, lebih dari 800 peminat dan pembangun permainan video serta pelopor industi telah berkumpul untuk meraikan pemain-pemain permainan video. 2018 pula akan disambut dengan lebih besar, menyatukan komuniti serantau yang percaya kepada kuasa budaya yang penting ini. P

Acara yang akan berlangsung selama 5 hari, padat dengan bengkel yang di terajui oleh pakar-pakar, perbincangan, hubungan perniagaan dan rangkaian, Anugerah SEA Games akan memberikan inspirasi kepada mereka yang hadir.

Untuk maklumat lanjut, layari levelupkl.com untuk maklumat lanjut

Kredit imej: levelupkl.com 




 

Sumber Asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.