Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Ini 5 Trend Syarikat Permulaan Teknologi 2018

1.31K 0

Apakah trend terkini yang sedang dilalui oleh Syarikat Permulaan di Asia Tenggara?

Internet telah membuka seluasnya pintu kepelbagaian dan dimanfaatkan melalui skrin telefon bimbit, memberi kelahiran kepada pemasaran sosial media. Ia telah membawa kepada pelbagai kejayaan yang besar perkhidmatan atas-permintaan seperti Netflix, Uber dan Airbnb. Masyarakat telah berhijrah dari komputer yang besar kepada alat mudah-alih dan sedang mencari aplikasi yang dapat memudahkan kehidupan yang berentak pantas.

Berikut adalah berapa trend untuk perhatian, dalam membina perniagaan anda pada masa hadapan.

1. Internet of Things

Alat pintar telah mengambil alih kebanyakan aspek gaya hidup masa kini. Alat-alat pintar ini berada di rumah, di  kereta, termasuk juga penjagaan kesihatan, dibangunkan untuk kegunaan pasaran massa.  The Internet of Things telah membolehkan pemasangan cip dan sensor dalam peralatan harian, daripada Fitbit dan berus gigi hinggalah peti sejuk dan kenderaan. Peringkat seterusnya, alat pintar ini mempu untuk berinteraksi dengan lancar antara satu sama lain dan membolehkan pengguna mengubah tetapan mengikut kehendak tanpa perlu belajar pengatucaraan.

2. Robotik didalam edagang

Robot untuk kegunaan di rumah berada pada peringkat pembangunan dan dijangka digunakan secara meluas pada tahun 2020. Sementara itu, penggunaan robot sedang meningkat pada peringkat pembuatan dimana ia telah merevolusikan operasi kilang. Teknologi yang terlibat dijangka akan memberi impak dan disrupt amalan industri jauh kehadapan.

Research company International Data Corporation (IDC) meramalkan menjelang 2018, 45% dari 200 syarikat edagang global yang utama dan syarikat perdagangan omni-channel akan melaksanakan penggunaan sistem robotik bagi perlaksanaan tempahan , pengudangan dan penghantaran.

3. Alat Bantu Perbualan

Media sosial telah berkembang hingga satu tahap yang tidak dapat dibayangkan sejal Twitter dan Facebook diperkenalkan. Para usahawan telah menyedari penggunaan pelantar sosial untuk berinteraksi bersama dengan pelanggan amat berkesan walaubagaimanapun bebanan kerja amat berat. Anda memerlukan satu pasukan khas untuk menguruskannya.

Chatbot membolehkan interaksi automatik dengan membantu perniagaan menapis pelanggan pada peringkat awal sebelum seorang pegawai khidmat pelanggan benar-benar diperlukan. Ini bermakna lebih banyak interaksi tanpa perlu menambahkan bilangan pekerja dan sumber. Dalam keadaan tertentu, seseorang pemasar boleh menyertai sesuatu perbualan dan menyampaikan informasi tanpa perlu kelihatan mengganggu atau menyinggung.

4. Augmented reality

Walaupun Google Glasses mengambil masa yang agak lama untuk mendapat perhatian, ia tidak membantutkan pembangunan teknologi tersebut seperti Microsoft HoloLens, percubaan Facebook dengan Oculus Rift dan yang terkini, teknologi face recognition dari Apple iPhone X serta ciri-ciri baru untuk aplikasi augmented reality.  Tarikan VR berskala besar dan penggunaan di rumah sudahpun berada dalam peringkat pembangunan.

5. Bitcoins and Blockchain

Sedang ekonomi dunia dan arena politik mula kelihatan tidak stabil, ia sedang menuju aliran utama dalam tahun mendatang walaupun kriptowang mempunyai pasaran yang niche. Menariknya, pembangunan blockchain membolehkan pengesanan transaksi secara online. Blockchain telahpun berada didalam aplikasi yang digunakan oleh industri yang terlibat dalam bidang kewangan dan kesihatan dimana ia menawarkan ledger yang selamat di serata dunia dan komputer.

Disebalik perkembangan teknologi, ingin diingatkan ciri-ciri lama masih kekal dan masih bernilai. Apa yang dilihat dan dikehendaki oleh golongan Gen X dan millenials adalah keaslian sesuatu interaksi tidak kira melalui edagang mahupun di tempat kerja. Mereka mahu berhubung dengan syarikat yang bukan sahaja mengambil berat tetapi juga syarikat yang mempunyai matlamat sejagat seperti pemeliharaan alam sekitar.

Kesimpulannya

  • The Internet of Things membolehkan alat pintar berinteraksi secara lancar sesama sendiri tanpa gangguan
  • Robotik akan mengganggu perdaganggan dari segi pemenuhan gudang dan penghantaran
  • Chatbots membuka peluang baru yang membolehkan pemasar berinteraksi dengan pelanggan
  • Pembangunan augmented reality didorong oleh telefon pintar dan permainan video
  • Pembayaran dan Transaksi kriptowang akan lebih meluas

 

Sumber asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.