Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Projek30 Zalikha Razali Sahut Cabaran United Nations SDG2030

3.04K 1

Terkesan dengan video dokumentari pendek di Facebook tentang pembaziran makanan di sebuah pasaraya terkemuka, Zalikha Razali bertindak dengan mewujudkan Projek30. Sebuah inisiatif untuk menyahut cabaran Goal 12 dan Goal 13 United Nations Sustainable Development Goal 2030.

Sebelum memulakan projek tersebut, beliau telahpun menglibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan sedia dimakan; Razpetite yang ditubuhkan pada 2013. Syarikat milik beliau ini pernah mendapat geran dari IADA Barat Laut dan aktif menyertai festival makanan peringkat kebangsaan seperti Halfes, Agrofest dan sebagainya.

Langit tidak sentiasa cerah. Razpetite ada masa jatuhnya, namun perubahan strategi dengan memperkenalkan produk baru membolehkan syarikat kendalian beliau kembali ke landasan.  Zalikha juga pernah bekerja dengan beberapa syarikat permulaan di Co-Working Space (CWS) MaGIC, Cyberjaya seperti pelantar hartanah dan pelantar jual beli kereta.

Apakah sebenarnya Projek30? Ikuti temuramah OtakIt.my bersama Zalikha Razali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Projek30.

***

Boleh terangkan serba sedikit mengenai Projek30?

Sewaktu Pitching di Top 100 APAC 2018 Echelon di Menara Maxis.png

Projek30 adalah sebuah syarikat IoT dan data analytics. Pelanggan sasaran kami adalah seperti restoran, hotel, dan food court yang menyediakan makanan secara buffet. Kami menawarkan alat timbang dan perisian untuk mereka merancang penyediaan makanan dari semasa ke semasa.

Alat timbang (yang akan diletakkan di bawah buffet tray) dan perisian ini dapat memberi gambaran tentang corak pemakanan pelanggan (apa yang pelanggan gemar dan tidak gemar) dan memberi gambaran kepada restoran dari aspek wang ringgit, untung rugi sesebuah hidangan sekiranya ia tidak berjaya dijual pada penghujung hari.

Kenapa Projek30? Apa inspirasi disebalik dan bagaimana ia bermula?

Pada bulan November 2017, saya telah menonton satu documentary pendek di facebook tentang food waste di sebuah pasaraya terkemuka. Saya amat terkesan dengan video tersebut memandangkan bahawa makanan yang dibuang adalah amat elok dan masih boleh dimakan.

Jadi dengan semangat itu, saya membuat online research tentang masalah food waste ini dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Saya amat meminati teknologi seperti IoT. Apa yang saya dapati adalah amat sedikit IoT player dalam food waste management ini.

Jadi, dengan network yang saya ada di MaGIC, saya approach rakan merangkap advisor saya dengan potential idea ini. Setelah beberapa perbincangan, dan pengenalan kepada co-founder dan team member yang lain, Projek30 pun terhasil.

Ramai kawan-kawan saya bertanya kenapa Projek30, adakah kerana saya akan berumur 30 pada tahun ini? Sangat lucu kerana jawapannya adalah, semestinya tidak. Projek30 ingin menyahut cabaran Goal 12 dan Goal 13 United Nations Sustainable Development Goal 2030. Kerana itulah namanya diberi Projek30.




Bagaimana anda memperolehi dana untuk memulakan projek ini?

Kami masih bootstrapping, di mana, semua founder mengeluarkan bajet untuk membeli peralatan, membuat demo dan sebagainya. Kami juga sedang aktif memohon accelerator program, geran dan award di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Kami juga akan memulakan pre-sale untuk menampung kos – kos awal development.

Adakah terdapat apa-apa teknologi/perisian digunakan untuk membangunkan syarikat ini? Bagaimana ia dibangunkan dari storyboard hingga produk akhir?

Kami menawarkan kedua-dua aspek teknologi iaitu barang elektronik dan perisian. Projek30 menggunakan kaedah protoyping iaitu membuat prototype dan mengubah suai mengikut cubaan yang dilakukan berkali kali.

Dengan konsep asal yang kami ada, kami banyak membaca artikel, journal, dan tutorial untuk lebih memahami dan menguatkan teori tentang prototype kami.

Kami mempunyai 3 team member dari divisyen pengurusan yang mempunyai skills seperti business development, finance dan pengurusan projek manakala 3 orang di divisyen teknolgi yang mempunyai skills seperti mobile and web development, embedded software, VR/AR dan IoT.

Bagaimana anda validate pasaran untuk projek tersebut dan proses yang terlibat? 

Melalui survey kami, kebanyakan restoran-restoran dan hotel-hotel masih lagi membuat ramalan sales adalah melalui pengalaman dan sales data dari bulan-bulan atau tahun-tahun sebelumnya. Akibatnya, banyak food waste yang terjadi dengan ramalan yang tidak tepat.

