Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

6 Soal Jawab Mengenai Trademark Oleh Faizal Ismail

14.35K 0

Trademark, atau singkatanya TM adalah tanda yang membezakan produk dan perkhidmatan antara satu perniagaan dengan perniagaan yang lain.  Ia merujuk kepada peranti, jenama, kepala, label, tiket, nama, perkataan, huruf, nombor dan mana-mana gabungan yang dinyatakan.

Ia juga adalah satu tanda penting yang mewakili perniagaan anda sebagai sebuah jenama dan secara efektif memberikan wajah kepada sesebuah syarikat. Trademark adalah tanda yang memberikan keyakinan kepada pelanggan.  Ia boleh menyampaikan mesej berbentuk interlektual dan emosi mengenai pemilik, syarikat, reputasi, produk dan perkhidmatan. Lebih-lebih lagi, trademark adalah satu aset yang tidak ternilai.

Jika anda belum mendaftarkan trademark syarikat anda, berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya, di jawab oleh Faizal Ismail, Agen Berdaftar Tanda Dagangan.

Branding Tanpa Daftar Trademark?

“Boleh tak nak buat branding tanpa register trademark?”

Boleh, tapi berisiko tinggi.

Nama brand yang tak registered boleh digunakan oleh pihak lain tanpa perlu kebenaran.

Branding bukan suatu yang murah. Kita keluar duit, orang lain pun boleh guna. Bukan satu langkah yang bijak.

Trademark atas nama sendiri atau atas nama syarikat?

“Saya pemilik syarikat. Saya patut daftar trademark atas nama syarikat atau atas nama sendiri?”

Daftar trademark boleh atas nama individu, boleh juga atas nama syarikat.

Macam beli kereta juga. Boleh beli atas nama sendiri, boleh beli atas nama syarikat.

Kalau kereta syarikat, kereta tersebut kekal milik syarikat walaupun kita berhenti kerja (keluar dari syarikat).

Apa 5 jenis trademark yang boleh didaftarkan?

  1. Nama. Contoh: Honda
  2. Tandatangan. Contoh: John Hancock, Arnold Palmer
  3. Perkataan yang dicipta. Contoh: Colgate, Cisco, Twitter, Google etc. Ia adalah perkataan-perkataan yang tiada dalam kamus.
  4. Perkataan yang sedia ada dalam kamus. Contoh: Apple, Sky, Ketereh, Gajah etc. Syaratnya perkataan-perkataan tersebut tidak ada kaitan atau merujuk kepada barangan atau servis yang ditawarkan.
  5. Apa-apa logo atau lambang yang “distinctive”. Contoh: Gambar orang tua sedang senyum untuk perniagaan ayam goreng.

Trademark: Bagaimana nak memohon?

Jika nak daftar trademark, tuan-tuan perlukan perkara berikut:

  1. Logo atau nama yang unik (tidak sama dengan trademark yang telah didaftarkan orang lain di Malaysia dalam kelas bisnes yang sama dan tidak menyerupai jenama terkenal)
    .
  2. Kelas bisnes (boleh rujuk di sini http://web2.wipo.int/…/nic…/en/fr/edition-20160101/taxonomy/)

P/s: Boleh daftar atas nama peribadi atau syarikat.
Jika atas nama syarikat, sediakan sijil SSM dan Form 49 jika syarikat Sdn Bhd.

Jika atas nama peribadi, sediakan salinan I.C.

Bagaimana Prosedur Pendaftaran Trademark Di Malaysia?

Saya nak ceritakan tentang prosedur pendaftaran Trademark di Malaysia dalam bentuk point.

