PASSWORD RESET

Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Perfect Plan Amirulradzi, Menjadi Game Publisher Pada Usia 19 Tahun.

1.67K 2

Apa yang anda lakukan ketika anda berusia 19 tahun, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia? Lepak dengan kawan? Bangun ,tidur, makan, menonton TV sepanjang hari di rumah sementara menunggu surat panggilan ke Universiti? Berniaga mungkin? Ada yang buat permainan video?

Itu yang dilakukan oleh Ahmad Amirulradzi Bin Imawana yang berasal dari Johor. Mendapat pendidikan awal di SMK Dato’ Penggawa Timur, Amirulradzi mula belajar pembangunan sebuah permainan video pada usia 16 tahun. Permainan video komersilnya yang pertama, Perfect Plan, siap selepas setahun tamat persekolahan.

Pengasas studio indie permainan video developer Digital Upthrust, mendapat inspirasi daripada video game Borderlands 2. Asalnya beliau membangunkan game tersebut untuk tujuan pembelajaran.

“Perfect Plan bermula apabila saya ingin membuat game pertama saya bertujuan untuk berlajar setiap proses untuk membuat permainan video”

Bagi kebanyakan ibubapa yang memikirkan masa depan anak mereka, tentulah mereka mahukan yang terbaik. Termasuk juga pekerjaan yang menjamin masa depan. Meskipun demikian, kedua ibubapa Amirulradzi memberikan sokongan penuh terhadap bidang yang beliau ceburi.

“Keluarga saya memberi sokongan penuh walaupun mereka kurang faham tentang pembikinan permainan video…”

“…Boleh dikatakan mereka mengeluarkan sebanyak RM2000 untuk menyokong saya .. lol.”

Biasanya, sebuah syarikat pembangunan permainan video mempunyai kakitangan lebih daripada 10 orang. Dari concept artis, model designer, sehingga sound engineer, dan producer. Akan tetapi Perfect Plan dibangunkan sepenuhnya oleh Amirulradzi tanpa kakitangan sokongan.

“Bangun pagi, sarapan, belajar,main game, buat game, tidur malam. Repeat.”… kata Amirulradzi

Perfect Plan menggunakan Unreal Engine 4. Permainan video engine yang sama digunakan oleh video game seperti Tekken 7, Street Fighter V, Alone In The Dark, Shenmue III, Dragon Ball Fighter Z, Lineage II dan banyak lagi.

Menurut Amirulradzi, Perfect Plan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Pada asalnya ia menggunakan Blender Game Engine kerana beliau sudah biasa dengan engine tersebut. Akan tetapi, beliau mendapati ia tidak sesuai dan bertukar kepada Unreal Engine 4.

Dengan nada berseloroh, “Bertukar daripada Blender Game engine Kepada Unreal engine 4 seperti mempelajari satu bahasa baru . Sangat susah, tapi bukan bagi saya ..”

Genre Action, First Person Shooter, Perfect Plan menggunakan tema Outline Base Colour dimana hanya texture model sahaja di outline. Ia berbeza dengan cell shading yang dipopularkan oleh permainan video seperti XIII, Borderlands, Zelda, Naruto Shippuden dan sebagainya. Bermula dengan lakaran asas, Perfect Plan dibangunkan melalui beberapa siri modeling 3D sebelum dimasukkan kedalam game engine.

Amirulradzi bertuah kerana mendapat bimbingan daripada pihak Steam melalui program Greenlight. Program yang dilancarkan pada tahun 2012 dijalankan bagi membantu pereka permainan indie untuk memasarkan permainan video ciptaan mereka .

Program tersebut mengunakan proses undian daripada komuniti yang terdiri daripada permain, pereka dan juga pencipta. Permainan video yang mencapai jumlah undian yang tertentu, kemudiannya akan dipertimbangkan oleh pihak Valve, sebelum bekerjasama bersama developer untuk dimasukkan ke dalam Steam Store.

Program tersebut kini telah digantikan dengan Steam Direct dan mempunyai proses yang berbeza.

Amirulradzi yakin dengan kebolehannya. Beliau berpandangan bahawa Digital Upthrust mampu menjadi studio indie permainan video yang terbaik di Malaysia dan di arena antarabangsa. Beliau melihat pembangunan permainan video di Malaysia akan berkembang dengan sangat pantas dan universiti akan mula menawarkan kursus pembikinan permainan video.

“Masyarakat mula yakin yang pereka permainan video adalah satu kerjaya yang boleh diceburi. Di Malaysia banyak studio permainan video yang sedang melakar nama di carta antarabangsa dan Digital Upthrust adalah salah satu daripadanya “

Beliau melihat trend permainan video kearah Virtual Reality dan “Always Online” dimana ia menjadi piawai terkini dalam pembangunan permainan video. Sehubungan itu, permainan video semakin sukar dicetak rompak seperti yang dilakukan oleh EA.

Dimasa akan datang, Amirulradzi merancang untuk mencari bakat bakat tempatan untuk membangunkan permainan video yang lebih complex dan sama taraf dengan permainan video mainstream dibawah naungan Digital Upthrust.

Bagi yang berminat untuk bangunkan permainan video sendiri, ini tips yang Amirulradzi berikan,

“Untuk membangunkan sebuah game, kamu memerlukan banyak kemahiran computer. Antara skill yang penting adalah 3D Modelling, Texturing, Rigging, Animation, Programming, Audio Design, Audio Manipulation, Level Design dan game design . Jangan takut kerana semua itu boleh dipelajari di internet secara percuma . Berkawanlah dengan Google”

Bagi yang berminat untuk mencuba Perfect Plan, bolehlah berbuat demikian dengan muat turun permainan tersebut di Steam Store.

print

2 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.