PASSWORD RESET

Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

31 Skim Pembiayaan Untuk Sepak Mula Perniagaan Anda 2018

17K 24

Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp, senarai-senarai bantuan pembiayaan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. Jika anda berada dalam kumpulan-kumpulan usahawan yang ditubuhkan melalui aplikasi WhatsApp, berkemungkinan besar anda ada menerima atau terbaca senarai ini.

Otakit.my menyelam dan mengkaji dengan lebih lanjut skim-skim atau bentuk pembiayaan yang ditawarkan daripada senarai tersebut dan mendapati lebih kurang 31 bentuk pembiayaan ditawarkan untuk pelbagai bidang perniagaan dari peruncitan sehingga pembinaan.

Jika 31 skim yang dinyatakan tidak menepati ciri-ciri yang anda cari, anda boleh rujuk bisnest.com di penghujung artikel ini untuk senarai yang lebih panjang dan lebih terperinci.

TEKUN

Skim Pembiayaan Tekun Niaga, berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan (micro kredit) dengan mudah dan cepat. Matlamat TEKUN adalah mempertingkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Skim Pembiayaan Kontrak-i – Pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Skim Pembiayaan Teman Tekun – Pembiayaan secara berkumpulan berkonsepkan jaminan dan kerjasama antara ahli kumpulan yang terdiri daripada 5 orang

Skim Pembiayaan Program Temanita – Pembiayaan berkumpulan untuk golongan wanita

Skim Profesional Muda Bumiputera – Pembiayaan bagi golongan profesional yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mempunyai perniagaan sedia ada.

Program Pembangunan Siswazah – Pembiayaan bagi golongan siswazah secara individu atau atau perkongsian pintar (smart partnership) yang melibatkan 2 atau 3 orang rakan kongsi.

Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera – Pembiayaan yang mensasarkan golongan bekas tentera dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera dan PERHEBAT

Program Pembiayaan Nelayan – Skim pinjaman kepada golongan nelayan bagi membantu dan mengurangi orang tengah melalui pengambilalihan hutang nelayan

Program Agropreneur Muda – Pebiayaan bagi golongan muda yang berminat dengan keusahawanan pertanian merangkumi tanaman, ternakan dan perikanan

 

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB)

Penawaran pakej-pakej keusahawanan bersepadu yang dirangka khusus untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.

PROSPER Runcit – Pembiayaan bagi golongan yang berminat dalam bidang peruncitan.

Bidang tumpuan pembiayaan: Stesen minyak, Kedai tekstil & pakaian, Kedai emas, Kedai cermin mata / optik, Penjualan makanan & minuman, Kedai kasut / barangan kulit, Kedai kosmetik & kecantikan, , Kedai aksesori wanita, Kedai buku & alat tulis, Kedai herba dan ubatan tradisional, Peralatan sukan dan rekreasi, Kedai elektrik & elektronik, Trak bergerak, Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan.

PROSPER Pemborong – Pembiayaan bagi usahawan Bumiputera yang ingin mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.

Bidang tumpuan pembiayaan;

Barangan pengguna, Barangan kegunaan industri komersil, , Penyediaan khidmat hospitaliti bersaiz besar seperti hotel bajet, medan selera, rangkaian pusat perkembangan kanak-kanak dan sebagainya, Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan berskala besar.

PROSPER Usahawan Muda – Pembiayaan beasaskan syariah yang mensasarkan golongan berumur antara 18 hingga 33 tahun dan tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.

Bidang tumpuan pembiayaan:

Pendidikan, Pengedaran & Pasar Basah, Pakaian & Aksesori, Konfeksi & Gerai Makanan, Kosmetik & Perkhidmatan Kecantikan, Alatan Logam & Perkhidmatan Kejuruteraan, Fotokopi & Percetakan, Buku & Alat Tulis, Perhiasan Rumah, Automotif, Peralatan Komputer

PKS – Usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan & perkhidmatan yang terpilih ingin mengembangkan perniagaan berorientasikan pasaran, berdaya saing dan mempunyai potensi eksport yang tinggi di peringkat tempatan dan global.

