Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Nak Ke Tak Nak, Bootstrap Ke Tak?

2.15K 0

Bagi sebuah syarikat permulaan, sumber kewangan terhad adalah cabaran yang biasa dihadapi semasa mengembangkan syarikat. Satu sesi panel bertajuk “Bootstrapped but Bankable” telah diadakan pada Catcha Group Wild Digital 2018 Conference bagi membincangkan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat yang dikenali pada awal permulaan.

Berkongsi pengalaman dan pandangan mereka adalah pengasas dan group CEO WebTV Fred Chong, Chan Kee Siak, CEO Exabytes; Michael Lints, rakan niaga  Golden Gate Ventures; Leow Wee Jonn, CEO Photobook Worldwide dan di moderasi oleh Low Ngai Yuen, CEO eFM.live dan pengarah eksekutif Global Entrepreneurship Movement (GEM).

Dimulakan oleh Chong, beliau terus menyelam masuk terus kepada topik dengan berkongsi bagaimana beliau memulakan syarikatnya 5 tahun yang lepas dengan hanya sekumpulan 6 orang dan dua Youtube channel. Dari pendapatannya yang diperoleh dari filem Nasi Lemak 2.0, Chong berkata “Saya melaburkan RM2 juta dan matlamat ketika itu adalah untuk membesarkan syarikat 500 kali ganda”

Chong menambah, “Tanpa diduga, kami telah menggunakan RM2 juta pada tahun pertama.” Hari ini, WebTVAsiamempunyai 320 pekerja merentasi sepuluh negara dan lebih 2,500 YouTube Channel.

Pengasas Exabytes mula secara kecil 18 tahun yang lalu dengan meminjam kad kredit sepupu sebanyak US$25 untuk membuka akaun US reseller. Bagi Photobook pula, ia di asaskan pada 2005 oleh Mark Koay di ruang tamu dengan sekumpulan 5 orang dan pelaburan awal sebanyak RM1 juta.

“Lebih kurang 80% pelaburan awal telah dibelanjakan pada pencetak yang di pasang pada ruang tamu pengasas” Leow berkongsi.

Maju ke depan ke hari ini, Exabytes berkhidmat kepada 100,000 pelanggan berbayar sementara Photobook telah berjaya membesar kepada 250 kakitangan dengan 4 pejabat di Manilia, Toronto, Melbourne dan Kuala Lumpur.

Bercadang untuk Bootstrap

Kredit imej: sxsw.com

Semasa sesi tersebut, salah satu soalan ditanya Low kepada panelis adalah, “Jika anda berpeluang kembali ke masa lepas dan lakukan semula, adakah anda masih memilih untuk bootsrap syarikat anda?”

Menjawab pertanyaan, Chong kekal dengan pilihannya dan percaya bahawa pengasas perlu berupaya untuk melakukan keputusan yang penting. “Kami bekerja sepantas kelajuan internet. Jika kami perlu menunggu keputusan dari pelabur yang berlainan, kami mungkin tidak berupaya untuk mengambil kesempatan terhadap peluang dan masa yang saya lihat kepada pasaran 5 tahun yang lepas.”

Kembimbangan terhadap pelabur mengambil alih automomi membuat keputusan dari pengasas, Lints berkongsi pandangan, “Sebagai venture capitalist, kami tidak mengambil alih kuasa membuat keputusan dari pengasas. Sebab utama kami melabur dalam sebuah syarikat adalah kerana kami percaya bagaimana sesebuah syarikat diurus dan dijalankan.

“Tetapi terdapat satu lapisan tambahan dalam erti kata pelabur menyediakan kepakaran dan hubungan. Maka dalam pada itu, ia tidak mengambil alih keputusan, tetapi lebih kepada bantuan untuk mengembangkan syarikat,” kata Lints.

Sebagai wakil Koay, Leow percaya pengasas Photobook akan memilih untuk mendapatkan pembiayaan pada peringkat awal jika beliau perlu lakukannya semula. “Visi yang kami lihat bagi Photobook hari ini adalah lebih besar dari apa yang kami jangka masa ia mula diasaskan.”

