Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Ini Caranya Bayar Cukai Pegangan (Witholding Tax) Perkhidmatan Facebook & Google

3.68K 1

Adakah anda pengguna perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh Google dan Facebook seperti Google Adwords dan Facebook Ads? Jika jawapan anda “YA”, anda perlu ambil perhatian terhadapi perkara ini.

Bermula Januari 2017, Individu atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan Facebook (FB Ads) dan Google (Google Adwords) perlu membayar cukai pegangan (Withholding Tax, WHT)  atas sebab berikut:

  1. Invois cukai Facebook Ads dikeluarkan oleh syarikat yang bukan diperbadankan di Malaysia
  2. Syarikat membayar royalti untuk Facebook Ads, jadi takrif royalti memang dikenakan bayaran cukai
  3. Perkhidmatan Facebook Ads disediakan untuk perniagaan di Malaysia
  4. Syarikat Facebook Inc. tidak dikenakan cukai di Malaysia. Oleh itu, pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini perlu membayar cukai 8%.

Pengenalan – Apa itu cukai pegangan

Cukai Pegangan ialah satu amaun yang dipegang oleh pembayar terhadap pendapatan yang diterima oleh penerima bukan pemastautin (individu/badan selain individu) dan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

‘Pembayar’ merujuk kepada individu/badan yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan perlu meremitkan cukai pegangan terhadap sebarang bentuk bayaran perkhidmatan/khidmat nasihat/sewa harta mudah alih/royalti/faedah/kontrak yang diterima oleh penerima tidak bermastautin.

‘Penerima’ merujuk kepada individu/badan selain individu bukan pemastautin yang memberi sebarang bentuk perkhidmatan/khidmat nasihat atau menerima sewa harta mudah alih/royalti/faedah daripada pembayar, yang mana cukai pegangan ditolak daripada amaun kasar bayaran perkhidmatan yang diterima.

Potongan Cukai Pegangan

Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan bahawa apabila seseorang (merujuk sebagai “pembayar”) layak membuat bayaran berjenis seperti disenaraikan di bawah ini (kecuali bayaran kepada seniman kembara tidak bermastautin) kepada seorang tidak bermastautin (penerima Tidak Bermastautin), beliau hendaklah memotong cukai pegangan dengan kadar tertentu daripada bayaran itu dan (sama ada atau tiada cukai dipotong ) membayar cukai itu kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dalam tempoh satu bulan selepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan kepada penerima Tidak Bermastautin.

Semua bayaran cukai pegangan (kecuali bagi seniman kembara tidak bermastautin) mesti dikemukakan dengan borang bayaran yang berkaitan yang telah dilengkapkan, bersama-sama dengan salinan invois dari pihak penerima Tidak Bermastautin dan salinan dokumen bayaran sebagai bukti tarikh dibayar / kreditkan kepada penerima Tidak Bermastautin.

Baca selanjutnya di laman LHDN

Cara Bayar Cukai Pegangan Untuk Perkhidmatan Facebook & Google

Memandangkan Facebook mengeluarkan bil dari negara Ireland, dan Google pula dari Singapore, bermakna kedua syarikat ini tidak bermastautin di Malaysia (walaupun mempunyai pejabat di Malaysia).

Maka pengguna perkhidmatan Facebook dan Google perlu membayar cukai kepada LHDN dalam masa 30 hari selepas membayar perkhidmatan kedua-dua pihak sebanyak 8%. Jika gagal berbuat demikian, penalti akan dikenakan keatas nilai WHT sebanyak 10%.

Sepatutnya nilai 8% dimasukkan sekali kedalam bil pembayaran. Oleh kerana tiada mekanisme disediakan oleh kedua-dua syarikat ini, maka pengguna perlu menanggung kos tersebut. Bermakna anda sebenarnya membayar 92% kepada Google/Facebook dan 8% kepada LHDN.

Gunakan Borang CP37 untuk membuat pembayaran WHT dan Borang CP147 untuk pembayaran penalti. Satu borang untuk satu syarikat seperti didalam gambar. Maklumat FB dan Google yang diperlukan untuk diisi dalam borang:

1. Facebook

Nama – Facebook Ireland Limited
No Pendaftaran – 462932
No Cukai Pendapatan – C 2354867110
Alamat – 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland

2. Google

Nama – Google Asia Pacific Pte. Ltd.
No Pendaftaran – 200817984R
No Cukai Pendapatan – C 2493192407
Alamat – 70 Pasir Panjang Road, #03-71 Mapletree Business City, Singapore 117371

Cara Pengiraan Cukai:

Jumlah bersih pembayaran khidmat kepada Facebook atau Google – RM10,000.00
WHT @ 8% -RM 869.57 (10k x (8/92))
Total cost FB/Google – rm10,869.57

Masukkan maklumat berkaitan ke dalam borang dan sertakan bersama invoice dari FB/Google yang telah dibuat pembayaran.

Bayaran boleh dibuat dengan 3 cara, pindahan wang atas talian, cek dan wang tunai.

  1. Pindahan wang atas talian – Anda boleh buat pembayaran atas talian terlebih dahulu dan menghantar borang kemudian. Sediakan Borang CP37, disertakan bukti bayaran WHT pada LHDN dan bil dari FB/Google. Dokumen boleh di pos atau diserahkan di kaunter di Pejabat LHDN Jalan Duta.
  2. Cek – Sediakan Borang CP37, bil FB/Google dan cek. Kemudian di pos atau diserahkan di kaunter di Pejabat LHDN Jalan Duta.
  3. Wang tunai – Sediakan Borang CP37, bil FB/Google. Kemudian datang ke kaunter di Pejabat LHDN Jalan Duta.

Rujuk gambar untuk nombor akaun and alamat LHDN.

Sumber Rujukan: Facebook Page Anas Sazali.

 

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.