Bidang tumpuan pembiayaan;

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Elektrik, Elektronik dan Peralatan Komputer, Bio-teknologi, Farmasi, Peralatan/ Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan, Teknologi Makanan, Produk berasaskan pertanian, Kimia, Barangan /Perkhidmatan Gas & Petroleum, Lain-lain sektor ekonomi yang sinergi dengan porfolio pelaburan PUNB

PROSPER Runcit (Pembiayaan Trak Bergerak) – Pembiayaan bagi golongan yang berminat untuk menceburi perniagaan Trak Makanan Bergerak. Merangkumi pembelian trak dan modal pusingan untuk keperluan perniagaan.

 

TERAJU

TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 117 bilion. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) – Menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Sesuai untuk syarikat permulaan yang memerlukan dana pembiayaan yang besar.

Dana Pembangunan Halal – Menyediakan – Dana ini menyediakan kemudahan kewangan bagi pembiayaan projek berkaitan halal termasuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan eksport pengeluaran. Dana ini disediakan secara kolaborasi di antara TERAJU dan Agrobank.

Dana TERAS – Dana ini disasarkan kepada syarikat berprestasi tinggi yang ingin mengembangkan syarikat. Pembiayaan berbentuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).

Dana Mudah Cara – Dana Mudahcara (Facilitation Fund) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta. Geran 15% dari keseluruhan kos yang layak bagi komponen infrastruktur dan peralatan bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan oleh syarikat Bumiputera terutamanya dalam sektor NKEA yang berimpak tinggi. Kos minima projek yang layak dipertimbangkan untuk mendapatkan dana ini ialah RM 500,000 dengan had maksima dana yang boleh diberikan ialah RM 30 juta.

 

TUKAR

Program Transformasi kedai Runcit (TUKAR) merupakan salah satu daripada 12 Entry Point Project (EPP) di bawah National Key Economic Area (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan. Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan MARA adalah meliputi sektor perniagaan  yang patuh shariah iaitu Pembuatan, Peruncitan, Kontraktor (Kontraktor Binaan CIDB : G1 hingga G5, kontraktor pembekalan, perkhidmatan dan elektrik) dan Teknousahawan.

Skim Pembiayaan oleh MARA – Menyediakan kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan meliputi sektor perniagaan yang patuh shariah iaitu Pembuatan, Peruncitan, Kontraktor (Kontraktor Binaan CIDB : G1 hingga G5, kontraktor pembekalan, perkhidmatan dan elektrik) dan Teknousahawan.

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) – terbuka kepada kontraktor Binaan Gred G1, G2, G3, G4 & G5, Kontraktor Bekalan, Kontraktor Perkhidmatan, Kontraktor Elektrik.
Maksimum had pembiayaan adalaha RM 1,000,000.00

Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) – menyediakan kemudahan pembiayaan bagi Pembelian harta tetap (mesin/peralatan), Ubahsuai premis perniagaan dan Modal Pusingan. Had pembiayaan yang ditawarkan bagi Milikan Tunggal adalah RM250,000 dan RM500,000 bagi Sendirian Berhad.

Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU – Kemudahan ini menawarkan pembiayaan perniagaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan had maksimum RM50,000

Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi) – Kemudahan ini ditawarkan kepada semua pelajar lepasan Intitusi Pendidikan MARA (IPMa) dengan had maksimum RM50,000Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) – MARA bekerjasama dengan bank komersil terpilih bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin. Kemudahan pembiayaan disediakan dalam bentuk

  • Cash Line Facility (Cash Facility)
  • Documentary Credit Murabahah Facility (DCM Facility)
  • Murabahah Working Capital Financing Facility (MWCF Facility)
  • Bai Al-Dyan Working Capital Financing Facility

Had pembiayaan yang ditawarkan bagi Milikan Tunggal adalah RM200,000 – RM500,000 dan RM200,000 – RM5,000,000 bagi Sendirian Berhad.

MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS) – Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin dengan kemudahan pembiayaan Modal kerja, Pembelian aset, Pembiayaan projek/kontrak. Had pembiayaan yang ditawarkan bagi Milikan Tunggal adalah RM200,000 – RM500,000 dan RM200,000 – RM2,000,000 bagi Sendirian Berhad.

Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS) – Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan EXIM Bank untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Malaysia yang menjalankan operasi perniagaan di Luar Negara dengan Kemudahan Pembiayaan Pembelian aset atau pengubahsuaian, Pembelian bahan mentah, gaji dan overhead dan sebagainya. Had pembiayaan ditawarkan adalah antara RM300,000 – RM3,000,000

 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Geran Khas Pelajar IPT – SSM menawarkan geran kepada Pelajar IPT yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Geran ini membolehkan mereka dikecualikan daripada membayar fi pendaftaran perniagaan seperti berikut:
Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00 setahun;
Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00 setahun; dan
Cetakan maklumat – RM10.60 termasuk kos GST.

 

MyCreative Ventures

Menawarkan pembiayaan bagi syarikat yang terlibat atau beroperasi dalam mana-mana dari 10 industri seni kreatif yang disokong. Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman, equiti atau gabungan kedua-duanya. Had pembiayaan adalah RM5,000,000

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

KPDNKK menyediakan dana bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan dalam perniagaan Francais

Skim Pembiayaan Francais – Menawarkan kemudahan Pinjaman dalam perniagaan francais dengan had maksimum jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 7.5 juta.

Dana Bantuan Pembangunan Francais – menawarkan dana bagi syarikat yang ingin memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Perniagaan yang berdaftar dengan pendaftar Francais KPDNKK sebagai perniagaan francais (francaisor atau francaisi induk) layak memohon geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100,000

Skim Pembiayaan Kecil Francais – menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 bagi pembiayaan perniagaan bidang perniagaan francais mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur, sistematik dan kurang berisiko.

Amanah Ikhtiar Malaysia

Menawarkan pinjaman kepada ahli AIM dalam berbentuk “Pinjaman Berkumpulan”. Terdapat 7 skim pinjaman iaitu Mesra, Srikandi, Wibawa, Sejahtera, Bestari, Penyayang, Emas dengan had pinjaman diantara RM1,000 hingga RM10,000

TAMBAHAN

Cradle

Cradle Fund Sdn Bhd lebih tertumpu kepada syarikat permulaan yang berasaskan bidang teknologi.

Cradle Investment Programme 300 (CIP300) adalah dana permulaan yang menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi usahawan dalam bidang pernianiagaan berasaskan teknologi inovatif. Pembiayaan maksimum sehingga RM300,000

Direct Equity 800 (DEQ800) – lebih kepada pelaburan ekuiti sehinga RM800,000 bagi syarikat permulaan tempatan.

BONUS

eUsahawan dan Bisnest adalah lebih kepada portal tetapi berada didalam senarai pembiayaan yang tular di WhatsApp.

eUsahawan

Portal pendidikan yang mengarah kepada program keusahawanan digital yang disasarkan kepada belia dan para usahawan mikro dan sederhana. Antara program yang dijalankan, Program eUsahawan Muda dan Program eUsawahan Mikro

BISNEST

Apa yang disenaraikan pada artikel ini hanya 31 skim Pembiayaan pada hakikatnya terdapat banyak agensi-agensi yang menawarkan pembiayaan diluar sana. Sehubungan itu, Bisnest adalah tempat atau Portal yang anda boleh rujuk untuk mendapatkan senarai pembiayaan selain perkhidmatan perniagaan, premis perniagaan dan pelesenan yang disedikan oleh pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan

 

Jika ada agensi-agensi kerajaan atau swasta yang anda tahu menawarkan skim pembiayaan, tidak kira Geran, Pinjaman, Ekuiti dan sebagainya, bolehlah tinggalkan dibahagian komen dibawah.

print

24 Comments

  • Hi! I would like to apply loan for setting up a Tadika but my age is already 44 years old. Any suggestion on which loan shd I try on?

  • Alizuan Bin Ismail says:

    Saya sedang membuat kertas kerja untuk penternakan kambing. Dan mempunyai tanah lebih kurang 5ekar atas nama ibu & bapa. Mohon mana2 pihak yang berkenaan blh bantu saya dari segi pembiayaan, geran, atau apa sahaja bagi saya untuk memulajan perniagaan asas tani.