Leow menjelaskan bahawa modal semakin besar selari dengan perkembangan matlamat sesebuah syarikat. “Pada peringkat permulaan perniagaan, kami raikan satu tempahan yang diterima setiap hari. Kini kami menerima 10,000 tempahan sehari dan kami masih belum juga berpuas-hati.”

Menyentuh sama ada bootstrapping lebih disukai oleh pelabur, Lints berkata “Amat dipuji apabila sesebuah syarikat bekerja tanpa memerlukan pembiayaan luaran. Ia adalah tanda positif menguruskan pembiayaan secara sederhana di mana ia adalah ciri-ciri yang kami cari.”

Bootstraping Tidaklah Glamor Seperti Bunyinya

Bagi WebTVAsia, syarikat tersebut bootstrap sepanjang “tempoh “bukti konsep”tetapi bergelut dalam erti kata mengumpul dana apabila ia mahu mencuba sesuatu yang baru.

Idea perniagaan Chong hadir apabila beliau menerima cek US$1,000 apabila video YouTube nya tersohor. “Idea pada masa tersebut adalah memulakan 100 channel untuk menghasilkan US$100,000. Apabila saya berjaya capai bukti konsep, barulah saya sedar terdapat satu gambaran besar yang saya mahu jadi sebahagian daripadanya,” kata Chong.

Dengan menjenamakan semula syarikat medianya kepada syarikat internet, Chong berjaya memecah masuk ke pasaran di luar Malaysia seperti Thailand, Taiwan dan China. “Menjadi sebuah syarikat internet, kami tidak perlu mendapatkan kebenaran seperti mana syarikat tradisional memerlukannya untuk masuk ke pasaran asing.”

“Sebagai sebuah syarikat media dan konten, kami perlu meneruskan pendekatan bootstraping untuk berkembang dengan lebih besar dan lebih pantas” Chong berkongsi. “Apa-apapun, mengumpul dana terbukti amat mencabar.”

Beliau berkata, “Walaupun kita mendengar terdapat banyak dana di dalam pasaran rantau Asia Tenggara, saya tidak bersetuju. Dana sedemikian hanya disediakan bagi unicorns yang mempunyai satu rancangan keluar dan bukan bootstrappers seperti kami.”

Meskipun demikian, Lints mengatakan bahawa VC berada di dalamnya untuk jangkamasa panjang. “Kami ada kitaran hayat 10 tahun kerana kami faham berapa lama masa diperlukan untuk mengembangkan perniagaan.”

Menjawab soalan dari peserta, sama ada terdapat korelasi diantara bootstrapping dengan rancang keluar dengan pantas, Chan berkata tiada. “Tidak ada sesiapapun perlu memulakan sesuatu perniagaan dengan merancang untuk keluar dengan pantas. Menjadi seorang usahawan bukan sahaja tertumpu kepada mengumpul pembiayaan.”

Leow menambah”Terdapat salah faham di mana bootstraping dilakukan tanpa pilihan. Seringkali disebabkan ketiadaan pelabur.”

Beliau menerangkan terdapat 2 kategori utama  orang yang bootstrap. “Mereka yang cukup berjaya dan tidak memerlukan pembiayaan luar. Juga terdapat mereka yang tidak cukup menarik untuk tarik pelaburan”

Nasihat Kepada Bootstrappers

Sementara berjimat-cermat adalah satu kepercayaan umum dalam perniagaan bootstrapping, Leow mencadangkan untuk mengambil satu pendekatan berani untuk menjadikan ekonomi syarikat berkesan. “Anda tidak perlu bertindak seperti sebuah perniagaan bootstrap walaupun anda sebuah perniagaan bootstrap.

Walaupun Photobook tidak pernah menggunakan perkhidmatan headhunters pada masa lepas, syarikat tersebut telah dinasihatkan berbuat demikian oleh pelabur. “Kami teragak-agak pada mulanya kerana ia amat mahal tetapi ia benar-benar membantu kami memacukan perniagaan.”

Berkongsi pengalaman beliau dari pandangan seorang pengasas dari Malaysia, Chong percaya bahawa rakyat Malaysia mempunyai kelebihan dalam memasuki pasaran SEA yang lain. “Gunakan kelebihan multilingual dan kebudayaan. Anda boleh melaksnanakannya lebih baik dari syarikat permulaan lain di seluruh rantau.”

 

Sumber asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.