Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Prihatin Dengan Masalah Pelajar, Haezal Musa Bangunkan Bus Tracking System

3.22K 0

Siapa sangka individu yang Otakit.my temuramah kali in Haezal Musa, mengisi masa lapangnya dengan jogging, angkat berat di gym dan aktif dalam sukan tarik tali profesional, adalah seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang bertanggunjawab dalam membangun dan menyelenggara system-sistem berkaitan dengan pelajar, pensyarah dan pengurusan di fakulti untuk melengkapkan proses ”student life cycle” di Universiti Malaya.

Berasal dari Selangor dan mendapat pendidikan di Politeknik Ungku Omar, beliau memilih kerjaya dalam bidang IT kerana minat beliau yang mendalam terhadap teknologi. Menurutnya, bidang IT adalah bidang yang mudah untuk peningkatan kerjaya.

“Saya juga seorang yang begitu taksub dengan gajet-gajet dan teknologi IT. Bidang IT juga adalah bidang yang mudah untuk pembangunan career.”

Antara sistem-sistem yang telah beliau bangunkan adalah Sistem Permohonan Kemasukan ke Universiti Malaya, System Pendaftaran Subjek, System Demerit Fakulti Pergigian. Sistem yang beliau kini giat bangunkan adalah “Bus Tracking System” bersama dengan Pegawai Tadbir HEP En. Mohd Hairil Bin Zainal Abidin dan seorang Pelatih Eksekutif Urusan Pengangkutan Mohammad Faizal Bin Mat Yusoff

“Ada satu projek yang diluar dari kotak pekerjaan hakiki saya untuk Universiti Malaya adalah. Iaitu bus tracking system”

Gambar sekadar hiasan

Dibangunkan dengan menggunakan teknologi hybrid mobile application dengan mengguna IONIC Framework, pangkalan data mysql, GPS Tracker dan Java Application, sistem bus tracking ini membolehkan pelajar mengaturkan masa mereka dengan lebih baik dan mereka dapat mengesan kedudukan terkini bas. Pihak administrator iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga boleh mendapatkan laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti bas.

Prihatin terhadap masalah pelajar, idea untuk membina sistem ini hadir ketika sesi bersama dengan Timbalan Canselor Pembangunan.

“Sistem ni bermula ideanya dari satu perjumpaan dengan Timbalan Canselor Pembangunan berkenaan dengan idea-idea inovatif pekerja. Dari situ, saya mendapat idea berkenaan dengan keadaan pelajar yang menunggu di bus stop lama dengan ternanti-nanti ketibaan bas. Dari situ saya mendapat idea, kenapa tidak jika saya bina satu aplikasi supaya pelajar boleh jejak lokasi terkini bas supaya mereka dapat bersiap sedia turun ke bus stop berbanding tunggu lama di bus stop. Saya membentangkan idea tersebut kepada Timbalan Canselor Pembangunan iaitu Prof. Faisal Rafiq dan beliau bersetuju dengan idea tersebut.”

Ternyata banyak cabaran yang dihadapi dalam membangunkan sistem tersebut, tetapi beliau seorang yang teguh pendirian.

“Saya adalah seorang yang bila mempunyai target tertentu, saya akan berusaha untuk mencapai target tersebut.”

Sumber Gambar: Mypublictransport.com

Sepanjang pembangunan aplikasi tersebut beliau telah menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran yang yang dihadapi selain masa dan kos pembangunan adalah kerkerjasama daripada pemandu bas dan bas tidak mempunyai peralatan yang untuk menyokong GPS Tracker

“Pada fasa 1 dibangunkan bersama vendor dan ia dianggap gagal kerana terdapat beberapa kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan.

“Sekarang saya sendiri sedang membangunkan aplikasi bus tracking V2 untuk menghadapi kekangan-kekangan yang dijumpai dalam fasa 1. Bus Tracking V2 masih dalam pilot test dah dijangka akan digunakan sepenuhnya pada bulan Feb 2018.”

Selain dari itu, beliau juga dalam perancangan membangunkan system GPS Tracker dengan kerjasama Pemangku Pengarah IT di UM bagi memudahkan pihak Admin mengesan dan menyelenggara kenderaan jabatan.

Seorang yang periang dan suka bergurau, beliau mengambarkan dirinya sebagai seorang yang kreatif dalam berfikir dan sentiasa mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap sesuatu masalah yang dihadapi.

Walaupun kerja kerajaan, buat masa ini beliau tidak merancang untuk berhenti kerja dan memulakan syarikat sendiri. Berpandangan jauh, beliau melihat trend dalam bidang IT menuju kearah Big Data atau Internet of Things.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.