Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Pekara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai DFTZ

5.04K 0

Pada 3 November 2017, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama dengan Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba telahpun merasmikan Zon Dagangan Digital Bebas (DFTZ) yang bakal menyediakan zon fizikal dan digital untuk untuk memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan.

Menurut satu kenyataan Perdana Menteri berkata, melalui pelancaran itu, Malaysia akan menjadi sebuah hab serantau iaitu sebahagian daripada platform perdagangan dunia elektronik (eWTP), yang menghubungkan negara dengan hab serantau di benua lain.

“Pelaksanaan DFTZ fasa pertama hari ini mampu meningkatkan operasi dan pertumbuhan usahawan tempatan terutama dalam PKS.

10 Pekara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai DFTZ

SEPANG, 3 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) dan Pengasas/Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma, melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia dengan penyertaan 1,972 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedia eksport di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. BERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Apa DFTZ?

DFTZ adalah sebuah inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan eksponen pertumbuhan ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan. Ia disediakan bagi melancarkan perdagangan rentas-sempadan dan membolehkan perniagaan tempatan yang mengutamaan eDagang mengeksport barangan mereka. DFTZ mengandungi 3 komponen iaitu:

  • eFulfilment Hub: Untuk membantu PKS / perniagaan dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah, dengan bantuan penyedia perkhidmatan fufillment (pemenuhan) utama.
  • Satellite Services Hub: Untuk menghubungkan PKS / perniagaan dengan pemain terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, last mile fulfilment, insurans dan perkhidmatan lain yang penting dalam perdagangan rentas-sempadan.
  • eServices Platform: Untuk pengurusan pelepasan kargo yang efficient dan proses-proses lain yang diperlukan untuk perdagangan rentas-sempadan.

Kenapa ia digelar Zon Dagangan Bebas “Digital”?

Malaysia adalah antara negara pertama yang memulakan pelantar eServices digital. Pelantar eServices adalah elemen unik DFTZ. Ia secara digital menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kerajaan dan perniagaan untuk menyokong perdagangan rentas- sempadan. Pelantar digital ini boleh disambungkan ke platform serupa di negara lain untuk menjadikan perdagangan merentas sempadan lebih mudah pada masa akan datang.

Sumber Gambar: DFTZ

Apa objektif DFTZ?

Objektifnya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab fufillment serantau bagi jenama global untuk mencapai pembeli ASEAN, membolehkan pasaran global mendapat sumber dari pengeluar / penjual Malaysia. Ia akan membantu PKS untuk mengeksport produk mereka secara global dengan mudah. Pada masa yang sama Memupuk ekosistem untuk memacu inovasi dalam ekonomi e-dagang dan internet.

Apa sasaran utama DFTZ?

Secara tidak langsung, DFTZ akan menghasilkan 60,000 peluang pekerjaan hasil daripada pertumbuhan berganda barangan eksport PKS yang akan mencapai US$ 38 Billion menjelang 2025. Melaluli DFTZ (eksport, import, pengangkutan), ia akan memudahkan pergerakan barang bernilai US$ 65 Billion menjelang 2025.

Dimana letaknya DFTZ?

Hab eFufillment DFTZ yang pertama akan ditempatkan di KLIA Aeropolis sementara Hab Perkhidmatan Satelit pertama di DFTZ, Bandaraya Kuala Lumpur Internet (“KLIC”) akan berada di Bandar Malaysia.

Sumber Gambar: DFTZ

Siapa yang akan mendapat manfaat?

PKS dan pengeluar / jenama Malaysia yang ingin eksport akan mendapat manfaat. Termasuk Pembekal perkhidmatan tempatan dan global.(fulfilment, last-mile delivery, pembayaran, insurans, dan pembekal perkhidmatan). Begitu juga dengan Pemilik jenama global ingin menubuhkan hab serantau untuk mencapai pelanggan ASEAN. Selain itu, pasaran akan mendapat manfaat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hab untuk mendapatkan sumber.

Apakah Faedah Utama DFTZ Untuk Perniagaan?

Dengan bantuan pasaran utama, DFTZ akan menyediakan akses kepada PKS bagi mencapai pelanggan global. Ia menyediakan ekosistem dan kemudahan yang tepat untuk jenama menggunakan Malaysia sebagai hab pemindahan untuk mencapai pelanggan ASEAN. Ia juga akan memudahkan dan mempercepat proses pelepasan kargo dengan bantuan platform eServices.

Disamping itu, perniagaan akan menerima sokongan end-to-end, antaranya, perkhidmatan eFufillment (pergudangan, ambilan, pembungkusan, pelabelan, dan lain-lain) dan akses kepada pemain ekosistem eCommerce (pembiayaan, last mile fulfilment, insurans, pemasaran digital, dan lain-lain) untuk perdagangan merentas-sempadan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan untuk memacu inovasi dalam ekosistem internet.

Siapakah Pihak Berkepentingan Yang Terlibat Dalam Membentuk DFTZ?

Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Alibaba dengan sokongan agensi lain serta pemain industri utama tempatan adalah pihak berkepentingan utama DFTZ. Ia dikendalikan melalui kerjasama pihak awam-swasta dimana fasa pertama hab eFulfilment akan dikendalikan oleh pengendali zon bebas swasta, fasa pertama hab perkhidmatan satelit, dikendalikan oleh swasta dan pelantar eServices, dibangunkan dan diuruskan oleh Kerajaan Malaysia.

Adakah Terdapat Pelepasan GST Jika Menjual Melalui DFTZ?

Ia tidak mengubah akta GST. Bagi barangan yang dieksport, GST tidak terlaksana, seperti Akta GST. Sebaliknya, bagi produk yang diimport, atau sebarang jualan produk domestik dari DFTZ, GST akan dikenakan bagi yang berkenaan.

Kuala Lumpur Internet City. Sumber Gambar: DFTZ

Apakah KLIC?

Singkatan bagi Kuala Lumpur Internet City, ia adalah hab Perkhidmatan Satelit DFTZ dan hab digital utama bagi syarikat global dan tempatan yang menyasarkan Asia Tenggara. Ia bakal menjadi rumah kepada pemain utama dalam ekosistem internet untuk memudahkan sokongan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan bagi memacu inovasi dalam ekonomi internet dan industri e-dagang.

Info menarik:

  • Jack Ma akan memilih satu minggu tahun hadapan untuk dijadikan minggu mempromosi Malaysia di China, “Malaysian Week” melalui platform atas talian
  • Malaysia menjadi negara pertama yang terpilih untuk dipromosikan olehnya.
  • Lebih 1,900 PKS sedia-eksport berada dalam pelantar

Tonton Pelancaran DFTZ

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.