‘EMPOWERING EPIC EVENTS’
Mohd Yusno Mohd Yunos
Y Us Sdn Bhd
www.evenesis.com
BIOGRAFI
Y US adalah sebuah syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menumpukan pada pembangunan web, aplikasi mudah alih serta Software-as-a-Service (SaaS) solution. Aplikasi dan solusi teras Y US dikenali sebagai Evenesis (www.evenesis.com) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya APICTA Awards 2011 dan 2013, Malaysia Intel APEC Start-up Challenge 2013 dan MDeC-Enterprise Development Achievement Awards 2011. Ia turut tersenarai sebagai nalis NEF-Awani ICT Awards bagi kategori Best Start-up Company dan Best Software malah tercalon dalam Asia’s Top 50 Apps. Pada tahun 2014 Y US telah mendapat pengiktarafan sebagai Malaysia’s Top 10 Most Innovative ICT Companies, dan terkini, syarikat ini turut dinobatkan sebagai Top 30 Apps in Dublin Web Summit pada tahun 2015.
Kredibiliti dan komitmen tersebut telah melayakkan Y US sebagai penerima MDeC’s Technopreneur pre-seed fund pada tahun 2010 dan juga Cradle’s CIP500 fund pada tahun berikutnya. Selain itu, ia turut mendapat perakuan daripada SME Corp sebagai 1InnoCERT A rating company serta quali ed investable company oleh Cradle ATIO.
Ternyata kesungguhan anak jati Kuala Lumpur ini membuahkan hasil dan minatnya dalam programming diterjemah menerusi syarikatnya yang semakin berkembang saban tahun. Yusno merupakan graduan Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat dalam jurusan information systems management, dan beliau punya aspirasi tersendiri untuk dikongsikan bersama pembaca.
Mengapa memilih usahawan?
Saya tidak pernah terlintas memiliki perniagaan sendiri sebelum ini. Bukan juga kerana minat di dalam Intellectual Property (IP) atau harta intelek, tetapi bagi saya ianya lebih kepada kepuasan kerja di mana kita berpeluang menjadi pemilik terhadap apa yang kita usahakan sendiri berbanding menghasilkannya untuk orang lain.
Contohnya ketika bekerja dahulu saya membangunkan pelbagai aplikasi menarik, namun malangnya ia bukan kepunyaan sendiri tetapi untuk syarikat. Apa yang diterima hanyalah penghargaan, ganjaran serta anugerah di atas pencapaian tersebut. Justeru, saya merasakan alangkah baiknya sekiranya saya dapat mencipta sesuatu yang boleh dimiliki seperti hari ini dan seterusnya berkembang bersama produk tersebut. Maka, ia menjadi faktor bermulanya perjalanan saya sebagai usahawan dan platform melakukan perubahan daripada sebelumnya.
Ini berlaku sekitar tahun 2007, di mana pada ketika itu saya mula membaca buku-buku berkaitan pengurusan kewangan serta keusahawanan yang ditulis oleh Richard Brandson, Donald Trump, Robert Kiyosaki dan penulis-penulis hebat yang lain.
Kemudian, saya berjinak pula dalam network marketing secara sampingan bagi mempelajari skil-skil pemasaran. Ternyata usaha tersebut tidak sia-sia kerana setelah lapan bulan menyertainya saya semakin memahami selok-belok pemasaran, sales, networking dan sebagainya, yang secara asas penting dalam sesebuah perniagaan.
Pada tahun yang sama juga, saya memutuskan untuk menamatkan karier di TNB walaupun masih samar dengan masa depan seterusnya. Yang ada hanyalah perancangan jangka pendek dan jika tidak berhasil saya terpaksa bekerja semula.
Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Mohd Yusno Mohd Yunos, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.