  • Normani Mohd Noor says:

    I am currently building a Multi Purpose Hall on a piece of land. We have started on the earthworks & I am currently in the process of putting up approval for the building to the local council. I have also got a quote from a contractor to build the hall. The construction cost of building is approx RM350K. So far, I have already spent some RM40K for the earthworks etc. Can someone pls suggest what type of ‘dana’ I can apply. Thank you

    • Nurul says:

      Hi Normani
      Have you hired a contractor for your project? If not I would like to submit quotation as well

  • Ezah says:

    Saya mengusahakan perkhidmatan sewaan tempat tinggal kpd mereka yg memerlukan khusus bagi golongan muda yg masih tidak mampu utk membeli rumah sendiri…Projek yg saya ingin jalankan adalah membina rumah penginapan yg pasang siap, praktikal, kos efektif, dan mampu sewa oleh mereka yg layak. Projek menelan belanja RM350k ..sistem ini masih baru dan serta menggunakan konsep pasang siap dan boleh dipindah alih ke kawasan lain tanpa menjejaskan struktur bangunan…bole ajukan dimana saya boleh buat pinjaman tersebut…tkasih

    Ezah @ 0126559086

  • Sy seorg pemborong ladang kepala saw it…sy byk pengalaman atas saw it sejak kontrak sy di tamatkan di ldg saw it pahang fais holding …manager baru…byk masalah diatasi ldg baru tiada sesuai..utk pekerja dan juga tidak cukuo byr htg sy….terpaksa jual Lori byr htg h..skrg jentera traktor paking 3 bji sm Lori 2 Ada htg bank.kerja angkat buah tak cukuo byr htg….sy ingat mahu jual semua buat kerja lain….kos buat projek lain blmtahu…segala duit Simpan sy hapis byk htg.sli gadai emas byr .jual Lori byr…anak 5 …suami tidak blh kerja…kedai runcit sy Ada pengalaman….ldgsawit s3gala kerja pengalaman…tanam .ptg run.ptg buat. Angkat buat…skrg pekerja ptg buat bja semua dah tada blk kmg. Sy mahu buat kerja ldg. Terpaksa ambil org dari indon wang tada…sesiapa blh tlg sy….segi wang pinjaman atau pertukar business lain seperti pertaianan…

  • Iwan says:

    Saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk penternakan. Akan tetapi saya tidak mempunyai pembiayaan dan tanah untuk diusahakan. Oleh itu jika ada pihak yang boleh bantu saya untuk menjadi seorang penternak mohon membantu.

  • Madi says:

    Plan yang ditawarkan kepada rakyat sangat banyak keburukan terutamanya tawaran kepada peniaga mikro. sangat membebankan dan terlalu banyak karenah birokrasi.

    p/s: hendak dapatkan sample Rancangan Perniagaan Anda? lawati http://www.ahmadikatu.com

  • Nurul says:

    Hai.. saya mak kembangkan bisnes pakaian atas jenama sendiri. Dan saya memerlukan modal. Boleh ajukan dimana saya bileh mendapatkan pinjaman tersebut? Terima kasih.

  • Nurul says:

    Hai.. saya nak kembangkan bisnes pakaian atas jenama sendiri. Dan saya memerlukan modal. Boleh ajukan dimana saya boleh mendapatkan pinjaman tersebut? Terima kasih.

  • Shaarizan.Bin.Arshad says:

    Hai…saya Shaarizan.Bin. Arshad
    – sya mendapat kebenaran dri sebuah syarikat produk makanan dari semenanjung untuk menjadi wakil jualan untuk seleruh Sabah
    – bagai mana cara untuk memohon dana bagi memulakan perniagaan bagi “Skim Pembiayaan Kecil Francais dari KPDNKK
    Terima kasih…

  • Hafiz Nazzari says:

