Komuniti JOMWEB sekali lagi menganjurkan JOMLAUNCH, kali ini sebagai siri yang ke-5. Seperti tahun lalu, JOMLAUNCH5 turut dijayakan dengan sokongan kuat oleh TM:RE dan Persatuan Usahawan and Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF). Selain itu, antara lain yang turut membantu sebagai penaja adalah SumberManusia.my, Katsana, Corner Room Studios, Aidan, RunCloud, GRAB, BillPlz, Urusniaga.my dan JetBrains.
Berlangsung di Telekom Malaysia Convention Centre pada 16 September 2017 yang lalu, ianya bertemakan pakaian tradisi sebagai meraikan juga Hari Malaysia yang jatuh pada hari yang sama.
Dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja, ianya nyata meriah.
JOMLAUNCH5 menyaksikan kehadiran Iqbal Abdullah sebagai penceramah yang terbang dari Jepun khusus untuk menjayakan program. Selain daripada beliau, sessi ceramah turut dijayakan oleh Dr. Murni Abdullah dari UIA, Adzmely Mansor Nexoprima Sdn Bhd, dan juga Syamil MJ dan Arzumy MD yang kedua-duanya dari Fave.
Pembentang projek juga turut mempamerkan produk dan perkhidmatan. Dan juga kehadiran satu pempamer khas, EC-CUBE dari Jepun, yang merupakan syarikat pembangun sistem shopping cart sumber terbuka yang terkemuka di Jepun.
Pembentangan projek nyata hebat-hebat belaka, yang terdiri daripada mobile app, robotik, web app dan lain-lain. Berikut adalah projek-projek yang telah terlibat sama menjayakan JOMLAUNCH5.
- SumberManusia.my – oleh MMB Niaga Sdn Bhd, sebuah sistem sumber manusia untuk SME dengan kadar yang berpatutan, bermula dari RM2 sebulan bagi seorang pekerja.
- Vega – oleh Shak Hassan, sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk menguji API
- SQL WAF – Projek oleh kumpulan penuntut Politeknik Mersing. Web Application Firewall yang boleh dipasang pada mana-mana webserver
- Passenger Info – Sebuah projek dalaman Prasana untuk manfaat pengguna, yang memberi maklumat pengangkutan awam kepada umum
- FARMO Robot – Oleh Abi Agro dari Perlis yang membangunkan sebuah robot untuk meracun tanaman
- Bepunct – Sebuah sistem dalaman yang digunakan Terato sebagai intranet dan pengurusan pekerja
- NEOMON – dibangunkan oleh Nurfaiz Foat dan diedarkan secara sumber terbuka, sebagai alat untuk membaca tanda-tanda penting bayi yang baru lahir
- Kitikiti HRM – oleh Usamah Jamaludin sebagai sebuah SaaS yang fleksibel dan mudah untuk ‘localization’ di mana sahaja
- RunCloud Backup – RunCloud berkongsi perjalan mereka sejak JOMLAUNCH4 dan melancarkan ciri-ciri Backup
- DriveMark oleh Katsana – aplikasi mobail yang memantau keadah pemanduan pengguna dengan ciri-ciri sosial yang menarik
- Complaints Management System – Sebuah sistem dalaman Prasana yang mengumpulkan data dari pelbagai sistem
- Knight VPN – Sistem VPN agar penggunaan internet anda lebih selamat
- Ninja Pencil – game yang menarik yang telah memenangi IPCC
- Usahawan (dot) me – platform pengiklanan yang memudahkan usahawan dan pengguna
- Zetpy – platform setempat untuk peniaga online dan menyenaraikan produk di 4 marketplace sekali gus — Lelong, 11street, Lazada, Shopee
- Ticketrivia – sistem penjualan tiket bas yang memberi peluang pendapatan kepada umum untuk menjadi agen
- Kaki Futsal – sistem pengurusan pusat futsal
- Jom Coach – sistem yang membantu komunikasi antara jurulatih kesihatan dan pelatih kesihatan
- Awesell – sistem yang membantu peniaga dan agen dropship dalam pengurusan perniagaan
Di akhir acara, NEOMON telah dipilih penganjur sebagai projek pilihan. Dua peserta lelaki dan perempuan telah juga menerima hadiah pakaian terbaik. Dan tiga peserta telah memenangi lesen setahun IDE daripada Jetbrains. Katsana juga turut memberikan hadiah kepada pemenang peraduan Drivemark yang mereka adakan sejak sebulan yang lalu.
Antara hadirin dari MaGIC dan TM:RE

Banner utama
Hadirin
Drivemark
EC-CUBE dari Jepun
Antara yang masih ada di penghujung program
Berpakaian tradisi
JOMSTART
Knight VPN mengambil tempat di pentas
Antara pememang Drivemark
Pendaftaran
Perkongsian oleh REKA
Ditemuramah media
Usahawan dot me
Pendaftaran
Projek oleh PRASARAN
SumberManusia.my
RunCloud
Farmo Robot
Farmo Robot di pentas
Dr. Murni Abdullah bercerita tentang Human-Computer Interaction
Kawan-kawan dari NEF, Heitech, Accenture, MyNEF dan Majalah Nusantara
Ninja Pencil
Zetpy
Iqbal Abdullah dari Xoxzo, Jepun
Antara ahli jawatan kuasa daripada JOMWEB, NEF dan TM:RE
First time menghadiri JomLaunch.
Saya sangat kagum dengan kebolehan anak muda kita. Turut kagum jugak dengan barisan pengajur yang otai lagi humble. Semoga teruskan perjuangan dan aktiviti ini ke tahun seterus-terusnya.
[…] terakhri acara ini diadakan, seramai 19 projek diketengahkan pada 16 September 2017 dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja. Acara tahunan ini di jayakan dengan sokongan kuat oleh […]
[…] terakhri acara ini diadakan, seramai 19 projek diketengahkan pada 16 September 2017 dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja. Acara tahunan ini di jayakan dengan sokongan kuat oleh TM […]
[…] terakhri acara ini diadakan, seramai 19 projek diketengahkan pada 16 September 2017 dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja. Acara tahunan ini di jayakan dengan sokongan kuat oleh TM […]
[…] terakhri acara ini diadakan, seramai 19 projek diketengahkan pada 16 September 2017 dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja. Acara tahunan ini di jayakan dengan sokongan kuat oleh TM […]