Jika bukan kerana Madresponse, barangkali Abdullah Bin Abdul Rashid sudah membuka kilang percetakan baju. Beliau seorang yang banyak pengalaman dalam bidang perniagaan. Dari seorang Perunding IT melalui syarikatnya Creative Art Fusion IT Solutions, kepada Percetakan & Rekabentuk (Madnilk Resources), kemudiannya, Madresponse Services yang kini menjadi asas kepada Madresponse.
Bertindak sebagai ketua pegawai eksekutif, Abdullah bertanggunjawab merancang dan melaksanakan halatuju syarikat terkininya, Madresponse Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran email dan IT solutions yang menyediakan pelantar pemasaran email serta khidmat rundingan dan pengurusan yang berkenaan.
Melihat tiada syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan menyediakan pelantar pemasaran emel dari Malaysia dan Asia Tenggara, Abdullah mengambil kesempatan dengan mewujudkan Madresponse.
Beliau mendapati statistik pengguna dari Asia Tenggara semakin meningkat sebanyak 15 – 20 peratus setiap tahun dan mendapati kos penyedia perkhidmatan sedia agak mahal, melalui satu servei yang dijalankan secara rambang dikalangan komuniti IT tenpatan.
“Ini membuatkan kami mengambil inisiatif langsung untuk memulakan perjalanan kami.”
Insipirasi memulakan Madresponse datangnya dari dua syarikat perkhidmatan gergasi pelantar pemasaran emel dan beliau berwawasan untuk menjadi sehebat dua gergasi ini.
“Madresponse terinspirasi dari Mailchimp dan Getresponse. Kenapa Madresponse kerana kami punyai visi untuk menjadi sehebat mereka dalam keadaan kami tidak mempunyai satu pun teknologi pada saat kami bermula.”
Menurutnya lagi, “Kami bermula dengan dana dalam tangan iaitu rm300 pada tahun 2014”
Bermula dari kosong dengan keadaan tanpa mempunyai sebarang teknologi, Madresponse menggunakan pelantar sumber terbuka yang bertujuan untuk mendapatkan protokol emel yang diguna pakai semua ESP.
“Pada fasa pertama version 1.0 kami menggunakan platform opensource untuk mendapatkan dahulu protokol emel yang diguna pakai semua ESP. Bagi platform version 2.0 barulah kami gunakan teknologi php7 custom made bersama jquery dan bootstrap.”
Sambungnya lagi, “Cabaran terbesar adalah apabila protokol yang kami miliki terpaksa diubah berdasar perubahan standard dari ESP. Alhamdulillah ia tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Selain dari itu cabaran menyiapkan platform 2.0 tidak dapat kami lupakan.”
“Setakat ini walaupun tanpa melakukan sebarang promosi kerana version 1.0 lebih kepada research protokol. Madresponse sudah mempunyai lebih dari 100 pengguna dan 20 darinya adalah pelanggan berbayar. Kami menganggarkan jumlah ini akan bertambah apabila version 2.0 dilancarkan penggunaan April 2018 nanti.”
Sebagai seorang yang mempunyai visi dan misi, Abdullah melihat jauh kedepan.
“Kami di Madresponse melihat pemasaran emel akan semakin berkembang penggunaan bagi industri tempatan apabila Ecommerce semakin mendapat perhatian. Kerana 5 tahun dari sekarang semakin ramai peniaga akan memilih platform atas talian sebagai medium menggantikan kedai fizikal maka semakin itu semakin permintaan pemasaran emel akan meningkat.”
Beliau juga merancang untuk mengadakan road tour seminar pemasaran emel seluruh Malaysia bagi tahun 2018/2019.
Sebagai seorang perintis, Abdullah menjangkakan pertambahan satu atau dua lagi penyedia platform tempatan akan lahir hasil dari permintaan yang dijangkakan meningkat saban tahun.
Pada tahun 2017, Abdullah dijemput sebagai salah seorang penceramah jemputan bagi Bahtera, program himpunan usahawan terbesar di Malaysia untuk Bumiputera yang diadakan di Johor Baharu. Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi dijempun untu program yang sama, kali ini diadakan di Kuantan.
“Saya terpilih menjadi penceramah Bahtera hasil jemputan dari pengelola program 2017 iaitu MyNEF apabila mereka melihat kami mempunyai platform dan dalam masa sama mempunyai ilmu serta pengalaman dalam pemasaran emel.”
“Saya akan maklumkan kepada mereka untuk mencuba dahulu pemasaran emel ini. Kita tidak tahu sama ada pemasaran emel mampu memberikan impak dalam perniagaan mereka. Tidak cuba tidak tahu. Namun, saya syorkan mereka menggunakan Madresponse kerana kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi menggunakan platform ini melainkan apabila anda sudah bersedia untuk menghantar emel nanti. Walau bagaimana pun kami ada berikan topup prepaid kick-start sebanyak 8,000 credit bernilai rm50 untuk mereka menggunakan dan merasa dahulu efeknya.”
Seorang yang ceria dan suka membantu dalam memberikan idea baru serta proses menyelesaikan masalah, beliau juga sukakan kelajuan.
“Sudah lama saya berminat untuk berkecimpung dalam sukan permotoran namun tiada rezeki. Doakan saya ya”
Beliau juga aktif dalam membina rangkaian untuk bertemu penggiat dan pemilik syarikat IT tempatan.
“Saya telah berjumpa ramai pihak dan ada diantaranya MDEC, MaGIC, CEDAR dan banyak lagi dalam proses mendapatkan bantu Qan serta akses kepada teknologi.”
Namun, apabila beliau tidak sibuk menguruskan Madresponse, beliau akan mengambil kesempatan untuk untuk berehat dirumah.
Sebelum mengakhiri temuramah, beliau sempat berkongsi satu berita baik kepada pengguna sedia ada dan bakal pengguna Madresponse.
“Kami akan melancarkan platform Madresponse versi 2.0 April ini. Kami harap untuk menyampaikan berita baik ini kepada mereka yang bakal membaca artikal ini supaya nantikan hasil tangan terkini kami ini nanti.”
[…] Baca sini untuk temuramah bersama Pengasas Madnilk […]