  1. Isi borang TM5
    +Masukkan logo anda dalam ruangan ke 2 (representation of mark)
    +Jika anda nak lindungi logo berwarna itu saja, sila tick di kotak. Jika tidak tick, bermaksud anda mahukan semua warna.
    +Masukkan kelas produk atau servis (rujuk Nice Classification)
    +Nama penuh dan alamat pemohon
    .
  2. Statutory Declaration (akuan bersumpah)
    Perlu cop pesuruhjaya sumpah
    .
  3. Bayar yuran pendaftaran kepada MyIPO
    Sebelum itu, pastikan logo atau “mark” anda tidak melanggar mana-mana akta trademark Malaysia.
    Jika semua OK, MyIPO akan hantar surat suruh hantar borang TM31 berserta yuran RM650. Lepas tu permohonan yang dah diluluskan tu akan di gazette dan terbuka untuk orang awam membantah dalm masa 2 bulan.
    Sekiranya tiada bantahan, sijil akan dikeluarkan.
    Lepas itu baru boleh guna (R). Sebelum tu guna TM saja.

Trademark: Pemfailan Borang TM31

Selepas MyIPO setuju untuk meluluskan permohonan trademark kita, kita mesti hantar borang TM31 berserta fi RM650, dalam tempoh dua bulan dari tarikh surat dikeluarkan.

TM31 ada lah borang untuk gazet, atau nama lainnya “published for opposition”.

Trademark kita akan disiarkan di gazet untuk memberi peluang pihak ke tiga membuat bantahan.

Tempoh gazet adalah dua bulan. Berdoalah agar tiada bantahan dalam tempoh itu.

Jika tiada bantahan, MyIPO akan keluarkan sijil trademark dan mulai dari itu, trademark kita sudah boleh menggunakan simbol ®.

Jika ada bantahan, saya nasihatkan dapatkan bantuan ajen trademark berdaftar, kerana laluannya berlopak dan berliku-liku.

Apa Langkah-langkah mendaftar trademark di Malaysia?

1. Periksa sama ada trademark anda sudah didaftar oleh orang lain. Periksa di iponline MyIPO. Link disertakan diakhir artikel ini.

2. Periksa sama ada seseorang telah mendaftar trademark yang serupa atau seakan-akan serupa dalam perniagaan (produk atau servis) yang sama.

Jika ada, anda boleh memohon kebenaran dari trademark holder itu untuk mendaftar trademark anda. Anda perlu yakinkannya bahawa trademark anda tidak mengelirukan orang ramai.

Dia perlu memberikan surat “letter of consent” kepada anda. Jika dia enggan, untuk mengurangkan risiko anda perlu cari trademark yang lain.

3. Kenal pasti kelas trademark anda menggunakan NICE classification. Link disertakan diakhir artikel ini.

Anda boleh memohon lebih dari satu kelas untuk trademark yang sama. Tapi hanya satu kelas dibenarkan untuk setiap permohonan. Jika mahu cover tiga kelas, anda perlu hantar tiga permohonan.

4. Sediakan logo (jika ada) dan trademark yang hendak didaftarkan. Pastikan ia sudah muktamad kerana selepas permohonan dihantar, ia sudah tidak boleh dipinda lagi.

5. Lima jenis trademark yang boleh didaftarkan anda boleh lihat di sini.

6. Isi borang TM5 dan hantar ke cawangan MyIPO terdekat atau boleh hantar melalui online. Saya syorkan hantar kepada cawangan kerana sistem online memerlukan “requirements” tertentu.

Selepas menghantar permohonan.

7. Anda akan dapat maklumbalas dari pemeriksa trademark. Jika ada bangkangan, anda ada masa dua bulan untuk selesaikannya dan hantar justifikasi bersama-sama jawapan bangkangan kepada pejabat.

8. Jika tiada bangkangan, permohonan anda akan disiarkan di gazet trademark selama dua bulan. Dalam tempoh itu sesiapa sahaja boleh memfailkan bantahan.

Sekiranya ada bantahan, saya nasihatkan supaya anda dapatkan khidmat ajen trademark berlesen untuk membantu anda.

9. Trademark anda akan didaftarkan selepas semua bantahan diselesaikan. Sijil akan diberikan kepada anda dan anda boleh meletakkan ®  pada trademark anda.

Jangan cakap abang tak payung.

Faizal Ismail,
Registered Trademark Agent.
Teraju IP

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Trademark dan Harta Intelek, layari www.faizalpatent.com

P.s Nantikan temuramah khas Otakit.my bersama Pengasas Teraju IP Sdn. Bhd Faizal Ismail

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.