    I’m Hafiz,
    Now, i’m involved in Fish Farm project which collaborated with my brother.Ternakan yg sdg diusahakan ialah Ternakan Ikan Keli Sangkar.Projet ni telah beroperasi hampir 2 tahun menggunakan modal sendiri RM35k.Pelbagai masalah & halangan telah diatasi selama menjalankan projek ini.Selain Geran Bantuan Agropreneur Muda, adakan Geran Bantuan lain yg sy boleh mohon utk mengembangkan lg ternakan ini.Sy sdg menjalankan kajian & RND Ikan Keli Salai utk mengembangkan projek ini.Mohon info,tq

  • Syamsul says:

    Saya mempunyai perniagaan kecil iaitu fasyen.alhamdulillah sambutan memberangsangkan tapi bila oder banyak masuk mainpower dan modal xcukup jadi sale saya berada ditakuk yg sama.adakah pihak yang sudi membantu saya sekian.
    Terima kasih

  • Ajai says:

    Saya ingin memulakan penternakan burung walit dan memerlukan modal serta tanah untuk memulakan perniagaan tersetut tolong cadangkan pinjaman mana yang patut saya ambil

  • Nurul says:

    Salam,
    Hi sy nurul, i interested untuk mulakan perniagaan, sy ingin menjalankan perniagaan berasaskan makanan foodtruck atau menyewa foodcourt , sy nak tahu modal keseluruhan dan bagaimana sy nak mulakan nya?
    ada sesiapa boleh share idea dan pengalaman, atau pon pinjaman yang boleh sy perolehi utk mulakan business ni

  • NurulA says:

    Salam,
    Hi sy nurul, i interested untuk mulakan perniagaan, sy ingin menjalankan perniagaan berasaskan makanan foodtruck atau menyewa foodcourt , sy nak tahu modal keseluruhan dan bagaimana sy nak mulakan nya?
    ada sesiapa boleh share idea dan pengalaman, atau pon pinjaman yang boleh sy perolehi utk mulakan business ni

  • SAIFUL AZRIN says:

    Asalamualaikum Saya berumur 22 tahun ingin memulakan perniagaan sendiri .. sebab sebelom ni saya pernah pergi khursus perniagaan under zakat selagor .. saya memang minat untuk menjalankn perniagaan .. dgan itu kalau ade kursus pinjaman perniagaan boleh la inform pda saya .. bila2 masa sahaja saya akan pergi .. saya ingin menjadi seperti usahawan muda yg lain.. ade yg boleh bantu tak untuk golongan muda macam saya .. ?

  • Aina najwa says:

    Saya berada dalam perniagaan pembuatan (kedai frame) dan memerlukan pinjaman perniagaan sebagai modal pusingan. Kebanyakkan skim memerlukan jaminan iaitu seperti hartanah atau aset tertentu sbg cagaran..saya mencari pembiayaan kadar rendah sekitar rm30ribu dan tidak memerlukan sebarang jaminan aset..Mohon pihak tuan memberi skim pinjaman dari badan / institusi yang menawarkan pembiayaan seperti ini..terima kasih

  • Mazlan Bin Hussain says:

    Salam sejahtera, saya pesara kerajaan 18thn option kerja swasta 20thn sekarang tiada punca pendapatan ,berminat untuk menjalankan perniagaan apa- apa perniagaan yang boleh saya ceburi , mohon penceriaan Sekian terima kasih.

  • saraswathy kerushnan says:

    hi, i would like to start up new franchise business, any suggestion on loan? please advise me . thanks in advance.

  • Mohd radhi bin yaacob says:

    Hai..saya radhi ,saya memerlukan dana untuk menyiapkan sekolah sukan renang,achery dan target shooting..kini mempunyai 400 student utk dtempatkn dlm activity renang..
    Dmana boleh saya mndapatkn dana utk skola saya ini..t.kasih

  • SHARIFAH ERMAWATY SYED AZIM says:

    SALAM SEJAHTERA SAYA SEKARANG ADA PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT BARU 6 BULAN DITUBUHKAN, MASALAH SY SEKARANG UNTUK KEKURANGAN MODAL UNTUK ROLLING BARANG- BARANG DAN SEWA KEDAI. MEMANDANGKAN KEDAI SAYA BARU LAGI.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.