Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Mahu Menjadi CEO Startup? Ini 5 Tip Matt Mochary Pelati CEO Di Sillicon Valley

2.33K 0

Sebelum ini pada 17 Julai yang lalu, salah-seorang pengasas kepada syarikat perniagaan startup berjaya The Lorry, Nadhir Ashafiq ada berkongsi di laman Facebook beliau mengenai sebuah bacaan buku elektronik yang dikongsikan di Google Docs.

Buku tersebut yang bertajuk, The Great CEO Within, adalah berkenaan dengan tips-tips untuk menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hebat bagi sebuah perniagaan startup.

Pemenang bagi anugerah Usahawan Muda Forbes Asia Bawah 30 bagi Sesi Tahun 2017 ini berkongsi buku tersebut sebagai bacaan penting untuk setiap bakal-bakal CEO mahupun yang sedang menjawat jawatan tersebut.

Menyedari kepentingan tips kandungan daripada buku ini, maka, Kapital.my mengambil peluang untuk mengupas 5 tunjuk ajar dan tips yang amat berharga kepada warga CEO untuk membina sebuah syarikat startup yang berjaya.

Matt/Matthew Mochary. Kredit: media.bizj.us

 

Pendahuluan

Buku tersebut yang hampir setebal 104 muka surat adalah ditulis oleh Matt Mochary, pelatih professional kepada warga CEO di Silicon Valley, Amerika Syarikat.

Dalam buku tersebut, beliau memecahkan kandungan kepada lapan tajuk perbincangan yang penting. Akan tetapi, Kapital.my hanya akan memilih lima daripadanya dan mengupas tajuk tersebut berdasarkan pemilihan fakta-fakta yang menarik.

1. Memulakan Perniagaan

Sebagai permulaan, Matt Mochary menjelaskan mengenai gaya pembentukan sesebuah syarikat. Menurut beliau, terdapat banyak cara yang ada untuk membentuk sebuah syarikat namun beliau lebih cenderung untuk menyatakan dengan cara iaitu,

“Dengan (cara) memahami secara mendalam akan manusia, realiti masalah manusia dan kemudian, menyelesaikannya”.

Oleh itu, bagi sesi permulaan ini, Matt Mochary memberi tips kepada pengasas syarikat (co-founder) agar tidak ‘gila’ menubuhkannya seorang diri.

Tegas beliau, bagi menubuhkan sebuah syarikat secara berseorangan amatlah payah dan tidak stabil. Malah, katanya lagi bahawa YCombinator, sebuah syarikat pelabur kepada startup sentiasa cenderung untuk memilih sebuah pengasas syarikat berkumpulan berbanding pengasas secara solo.

Hal ini kerana, katanya pengasas solo selalunya mudah merudum kerana tekanan perasaan yang tinggi nanti.

YCombinator. Kredit: mattbodnar.com 

2. Amalan dan Tabiat Individu

Bagi beliau, sebuah syarikat yang cemerlang bermaksud disertai oleh individu-individu yang hebat menjalankan tugas masing-masing dan pada masa yang sama mampu bekerjasama dengan baik.

Oleh kerana itu, sebagai CEO, anda adalah arkitek pembentukan budaya dalam syarikat dan menjadi hub utama aliran sumber maklumat kepada staf yang akan membolehkan individu-individu lain bekerja dengan baik.

Selain itu, tindak-tanduk anda menjadi inspirasi kepada warga lain dan tahap kecekapan anda akan menentukan tahap kecekapan orang lain juga.

Maka, kerana itulah langkah pertama adalah bermula dengan mengoptimumkan gaya kerja anda dan tahap kecekapan diri sendiri.

3. Amalan dan Kumpulan

Penulis buku berharga ini kemudiannya menekankan bahawa betapa pentingnya untuk syarikat mempunyai sebuah kumpulan dan bukannya individu dalam syarikat.

