Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

8 Sistem Pengurusan Sumber Manusia Yang Boleh Membantu Anda Mengurus Kakitangan

21.92K 3

Pengurusan Sumber Manusia (HRM) yang efektif melibatkan pelbagai perancangan, strategi dan pengerahan untuk memastik matlamat organisasi tercapai. Aktiviti sumber manusia seperti pengambilan, pemilihan, latihan dan  ganjaran, dipastikan mengikut matlamat supaya objektif syarikat tercapai. Pengurusan Sumber Manusia juga menangani isu-isu yang berkaitan dengan tuntutan, pengurusan prestasi, pembangunan organisasi, keselamatan, kesejahteraan, faedah, motivasi pekerja, latihan dan lain-lain. Sehubungan itu, HRM memainkan peranan strategik dalam menguruskan pekerja, budaya tempat kerja dan persekitaran.

HRMS (Sistem Pengurusan Sumber Manusia) adalah gabungan sistem dan proses yang menghubungkan pengurusan sumber manusia dengan teknologi maklumat melalui perisian HR. HRMS boleh membantu merevolusikan tempat kerja dengan menjadikan persekitaran lebih produktif, menjimat masa dan juga mewujudkan budaya tanpa kertas. Berikut adalah beberapa HRMS yang menawarkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang boleh digunakan untuk menguruskan sesebuah organisasi.

Bepunct.com

Bepunct adalah HRMS yang ringkas dan intuitif. Ia adalah satu hub pengurusan sumber manusia yang menguruskan pekerja dengan murah berbanding perisian tradisional HRMS yang statik, luar talian dan disconnected. Perisian atas talian ini akan mengubah data dalam sistem secara automatik apabila terdapat perubahan status pekerja seperti alamat terkini, kemaskini maklumat peribadi dan sebagainya.

Pengurusan pekerja di pusatkan dan data setiap maklumat yang disimpan adalah selamat dari pencerobohan. Bepunct juga berupaya untuk mengurus permohonan cuti pekerja disamping membuat pengumuman syarikat kepada seluruh kakitangan. Selain itu, ia berupaya untuk mengurus projek secara lebih berorganisasi dengan menugaskan pekerja yang terlibat. Sehubungan itu, Bepunct juga berupaya untuk menguruskan klien dengan menyediakan maklumat penting seperti menghasilkan tandaaras, menentukan tarikh siap dan due date disamping menjadikan alur kerja lebih terurus untuk pekerja.

Kitikiti-HRM.com

HRMS ini memudahkan pengurusan penggajian (payroll) dengan menyediakan dan menjana slip pembayaran yang boleh diubahsuai dalam beberapa minit. Kitikiti-HRM memboleh anda mengubahsuai dan konfigurasi gaji pekerja mengikut jawatan dan tangga gaji. Sehubungan itu, ia boleh mengubahsuai penggajian dengan memasukkan maklumat-maklumat penting seperti bayaran gaji asas, KWSP, bonus,cukai, SOCSO dan sebagainya, seterusnya menjana dan mencetak slip pembayaran mengikut pengubuahsuai yang dilakukan. Satu laporan yang lengkap akan terhasil melalui excel untuk memudahkan laporan kewangan dilakukan.

Kitikiti-HRM juga melakukan pengurusan masa, jenis dan bilangan hari cuti pekerja supaya mudah untuk menentukan kelayakkan cuti dan menetapkan gaji berdasarkan cuti yang diambil. Semua proses diatas dapat dikesan melalui aliran kerja yang direkodkan. Kitikti-HRM juga menyediakan contoh pratetap bagi akaun baru yang dibuka untuk menghasilkan penggajian yang pertama.

Kakitangan.com

Kakitangan.com menyediakan pelantar semua dalam satu yang mudah untuk pengurusan sumber manusia yang menguruskan penggajian, maklumat pekerja, faedah pekerja dan sebagainya. HRMS ini percuma jika anda baru menubuhkan syarikat permulaan dengan 3 kakitangan. Kakitangan.com ada menyediakan 18 templat yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan tak perlu pening menghasilkan dokumen-dokumen berkaitan seperti borang permohonan pekerjaan, surat tawaran, buku panduan pekerja dan sebagainya.

Antara fungsi dan kelebihan utama Kakitangan.com adalah Sistem Permohonan Cuti yang boleh diuruskan melalui PC dan telefon pintar, Pengurusan Data untuk simpan maklumat pekerja dan pada masa jimat penggunaan kertas, Secure Cloud Storage menggunakan infrasturktur awan dari perkhidmatan Amazan Web Services, dan Encrytpted Data Transfer yang melindungi data dari di rampas semasa pemindahan dari peranti ke server. Lain-lain fungsi yang terdapat dalam sistem Kakitangan.com adalah Pengiraan Automatik Penggajian, Transaksi Automatik dan Edaran Automatik Slip Gaji.

Sumbermanusia.my

Sama seperti Kakitangan.com, SumberManusia juga menguruskan hal-hal berkaitan dengan sumber manusia secara berpusat disimpan dalam data bersekuriti yang boleh di akses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Bezanya, SumberManusia.my membolehkan anda menguruskan banyak syarikat pada subdomain yang berbeza untuk memudahkan pengurusan pelbagai cabang syarikat dalam satu organisasi.