Dan setelah menganalisa beberapa competitor, kami pasti bahawa produk kami mempunyai tempat di pasaran food waste management. Food waste bukanlah masalah di Malaysia sahaja, ia adalah masalah antarabangsa dan dari 1.3 billion ton food waste yang telah dibuat oleh manusia di seluruh dunia, lebih kurang 40% datang dari restoran-restoran.

Inilah cara kami untuk validate pasaran kami. Target kami adalah institusi makanan yang menyediakan makanan secara buffet.

Demo kedua di CWS Magic (CTO dan Lead Engineer)

Apa cabaran terbesar pernah anda hadapi sepanjang membangunkan Projek30 ini?

Akses kepada peralatan hardware. Ada beberapa hardware yang kami perlu tunggu beberapa minggu untuk menerimanya. Kami juga perlukan funding yang besar untuk projek ini.

Sepanjang operasi Projek30, siapa telah anda berjumpa?

Antara beberapa influencer untuk Projek30 yang saya telah berjumpa ialah wakil dari UN Malaysia, di mana Projek30 akan membuat kolaborasi, begitu juga dengan Co-Founder e27, Mohan Belani. Saya juga telah berjumpa dengan ramai usahawan-usahawan yang berjaya dan baru menapak dalam bidang startup yang amat saya kagumi.

Apa yang akan anda memberitahu orang yang berminat dengan Projek30?

Dengan Projek30, anda bukan sahaja boleh menjimatkan monthly budget dan menaikkan profit anda, anda juga dapat memulihkan alam semulajadi dengan mengurangkan pembaziran makanan. Anda boleh pre-order dengan kami dari bulan Oktober nanti!

Ke mana arah tuju Projek30 dan apa yang anda rasa akan berubah jika Projek30 berjaya dilaksanakan dalam tempoh masa lima tahun akan datang?

Visi kami adalah untuk menjadi syarikat IoT untuk waste management yang kompeten dan efektif. Kami menyahut cabaran Goal 12 dan Goal 13 UN SDG 2030 dan Projek30 juga akan menjadi sebuah syarikat yang akan membuka peluang pekerjaan dan syarikat yang adil dari segi pengambilan pekerja dan tangga gaji.

Dengan pelaksanaan menggunakan teknologi IoT ini, penyelesaian dan pengurusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan kos yang lebih murah murah dan efektif.

Harapan kami dalam lima tahun akan datang, rakyat Malaysia akan lebih peka dan prihatin terhadap pembaziran makanan. Ini adalah kerana, jika 25% dari seluruh pembaziran makanan diselamatkan, kita mampu memberi makan kepada 795 juta orang yang kebuluran dan malnutrisi di seluruh dunia.

Sewaktu Pitching di Top 100 APAC 2018 Echelon di Menara Maxis

Apakah kejayaan terbesar anda?

Walaupun Projek30 masih muda (kurang dari 6 bulan), tetapi saya amat bersyukur dengan milestone yang telah Projek30 capai setakat ini. Projek30, telah dijemput dan dipilih untuk diterima masuk untuk Alpha Program RISE Hong Kong 2018, pitch di Top 100 APAC 2018 Qualifying Round.

Sebagai pioneer apa trend yang yang anda lihat?

Sebagai pioneer, apa yang kami lihat adalah, jumlah sisa organik di tapak pelupusan sampah semakin meningkat dan masih kurang jalan penyelesaian yang efektif untuk menguruskan sisa-sisa ini.

Jika ini berterusan, ia akan meningkatkan kos pengurusan sisa organik yang termasuk dalam kategori sisa pepejal seterusnya akan mengimpak kos sara diri rakyat. Jika masalah ini tidak dibendung dengan sebaiknya, ia akan menyukarkan sesebuah negara dari segi pengurusan tapak pelupusan sampah.

Jika anda tidak sibuk menguruskan Projek30, apa yang akan anda lakukan atau bagaimana kehidupan anda?
Saya akan membantu Razpetite dari segi produksi di kilang kecil mereka di Kuala Selangor dan membantu dari segi marketing.

Apa lagi yang anda ingin kongsikan mengenai Projek30?

Projek30 amat berharap agar Malaysia dapat menjadi antara negara yang proaktif terhadap masalah pembaziran makanan. Walaupun teknologi yang digunakan oleh Projek30 dapat membantu dalam pemasalahan ini, tetapi, adalah lebih baik jika Projek30 dibantu dengan kesedaran dan kepekaan rakyat Malaysia dalam sama-sama mengatasi masalah pembaziran makanan ini.

Pemasangan Demo Pertama di Selera Peneroka Menara Felda KL

One Comment

Leave A Reply to Our Media Appearances! - Projek30 Cancel Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.