Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Sebab Kenapa Usahawan Syarikat Permulaan Wannabe Perlu Belajar Asas Pengaturcaraan

3.01K 0

Kita sekarang berada di tengah-tengah transformasi digital terhebat di dalam kehidupan. Dengan perubahan kepada teknologi awan, syarikat-syarikat sedang membina persekitaran awan sebagai sebahagian daripada pendigitalan, IoT atau industri 4.0, sambil mengoptimasikan kos infrastuktur tempatan.

Antara blok binaan asas kepada transformasi digital adalah pengaturcaraan. Syarikat-syarikat permulaan yang terkenal, rata-rata pengasasnya mempunyai latarbelakang dalam bidang pengaturcaraan mahupun IT.

Jika anda bercita-cita memulakan syarikat permulaan, pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan asas dalam pemahaman kod dan pengaturcaraan. Jika tidak, pastikan salah seorang dari pengasas ada latar belakang dalam bidang tersebut.

Mengapa anda perlu belajar asas-asas pengaturcaraan?

Menterjemahkan idea kepada realiti

Jika anda sebuah idea hebat dan bercadang untuk membina sebuah aplikasi  yang paling canggih dan akan menggangu pasaran digital, teruskan usaha anda. Jangan pandang ke belakang lagi. Tetapi, ia akan menjadi sukar jika anda tidak memiliki kemahiran asas pengaturcaraan untuk bina sebuah aplikasi.

Lebih praktikal untuk serahkan kepada yang lebih pakar untuk membina aplikasi tersebut. Hasilnya mungkin tidak seperti yang anda harapkan seperti didalam gambar di bawah.

Walaubagaimanapun, jika anda memiliki kemahiran asas pengaturcaraan, anda dapat terangkan dengan jelas kepada pengaturcara, apa yang anda mahukan dengan lebih tepat dan terperinci.

Lebih banyak anda tahu mengenai pengaturcaraan, lebih mudah untuk anda membina satu konsep asas sebelum menerjah masuk dengan lebih mendalam pembangunan aplikasi tersebut. Anda boleh membina prototaip dan mengujikaji aplikasi tersebut untuk lihat sendiri bagaimana ia berfungsi.

Berdasarkan prototaip itu juga, anda dapat anda merancang strategi mahupun rekabentuk produk berdasarkan prototaip tersebut. Tambahan lagi, anda akan memahami bagaimana untuk membina sebuah aplikasi dari mula hingga akhir.

Komunikasi lebih berkesan dengan Tech Team anda

Ia lebih sukar untuk memberikan gambaran aplikasi kepada pasukan pengaturcara yang anda tubuhkan, jika anda tidak faham pengaturcaraan.

Halangan komunikasi akan berlaku dan akan menyebabkan pelbagai masalah timbul sehingga pembangunan aplikas tergendala. Walaubagaimanapun, jika anda mempelajari asas pengaturcaraan, ia boleh mengelakkan salah faham semasa sesi perbincangan tugasan dan matlamat.

Mengetahui bagaimana untuk menulis kod akan menjadikan ada seorang pemimpin yang lebih baik kepada pasukan pengaturcara di mana anda akan lebih memahami risiko teknikal dan bagaimana mengatasinya pada masa yang sama, kekal pada laluan dalam pembangunan sebuah MVP.

Tahu apa yang anda dapat untuk apa yang anda bayar

Kredit imej: Kosmo

Sekiranya anda mengupah agensi atau freelancer untuk bangunkan aplikasi tanpa memahami sepatah pengaturcaraan, anda terpaksa bergantung dengan kepakaran orang lain, yang menentukan tempoh masa siap. Kenapa anda perlu ambil berat? Sebab masa akan memberi kesan kepada kos pembangunan aplikasi.

Katakan anda ada sebuah prototaip yang siap dibina oleh agensi. Terdapat satu fungsi tambahan yang anda ingin tambah kepada prototaip tersebut. Bagi yang tidak faham pengaturcaraan, ia mungkin perkara yang senang, tetapi bagi seorang pengaturcara, ia mungkin mengambil masa beberpa jam hingga beberapa hari untuk menambah fungsi tambahan tersebut. Kos akan meningkat sekadar untuk membayar gaji overtime.

Apabila ia mangambil masa yang panjang untuk disiapkan, maka akan timbul pelbagai andaian, antaranya pengaturcara tidak buat kerja atau tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan tidak berminat untuk melakukannya mengikut kepentingan anda. Pada hakikat sebenar, pengaturcara cuba memastikan pertambahan kod tidak mendatangkan masalah kepada keseluruhan aplikasi.

Kerja-kerja sebegini selalunya dilakukan di belakang tadbir. Anda tidak akan nampak apa yang dilakukan kecual anda tahu apa sebenarnya berlaku dan proses yang terlibat. Melakukan perubahan kepada kod walaupun sedikit mungkin memberi kesan kepada keseluruhan logic kod dan ujikaji berulangkali perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada kod yang merosakkan.

Mengetahui pembangunan sesebuah aplikasi dan teknologi yang terlibat dapat membantu mengurangkan tegangan dan konflik antara pasukan pengaturcara. Ia juga membantu mengetahui sama ada sesuatu pembangunan menepati kualiti yang dikehendaki, mengetahui apa lagi yang perlu ditambah baik dan juga mengetahui kos yang terlibat.

Membangunkan pemikiran yang kritikal

Dalam dunia syarikat permulaan teknologi, tidak ada jalan pintas. Tidak ada pekara yang memudahkan dan mendapat pembiayaan daripada pelabur bukan perkara yang mudah dengan hanya menunjukan prototaip asas.

Ia mengambil masa. Ia melibatkan proses. Ia melibatkan usaha. Ia melibatkan persediaan, perancangan, percubaan, kegagalan, ulangkaji, dan ujisemula. Ia memerlukan satu matlamat jelas, perancangan yang kukuh dan pemahaman sesuatu pasaran.

Pengaturcaraan untuk usahawan adalah satu bentuk alat. Ia membantu membangunkan dan menghalusi pemikiran logik, kepelbagaian mekanisma penyelesaian masalah, dan kaedah berfikir dalam pelbagai bentuk. Ia membantu mengkaji isu dari suatu perspektif dan menjejak kaki ke bumi.

Membangunkan kualiti tersebut membolehkan anda memerhatikan sesuatu halangan dengan mata kritikal. Justeru memilih kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah, cabaran dan menjadikan visi suatu kenyataan.

Inovasi

Mempelajari kod membuka pemahaman baru bidang yang bakal anda usahakan. Ia membolehkan anda menjelajah pelbagai sempadan inovasi, membolehkan anda lihat pelbagai hasil dan arah tuju baru yang anda boleh ambil dalam perniagaan.

Usahawan yang dilengkapi dengan kecekapan dan kemahiran pengaturcaraan bukan sahaja mempunyai visi yang lebih jelas terhadap masa depan projek, tetapi kelebihan daripada mereka yang tidak memiliknya.

Anda kini berada dalam abad ke-21 dan bahasa pengaturcaraan adalah bahasa baru yang perlu anda kuasai. Ia memberikan anda kelebihan, pemahaman dan kuasa mengawal setiap proses pembangunan projek anda.

 

Sumber asal : Eze.tech

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.