Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Kita #TongtongJe, Tumpang Balik Undi Dengan Droupr

942 1

Di kala musim perayaan hampir tiba, lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya ke-14, Droupr bakal menjadi penyelamat dengan mengurangkan kos minyak, tiket bus mahupun tiket kapal terbang (asalkan anda tidak perlu menyeberangi Laut China Selatan). Tidak seperti Uber dan Grab yang memfokus kepada e-hailing, Droupr satu-satunya aplikasi iOS dan Android yang membolehkan anda berkongsi kos perjalanan untuk perjalanan jarak jauh dengan penumpang yang lain, dengan kata lain, Carpooling.

Temuramah kali ini memperkenalkan Pemenang dan penerima Geran SUPERB Siri Ketiga 2016 Shukri Saad, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Droupr.

Menurut Shukri, “Perjalanan jauh sorang-sorang sangat membosankan. Cari kawan. Carpool guna Droupr. Buat kawan baru. Jimat kos. Dalam masa yang sama, bantu kerajaan mengurangkan kesesakan, dan bantu alam sekitar mengurangkan pencemaran.”

Teruskan bacaan anda untuk temuramah ekslusif OtakIt.my bersama pengasas Droupr

 

 

 

Boleh terangkan serba sedikit mengenai Droupr dan posisi anda dalam permulaan tersebut?

Droupr ialah pelantar perkongsian kenderaan untuk perjalanan jarak jauh. Fokus Droupr adalah mengurangkan kos perjalanan dengan cara berkongsi kos dengan penumpang-penumpang lain dengan cara yang lebih mudah, murah, dan selamat. Droupr juga menjadi pelantar pertama di Malaysia yang mengesahkan alamat rumah termasuk nombor telefon dan kad pengenalan.

Ciri-ciri tersedia dalam Droupr seperti pemilihan penumpang/pemandu mengikut jantina, distress signal tanpa perlukan data dan active journey, dan juga multi seats meletakkan Droupr sedikit ke depan. Dengan formula harga yang dicadangkan untuk setiap perjalanan, Droupr dapat memastikan setiap perjalan yang ditawarkan berada dalam lingkungan idea carpool, dan bukan menjana pendapatan. Posisi sebagai pembangun sistem secara keseluruhan, dan juga menguruskan perjalanan syarikat.

 

Apa inspirasi dan kenapa Droupr, bagaimana ia bermula?

Ia bermula bilamana Hisham, co-founder, merungut sebab bosan balik sorang-sorang dari Klang ke Sungai Petani setiap hujung minggu. Ia juga mengingatkan saya tentang masalah nak balik kampung semasa jadi student dulu; Nak tumpang, tapi tak tau siapa ada kereta kosong.

Jadi, pada 2015, pelantar dibina secara tidak serious, dan selepas pulang ke Malaysia, saya tunjuk pada Hisham dan bergurau tentang kita patut buat startup. Dia ambil serious tentang platform ini, dan kami mula bincang dengan serious.

Saya dan Hisham keluarkan duit simpanan kami untuk setup syarikat secara serious, dan mendaftarkan syarikat pada May 2016. Droupr dilancarkan pada June 2016 pada bulan puasa menggunakan web platform.

 

Bagaimana anda memperolehi dana untuk memulakan permulaan ini?

Kami bootstrap, dan tidak mengharapkan apa-apa dana pada mulanya. Saya dan Hisham menggunakan duit simpanan kami untuk memulakan operasi syarikat dan kami beroperasi dari rumah, dan tumpang pejabat kawan-kawan. Saya sendiri keluarkan duit simpanan Tabung Haji untuk merialisasikan Droupr.

Rakan-rakan lain pula mengusulkan untuk kami cuba memohon geran yang disediakan untuk kembangkan perniagaan. Awalnya kami kurang bersetuju, tapi setelah berbincang, kami cuba apply SUPERB pada siri 3 2016. Alhamdulillah berjaya.

Bagaimana anda validasi pasaran untuk khidmat tersebut dan proses yang terlibat?

Kami buat MVP dan release pada June 2016. Dengan jumlah pendaftaran dan booking yang diluar jangkaan, kami rasakan bahawa ada peluang untuk carpool bertapak di Malaysia. Kami akur bahawa ianya tidak akan mendapat penerimaan yang mudah – dengan skeptikal mengenai keselamatan, dan kebolehpercayaan platform; maka kami set pelan 5 tahun dan 10 tahun supaya fokus kami tidak hanya melihat keuntungan semata.

 

Adakah terdapat apa-apa teknologi/perisian digunakan untuk membangunkan syarikat ini dan bagaimana pula operasi belakang tadbir?

Ianya dibina dengan melihat solution yang dah ada dalam market, serta study sikit kekangan yang ada di Malaysia berkaitan service carpool. Bina backend dengan PHP & MySQL, dan frontend dengan menggunakan Bootstrap, Ionic, Redux, dan ReactNative.

Pada mulanya hanya saya sorang sahaja. Cuma ada beberapa fungsi  yang complicated yang saya akan outsource kepada freelancer. Kemudian, Naim menyertai team untuk bantu grafik dan branding. Shahidah menyertai untuk PR Media. Nelson dan Sabri,bantu explore business opportunity, dan Ramsey bantu buat technical test.

 

Kenapa Carpooling startup?

Kerana ianya adalah sesuatu yang menarik. Idea carpool itu mudah, tapi perlaksanaannya punyai banyak liku-liku yang mencabar. Geek seperti saya, sukakan sesuatu masalah yang mencabar untuk diselesaikan. Dan mencari penyelesaian dalam menyediakan platform seperti carpool ini, ianya mencabar dari segi teknikal, dan juga pengurusan persepsi.

Ianya bukan mencari keuntungan semata, tetapi juga kepuasan untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan negara dalam menyediakan satu penyelesaian yang boleh mengurangkan kesesakan, dan mengeratkan tali silaturrahim.

Bagaimana Anda Mempromosikan Droupr?

Kami menggunakan media sosial dan PR release. Kami juga cuba peka kepada isu2 semasa yang boleh menjadikan Droupr sebagai salah satu penyelesaian – seperti PRU14 yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

 

Ke mana arah tuju Droupr dan apa yang anda rasa akan berubah tentang carpooling dalam tempoh masa lima tahun akan datang?

Droupr akan mengukuhkan lagi platformnya melalui ciri-ciri yang ditambah dari masa ke semasa. Dalam tempoh lima tahun, carpool merupakan salah alternatif kepada pengangkutan awam. Carpool juga dilihat akan diberikan pengecualian dalam akta yang ada dan kemudahan prasarana sepertimana yang telah dan sedang berlaku di Eropah, Amerika, Singapura, dan Indonesia.

 

Apa lagi yang anda ingin kongsikan mengenai Droupr?

Untuk PRU14 ini, gunakan carpool untuk balik mengundi. Droupr adalah platform yang selamat untuk menemukan penumpang dan pemandu. Dalam tempoh minggu mengundi (5 – 13 Mei), Droupr juga akan memberi rebate petrol sehingga 5sen seliter kepada pemandu dan RM5 x 2 kepada penumpang. Dapatkan maklumat lanjut melalui laman web https://blog.droupr.com

Kita tongtongjer!

print

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.