Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

7 Langkah Yang Membantu Mencipta Satu Pelan Pembangunan Perniagaan Yang Berjaya.

6.93K 0

Biar saya mulakan dengan menyatakan perkara yang jelas: anda perlu mempunyai strategi pembangunan perniagaan jika anda mahu menjayakan matlamat anda dan kembangkan perniagaan anda.

Itu sahaja.

Ia akan mengejutkan anda betapa banyak syarikat yang tidak mempunyai pelan ini dan hanya biarkan sahaja apa yang terjadi.

Kisah mereka lebih kurang sama.

Pengasas akan memulakan syarikat yang dengan beberapa pelanggan yang memerlukan produk atau perkhidmatan mereka. Kemudian, pelanggan tersebut akan memberi mencadang kepada bakal pelanggan yang lain. Maka syarikat tersebut akan berkembang. Bahagian sumber manusia akan mengambil lebih ramai pekerja untuk menampung bebanan kerja.

Mereka tidak mempunyai matlamat jangka masa panjang yang jelas.

Mereka juga tidak mempunyai strategi peringkat tinggi untuk mencapai pertumbuhan mampan.

Pelan pembangunan perniagaan juga tidak disediakan. Tiada pencapaian. Tiada bajet. Tiada analisis sasaran pasaran. Tiada strategi pemasaran.

Ia seperti berjalan di dalam kabus tanpa sebarang cahaya. Syarikat tersebut boleh sesat dengan mudah dan terus jatuh.

Oleh hal demikian, saya telah menghasilkan satu senarai pendek yang akan membantu syarikat mencipta pendekatan yang lebih sistematik untuk pembangunan perniagaan.

Apa yang anda akan dapat dari artikel ini adalah:

  • Bagaimana untuk menstrukturkan pelan pembangunan perniagaan anda
  • Apa yang anda perlu pertimbangkan ketika membuat persediaan pelan ini
  • Bagaimana untuk menstrukturkan proses penjualan yang berjaya

Langkah Pertama: Tetapkan Objektif Anda

Apa yang anda mahu capai? Apakah sasaran penjanaan pendapatan anda?

Adakah anda mahu mendapatkan 1 juta dalam masa setahun sebagai pendapatan berulang anda? Atau menjual 30000 unit produk anda?

Jika anda mahu mencapainya, anda perlu membuat matlamat yang tepat. Jika tidak, ia akan menjadi sia – sia.

Langkah 2: Tentukan Bajet Anda.

Ia kelihatan agak klise, tetapi anda perlukan duit untuk membuat lebih banyak duit.

Lihat kepada pendapatan kasar anda, buang kos yang tetap seperti gaji dan kos pejabat dan simpan sesuatu untuk kecemasan. Apa yang tinggal harus dilaburkan ke dalam usaha dan pelan pemasaran.

Langkah 3: Tetapkan Audien Sasaran Dan Apa Yang Mereka Mahukan

Seperti yang saya katakan, anda boleh pergi memancing ikan jerung di tasik, tapi anda mungkin akan dapat ikan trout.

Jika anda mahu mendekati pelanggan sasaran anda, anda perlu tahu di mana untuk mencari mereka dan cara untuk memujuk mereka.

Anda perlu mencipta persona pembeli anda sama seperti anda perlu membuat pelbagai jenis aplikasi tentang produk dan servis anda.

Ia adalah penting untuk anda ingat bahawa tawaran anda adalah menarik kepada pelanggan kerana pelbagai sebab.

Anda perlu mencari kesemua sebab tersebut.

Langkah 4: Tentukan Saluran Yang Ingin Digunakan

Selepas anda menentukan siapa yang anda mahu bercakap, anda boleh memilih saluran yang diingini, strategi dan alat yang mahu digunakan.

Untuk kebanyakan syarikat B2B, media sosial yang terbaik adalah LinkedIn.

Kenapa?

Kerana 80% penukaran B2B di sosial media adalah dibuat di LinkedIn.

Kelebihan LinkedIn adalah anda boleh mendekati pembuat keputusan di dalam perniagaan yang kecil mahupun besar.

Tetapi anda tidak boleh bergantung kepada itu sahaja. Anda memerlukan strategi baru untuk menarik, memupuk dan kekalkan penonton sasaran anda sekarang ini.

Cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan memasarkan kandungan. Strategi kandungan yang baik akan memberikan kelebihan besar kepada perniagaan anda.

Menurut kepada Neil Patel, pertumbuhan tahunan di tapak trafik unik adalah 7.8x lebih tinggi untuk ketua pemasaran kandungan jika dibandingkan dengan pengikut.

Satu lagi saluran efektif adalah dengan mempertimbangkan majlis rangkaian.

Anda tidak boleh lari dari majlis tersebut.

Langkah 5: Tentukan KPI (Key Performance Indicator) dan Cara Anda Memantau ROI (Return on Investment)

Anda perlu menentukan metrik yang penting untuk perniagaan anda.

Perkara yang paling jelas adalah jumlah jualan. Meskipun demikian, perkara lain boleh jadi jumlah kenalan di dalam rangkaian yang anda dapat pupuk melalui pemasaran kandungan atau jumlah pelanggan di dalam senarai emel anda atau jumlah orang di dalam kumpulan Facebook.

KPI adalah berlainan dari satu perniagaan ke satu perniagaan, kenal pasti KPI anda dan letakkan di dalam sistem untuk menjejakinya.

Aspek yang penting untuk anda ingati termasuklah ROI anda.

Ia menunjukkan betapa efektif strategi anda dan ia akan menyatakan sama ada anda berada di jalan yang betul.

Formula yang biasa digunakan untuk mengira ROI adalah: ROI = pendapatan bersih/jumlah pelaburan.

Mudah kan?

Langkah 6: Tentukan Proses Jualan Anda

Apabila anda sampai ke tahap ini, anda akan mengetahui arah tuju pembuat keputusan dalam organisasi anda dan industri apa yang mereka tumpu dan saluran mana yang akan digunakan untuk anda capai

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?

Sekarang, anda perlu menetapkan urutan langkah tindakan yang mudah diikuti dan di ulangi.

Sumber Prospek

Ia merupakan bahagian yang paling bosan di dalam pekerjaan. Anda perlu memberi sumber prospektif ketua.

Berhubungan Dengan Mereka

Anda perlu mendekati mereka dengan matlamat untuk mendapatkan penerokaan panggilan telefon.

Lakukan Kerja Rumah

Kenali mereka dan juga syarikat mereka. Lebih banyak infomasi yang dikumpulkan, lebih baik. Matlamatnya adalah untuk memahami dari sudut mana yang anda boleh dekati untuk mengenal pasti masalah mereka agar anda boleh mula mengenalkan produk anda.

Bercakap Dengan Mereka

Jika anda ingin bercakap dengan mereka, jangan mulakan terus dengan mengenalkan produk anda.
Tiada siapa yang menyukai pengenalan produk secara terburu – buru.
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah tentang mereka, bukan tentang anda atau produk anda.

Tutup Atau Lepaskan

Anda perlu memahami jika anda boleh membantu anda. Jika servis anda tidak membantu, bertindak secara jujur, beritahu mereka dan lepaskan mereka. Cubaan yang terlalu kuat akan merosakkan reputasi syarikat dan anda.

Namun, jika servis anda bernilai kepada mereka. Teruskan.

Langkah 7: Letakkan Semua Di Dalam Tindakan Anda Dan Pantau Keputusan

Sekarang anda boleh lakukan kesemuanya. Anda sudah mempunyai segalanya untuk mencipta Pelan Pembangunan Perniagaan Yang Berjaya.

Kesimpulan

Pelan Pembangunan Perniagaan adalah salah satu cara untuk membuatkan anda berjaya pada masa hadapan.

Anda perlu ingat bahawa, anda tidak boleh membuat pelan yang terlalu tegar. Pelan yang boleh disesuaikan adalah salah satu kualiti penting yang anda perlukan untuk bertahan di dalam perubahan pasaran.

Seperti yang dikatakan oleh Mike Tyson, “semua orang mempunyai pelan tersendiri sehingga mereka ditumbuk di mulut.”

Apakah langkah lain yang akan diambil oleh anda untuk mencipta pelan pembangunan perniagaan yang berjaya?

 

Sumber asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.