Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

CEO Tencent Resources Muhammad Azizi Bantu Pengguna “CariMakan”

4.2K 0

“Cari Makan” mempunyai dua makna.

Makna pertama adalah mencari makan dan makna yang kedua pula adalah mencari rezeki atau pendapatan.

Dalam konteks artikel ini, ia adalah terjemahan langsung kepada satu aplikasi buatan tempatan yang secara harfiah, merangkumi kedua-dua makna.

Jika anda seorang pengguna, anda “cari makan” menggunakan aplikasi ini manakala jika anda seorang peniaga makanan, anda “cari makan” untuk menambahkan pendapatan.

Memperkenalkan LocateFood, sebuah aplikasi secara amnya sebuah pusat jual beli makanan atas talian melalui telefon pintar dan yang pertama di Malaysia, dicipta sebagai medium utama untuk para peniaga menjual makanan mereka secara atas talian dan pengguna untuk mencari makanan di kawasan sekitar.

Itu konseplah yang diperkenalkan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent Resources, Muhammad Azizi Bin Zaid, seorang yang mudah didekati dan mesra bersama walaupun baru berkenalan.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dengan syarikat IT dari luar negara yang bertapak di Malaysia yang banyak membuat perisian untuk syarikat yang diguna pakai oleh pelanggan syarikat dalam sektor awam dan juga industri perkilangan.

Tidak seperti FoodPanda yang memerlukan sebuah premis perniagaan, LocateFood adalah sebuah pelantar yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual juadah halal secara atas talian.

Menurut beliau,

“LocateFood membantu pengguna mencari makanan dari pelbagai kategori yang ditawarkan yang ada dijual di sekitar mereka. Mereka boleh menghubungi penjual untuk membuat tempahan dan pembelian dengan mudah…”

Bukan itu sahaja, jika terdapat makanan yang sedang menular dan sohor kini, pengguna aplikasi boleh dapatkan maklumat makanan berkenaan dan penjual yang menawarkan makanan tersebut. Beliau menambah,

“… Sebagai solution architect, LocateFood sentiasa menambah fungsi-fungsi baru mengikut kehendak semasa bagi memberi kemudahan dan jalan penyelesaian kepada masalah pengguna dalam industri makanan… ”

Sepertimana syarikat permulaan yang lain, sesuatu produk atau perkhidmatan diwujudkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Muhammad Azizi telah mengenalpasti satu peluang yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada syarikat permulaannya, malah kepada golongan yang tidak mampu mengeluarkan modal besar membuka sebuah restoran.


Aktiviti di Startup Weekend Melaka dimana Idea LocateFood Diwujudkan

“… Idea untuk membangunkan LocateFood tercetus kerana membantu orang diluar sana khususnya golongan yang berpendapatan rendah, yang tidak mampu untuk membuka restoren untuk menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa melalui masakan mereka dengan menjual makanan mereka secara online di sekitar kawasan yang mereka tinggal… ”

Baginya, satu kerugian jika ideanya tidak di realisasikan kerana ia mungkun memberi kesan yang positif pada masyarakat.

LocateFood dibangunkan secara hybrid melalui framework React Native dan diuruskan oleh 4 orang kakitangan. Buat masa ini, ia hanya boleh dimuat turun melalui Play Store. Jika ada permintaan, barulah ia di masukkan ke dalam App Store.

Beliau memilih industri makanan kerana melihat peluang untuk menyediakan makanan dengan efektif, pantas dan dijamin Halal melalui aplikasi dan kemudahan internet di telefon pintar.

Satu analisa telah dilakukan kepada pelajar kolej dan orang ramai dan beliau mendapati peratusan untuk menggunakan perkhidmatan LocateFood adalah tinggi.

“… Selain itu, ia juga menarik perhatian penjual makanan kerana setiap hari ada sahaja penjual yang menjual makanan mereka di LocateFood. Ini membuktikan, mereka memang perlukan satu medium yang terbaik untuk memasarkan produk makanan mereka selain di media sosial… ”

Bagi yang berminat untuk untuk menjual makanan secara atas talian di sekitar lokasi anda, anda boleh menjual menggunakan pelantar LocateFood yang boleh dimuat turun di Play Store dan mula menjual dengan serta-merta.

Walaupun LocateFood baru sahaja dilancarkan pada 7 Januari lepas, yang mensasarkan pengguna di Melaka, setakat ini, 300 muat turun telah diterima dan dijangka akan meningkat dari masa ke semasa.

Lebih-lebih lagi apabila dilancarkan ke seluruh Malaysia dan mendapat perhatian daripada pihak media.

“… LocateFood akan menjadi medium utama yang digunakan oleh orang ramai untuk membuat sebarang jualan dan pembelian makanan secara atas talian dan berkembang ke sekitar negara jiran…”

Muhammad Azizi melihat sambutan pengguna dalam sektor eCommerce begitu memberangsangkan dalam pelbagai industri. Ia dapat dilihat dalam syarikat seperti Lazada, Shopee, AirBnb dan Grab yang membawa transformasi baru dalam industri yang diceburi.

Beliau melihat LocateFood juga berupaya membawa transformasi baru dalam industri perkhidmatan makanan.

LocateFood dibangunkan untuk membantu orang ramai menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa melalui masakan mereka.

Justeru kepada mereka yang menggunakan aplikasi ini, penjual atau pembeli, jika anda rasa ada sesuatu yang perlu ditambah dan diperbaiki, bolehlah tinggalkan maklum balas anda kepada kami kerana aplikasi ini dicipta untuk anda.

Anggaplah aplikasi ini antara aplikasi yang wajib ada di setiap telefon pintar untuk memudahkan anda mencari atau menjual makanan. Kami sangat mengalukan sebarang idea, komen dan kritikan daripada anda supaya kami boleh memperbaiki lagi aplikasi LocateFood ini ke pesara dunia.

Kami sentiasa membuat penyelidikan berdasarkan kehendak semasa dan mana yang baik, kami akan tambah di dalam aplikasi LocateFood.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.