Tahun 2017 menunjukkan syarikat permulaan di Asia Tengara mencipta rekod pembiayaan sebanyak US$7.8 billion menurut data dari Tech In Asia. Penigkatan mendadak dari tahun 2016 berjumlah US$2.5 billion. Persoalannya sekarang, siapakah raja yang berjaya mengumpul dana terbesar di rantau ini? Berikut adalah senarai 15 syarikat permulaan tersebut.
1. Grab
Jumlah: $4.1 billion
Peringkat Pembiayaan: Siri G
Kategori: Pengangkutan
Selain pengangkutan, Grab telah mengambil langkah berani untuk menjadi sebuah fintech. Baru-baru ini mendapat pembiayaan terbesar dalam satu pusingan sebanyak US$2 billion, menjadikan ia syarikat permulaan yang dinilaikan pada US$6 billion tertinggi di rantau ini.
2. LAZADA
Jumlah: $2.66 billion
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Edagang
Diasaskan oleh Rocket Internet, ia kini menjadi aset terpenting Alibaba untuk mencapai cita-cita global. Jack Ma membeli sebahagian saham LAZADA pada harga UD$1 billon pada 2016. Pada tahun berikutnya, menambah pegangannya sebanyak US$1 billon, menilaikan LAZADA pada US3.2 billion.
3. Sea
Jumlah: $1.66 billion
Peringkat Pembiayaan: Siri E
Kategori: General Internet
Asalnya dikenali sebagai Garena dan disokong oleh Tencent; sebuah firma permainan video, melalui penjenamaan semula untuk mencerminkan sasaranya mendominasikan rantau ini. Ia kemudiannya memasuki bidang pembayaran digital dengan memperkenalkan AirPay dan eDagang dengan Shopee. IPO Sea US$884 juta kini dinilaikan pada US$4 billion
4. Tokopedia
Jumlah: $1.34 billion
Peringkat Pembiayaan: Siri G
Kategori: Marketplace
Syarikat permulaan eDagang dan marketplace terkenal di Indonesia, ia kini disokong oleh Alibaba setelah menerima tawaran US$1.1 billion.
5. Matahari Mall
Jumlah: $641.8 juta
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Edagang
Disokong oleh Lippo, syarikat permulaan ini bercita-cita menjadi Alibaba Indonesia. Walaubagaimanapun, ia berhadapan dengan persaingan yang ketat termasuk juga Alibaba sendiri.
6. Go Jek
Jumlah: $550 juta
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Pengangkutan
Syarikat permulaan unicorn pertama Indonesia. Go Jek bermula sebagai aplikasi panggilan taxi dan motosikal. Ia kemudiannya berkembang kepada penghantaran makanan, barangan runcit, dan lain-lain. Ia memiliki mobile wallet tersendiri iaitu Go-Pay. Dilaporkan bahawa Tencent dari China adalah salah satu penyokong.
7. Traveloka
Jumlah: $500 juta
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Pelancongan
Syarikat permulaan dari Indonesia ini berjaya mengumpul US$ 350 juta pada tahun lepas dari Exepedia. Ia bakal bekerjasama dengan Expedia untuk meluaskan perkhidmatan ke rantau Asia dan kemudian keseluruh dunia.
8. AirTrunk
Jumlah: $307 juta
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Infrastuktur Internet
Menyediakan gudang sejuk-beku dipenuhi dengan server kepada penyedia perkhidmatan awan. AirTrunk membina pusat data berskala besar di seluruh Asia dan Australia.
9. iflix
Jumlah: $298 juta
Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan
Kategori: Muzik dan Hiburan
Iflix berjaya mengumpul US$133 pada tahun lepas untuk boost produksi original content tempatan. Data analitik dari firma App Annie menunjukkan ia adalah aplikasi strim teratas di beberapa pasaran baru muncul di seluruh Asia dan dikatakan Netflix dari US sedang mengejar dari belakang.
10. Zalora
Jumlah: $238 juta
Peringkat Pembiayaan: Siri C
Kategori: Edagang
Fesyen dikatakan niche yang sedang berkembang dengan pesat di Asia Tengara di terajui oleh Zalora. Ia menjana jualan sebanyak US$268 juta dan menjana keuntungan sebanyak US$108 juta, sembilan bulan pertama pada tahun 2016.