Asalnya diberi nama “Spring Creators Update”, nama kod “Redstone 4”, Microsoft baru sahaja mengeluarkan kemaskini Windows 10 April 2018 (versi 1803) pada 30 April 2018. Jika anda pengguna sistem operasi Windows 10, anda akan mula mendapat notifikasi untuk kemaskini Windows 10 dalam minggu ini. Apa yang berubah? Apa yang bertambah? Berikut adalah 7 kemaskini yang paling ketara.
Windows Hello
Jika anda menggunakan kata laluan untuk log masuk, paparan akan menunjukkan dua pilihan Log-masuk, iaitu Windows Hello dan Microsoft account password (MAP). MAP adalah kaedah masuk yang biasa digunakan, manakala Windows Hello adalah fungsi baru untuk log masuk menggunakan kaedah sentuhan atau pandangan.
Anda tidak perlu menggunakan kata laluan untuk log masuk. Sebelum ini, anda perlu mencari fungsi tersebut pada bahagian tetapan untuk mencari Windows Hello (Berkemungkinan besar anda tidak tahu fungsi tersebut wujud). Kini anda boleh terus tetapkan Windows Hello Face, Fingerprint atau PIN, terus dari lock screen pada pilihan Log-masuk.
Timeline
Serupa seperti Time Machine yang digunakan oleh Apple, Timeline membolehkan anda skroll kembali ke masa lepas untuk mencari laman-laman yang telah anda layari, fail yang telah dibuka, aplikasi yang telah digunakan dan sebagainya. Untuk akses ciri ini, tekan kekunci “Win + Tab” secara serentak atau tekan “Task View” pada taskbar. Timeline akan memaparkan peristiwa yang telah berlaku dalam masa 30 hari. Anda boleh tetapkan paparan mengikut hari atau masa.
Timeline juga memudahkan anda mencari sesuatu peristiwa atau aktiviti yang telah dilakukan sebelum ini. Anda hanya perlu menaip kata kekunci yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Selain itu, Timeline membolehkan anda menyegerakkan (synchronize) aktiviti dari luar penggunaan PC. Sebagai contoh apabila anda menggunakan pelayar Microsoft Edge pada telefon Android, aktiviti tersebut akan disimpan masuk kedalam Timeline. Sehubungan itu, membolehkan anda maju atau mundur ke belakang untuk mencari aktiviti yang telah dilakukan sebelum ini bila-bila masa sahaja.
Cortana
Menggunakan arahan suara, kemaskini Cortana kini boleh memainkan muzik kegemaran anda dan playlist pada Sportify, TuneIn dan iHeartRadio. Ciri ini perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan melancarkan Cortana dan kemudian memilih ikon Notebook, seterusnya “Manage Skills” dan akhirnya pilih kategori muzik.
Selain itu, Cortana boleh dipadankan dengan Connected Homes, menyokong thermostat pintar yang di keluarkan oleh Ecobee, Honeywell, Nest dan lain-lain. Semuanya di sambungkan ke Cortana melalui “Manage Skills”.
Microsoft Edge
Pelayar ini juga di berikan kemaskini Windows 10 April 2018. Ciri terbaru dimasukan adalah “Mute”. Ia membolehkan anda menutup audio yang dikeluarkan pada laman yang anda tidak perhatikan. Hanya right click pada tab tersebut dan tekan pada ikon audio atau pilih “Mute tab”.
Edge juga mengumpul dengan selamat segala alamat, kad kredit dan maklumat-maklumat lain yang di masukan secara automatik ke dalam borang pembayaran web yang disediakan oleh Amazon, Walmart dan lain-lain yang kerap anda guna.
Selain itu, pengguna yang kerap membaca buku digital dan PDF akan mendapat faedah dengan ciri skrin penuh. Ia juga dilengkapi dengan Grammer tools dalam mod bacaan untuk meningkatkan pemahaman bacaan, dan anda boleh menyorot kata nama atau kata kerja dalam satu ayat, memecahkan kata-kata ke dalam suku kata, dan banyak lagi.
Perkongsian Jarak Dekat.
Kemaskini Windows 10 April 2018 didatangkan dengan ciri terbaru yang membolehkan anda berkongsi gambar, video, laman web, dokumen dan apa-apa sahaja dengan peranti yang menjalankan windows 10 berhampiran anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi.
Cara menggunakannya adalah menekan butang share yang terdapat di dalam perisian yang mempunyai butang tersebut, dan ia notifikasi Nearby Share akan diaktifkan. Apabila di aktifkan, Windows 10 akan imbas dan memaparkan peranti yang serasi.
Focus Assistant
Jika anda ingin menumpukan perhatian terhadap sesuatu dan tidak mahu diganggu oleh notifikasi, Fokus Assistant mempunyai fungsi tersebut. Segala notifikasi, bunyi, amaran, dan lain-lain elemen yang mengganggu akan dihalang. Ia boleh diaktifkan melalui Action Center dan kemudian menekan butang “Fokus Assist”.
Anda tidak akan dapat sebarang notifikasi sehingga anda menutup fungsi tersebut. Apabila ditutup, anda akan mendapat satu senarai rumusan terhadap notifikasi yang sepatutnya keluar.
Diagnostic Data Viewer
Microsoft mengurangkan kebimbangan privasi pengguna terhadap Windows 10 dengan menjadi lebih telus. Windows 10 April 2018 memperkenalkan aplikasi “Diagnostic Data Viewer.” Ia akan memaparkan maklumat diagnostik PC yang sama dengan dihantar kepada Microsoft. Selain memaparkan maklumat yang tersimpan di dalam awan Microsoft terhadap spesifikasi perkakasan peranti.
Nota: Sediakan kopi jika anda kemaskini ke Windows 10 April 2018, sebab ia mengambil masa yang amat panjang untuk siap kemaskini.