Antaramuka yang menyeluruh, memaparkan maklumat ringkas syarikat dan di iringi notifikasi apabila berlaku perubahan kepada sistem. Sistem ini membolehkan pekerja melakukan kemaskini tanpa perlu melibatkan pegawai sumber manusia untuk melakukan perubahan. Sehubungan itu, SumberManusia membolehkan pengurusan cabang syarikat, jabatan dan unit dengan mudah dan melakukan tapisan pekerja mengikut jabatan atau cabang syarikat.

PayrollPanda

PayrollPanda membolehkan anda menguruskan penggajian dan cuti pekerja dengan dalam satu sistem yang mudah. Melalui PayrollPanda, anda dapat meningkatkan produktiviti dengan sistem automasi penggajian yang tepat untuk menjimatkan masa. Sistem yang selamat dan menggunakan SSL encryption ini boleh di akses dari mana-mana desktop serta ia patuh berkanun dimana semua pengiraan dan pemotongan bagi badan berkanun mengikut keperluan undang-undang.

Selain menjana laporan penggajian, slip gaji dan borang berkaitan, PayrollPanda boleh diintergrasikan dengan bank untuk melakukan bayaran pukal kepada pekerja dan badan berkanun. Antara integerasi bank adalah Maybank, CIMB Bank dan Hong Leong Bank.  Pekerja juga boleh melihat slip gaji disamping memeriksa peruntukan cuti dan permohonan cuti melalui akaun masing-masing dan pegawai sumber manusia boleh meluluskan cuti terus dari antaramuka.

Traitquest.com

HRMS ini menyediakan penyelesaian berasaskan awan yang memudahkan pengurusan aliran kerja dan kerjasama untuk memacu motivasi dan penglibatan pekerja, pada masa yang sama memupuk budaya korporat yang sihat justeru mengekalkan pekerja anda yang bernilai. TraitQuest.com menyediakan 1-Stop Performance Management System (PMS) yang menjejak produktiviti dengan cekap (KPI), disamping memastikan matlamat syarikat dan tugasan harian adalah selaras. Selain itu, sistem ini membolehkan tugas harian dan pembelanjaan direkod. Pekerja juga dapat di latih melalui Jejak Pembangunan Pekerja self-assesment dan kuiz latihan jawatan.

Selain itu, TraitQuest.com menyediakan perkhidmatan Multi-Level Engagement Platform (MEP), yang berfungsi untuk komunikasi, pengurusan mesyuarat, resolusi konflik dan merapatkan Jurang generasi dalam tenaga kerja. TraitQuest juga menyediakan 1-on-1 Coaching and Mentoring of Key Performers, Transformational Coaching for individual Business Units, Change Management Coaching dan Peak Performance Coaching.

OfficeCentral.com.my

Intergrasi Pengurusan Pejabat dalam Awan ini memberikan penyelesaian semua dalam satu yang merangkumi pengurusan sumber manusia, penggajian, perakaunana, kewangan, pengurusan perhubungan pelanggan dan akan datang sistem point of sales. Sistem yang boleh di capai dari mana-mana tempat termasuk telefon pintar, mudah untuk diubahsuai mengikut keperluan perniagaan.

Aplikasi semua dalam satu ini menyediakan pengurusan menyeluruh terhadap sumber manusia yang membolehkan pekerja melihat profile, menghantar tuntutan, memohon cuti dari mana-mana sahaja. Sistem perakaunannya yang kukuh dan cekap, membantu melakukan penggiraan secara automatik lebih-lebih lagi jika menjalankan perniagaan francais, sistem perakaunan e-Francais dapat membantu. OfficeCentral e-CRM adalah satu sistem menyeluruh dalam pengurusan perhubunggan pelanggan yang membantu anda mengurus pelanggan dan bakal klien secara cekap dan berkesan dengan kos yan menjimatkan.

Swingvy.com

Satu lagi HRMS semua dalam satu yang boleh digunakan tidak kira syarikat kecil atau sederhana, Swingvy adalah HRMS yang mudah dan intuitif. Perisian ini lebih tertumpu kepada pengurusan cuti pekerja dimana ia membolehkan untuk menganalisa, mengurus dan meluluskan cuti serta ketidakhadiran secara berpusat. Sehunbungan itu, dasar-dasar syarikat dapat ditetapkan dan dikuatkuasakan dengan mudah.

Swingvy.com mempunyai kalender yang dapat memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap aktiviti yang bakal berlangsung termasuk harijadi, ulangtahun dan tarikh pembayaran gaji. Kalender ini boleh di selaraskan jika menggunakan kalender pihak ketiga. Laporan yang dijana secara automatik, terperinci dan mudah untuk dianalisa.

p.s Jika ada HRMS yang tidak dinyatakan diatas atau tertinggal, sila nyatakan di ruang komen dibawah.

3 Comments

  • Chai says:

    Where is HReasily in this list? It’s a pretty good one too

  • muhammad akmal faris bin amin says:

    can i get more detail ? how i can follow up

  • Wan says:

    Antara kelemahan office central ialah satu software utk satu syarikat. Malah jika satu syarikat, tiada pecahan kpd beberapa cawangan. Charge utk pekerja juga mahal. Kini pada feb 2020, rm120 setahun utk pekerja. Kalau office central boleh buat penambahan kpd syarikat yg byk cawangan dan juga usahawan kecil yg byk syarikat. Program sistem ini mampu pergi jauh.

Leave A Reply to Chai Cancel Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.