Kata beliau,

“Tidak kiralah sama anda mempunyai idea yang paling original dan inovatif, juga anda mempunyai tabiat yang sangat produktif, anda tidak akan mampu membina syarikat yang terbaik secara bersendirian”

Kejayaan sesebuah syarikat tersebut adalah bergantung dengan kehebatan kumpulan dalam syarikat itu. Oleh itu, permulaan dengan memfokuskan pembentukan tabiat individu adalah diberikan prioriti terdahulu sebelum ia dapat mengubah tabiat kumpulan.

Antara tips beliau dalam perbicangan ini adalah dengan mempunyai teknik percakapan dan menulis yang efisien.

Umpamanya jika anda berada dalam sebuah mesyuarat, apabila dua individu membincangkan sesuatu, maka elemen efisensi dalam perbincangan adalah amat penting. Hal ini kerana, jika ia tidak dibaiki, setiap minit yang kurang efisien akan semakin berganda dari minit ke minit.

Oleh itu,  antara cadangan penyelesaian beliau adalah dengan menulis dahulu point yang mahu dibincangkan di dalam mesyuarat kelak bersama-sama dengan cadangan penyelesaian sebelum mesyuarat bermula. Ia bukannya dilakukan semasa dalam mesyuarat kerana cara ini membuang masa.

Teamwork dalam startup adalah amat penting. Kredit: techstars.com 

4. Infrastruktur

Sesebuah syarikat yang mahu berjaya dengan cemerlang, mesti mempunyai kelengkapan kemudahan yang baik. Jikalau tidak, staf anda tidak akan mampu bekerja dsengan secekap yang mungkin dan ini bakal mengurangkan tahap produktiviti.

Ibarat sebuah bandar yang berfungsi dengan baik, ia memerlukan infrastruktur yang komprehensif, keadaan trafik yang baik dan ia boleh dipercayai.

Contohnya adalah dalam isu sistem pendokumentasian. Menurut Matt Mochary, setiap syarikat mesti mempunyai sistem perfailan yang tersusun untuk menyimpan dokumen seperti Google Drive, Dropbox atau Quip.

Setiap jabatan syarikat pula mesti mempunyai sistem perfailan mereka yang tersendiri dan kesemuanya mendapat akses kepada sistem perfailan tersebut (paling kurang untuk melihat dokumen, walaupun tidak semestinya mempunyai kebenaran mengubah dokumen).

5. Kerjasama

Menurut penulis buku ini lagi, antara langkah paling berbahaya yang akan ditempuh oleh syarikat ialah apabila ia berkeputusan untuk menambah saiz syarikat daripada kurang 10 orang kepada lebih 20 orang staf.

Dalam tempoh itu, beliau mengkhabarkan yang masalah seperti komunikasi dan produktiviti akan selalunya muncul dan ia adalah normal.

Ketika ini, para staf yang ramai tidak lagi akan duduk dalam pejabat yang sama. Mereka akan berkomunikasi secara berjauhan dan ia memberi cabaran kepada anda sebagai CEO kerana ia melibatkan produktiviti syarikat.

Bagi menyelesaikan isu ini, beliau mencadangkan empat cara utama iaitu:

  1. Tetapkan visi dan matlamat syarikat, setiap jabatan dan juga individu dengan kerap.
  2. Berkomunikasi mengenai visi dan matlamat tersebut kepada semua staf.
  3. Memeriksa kembali laporan dan rekod pencapaian dalam aktiviti mingguan.
  4. Menggalakkan ahli untuk memberikan maklum balas terutamanya yang melibatkan perkara negatif yang perlu diubah menjadi lebih baik.

Terdapat tiga lagi perbincangan menarik yang dikupas oleh jurulatih CEO berjaya di Silicon Valley, Amerika Syarikat ini. Jika anda minat membacanya, anda boleh membacanya di sini: https://docs.google.com/document/d/1ZJZbv4J6FZ8Dnb0JuMhJxTnwl-dwqx5xl0s65DE3wO8/mobilebasic#heading=h.pdmqf3646hgt

Sumber asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.