Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Standard Chartered Lancarkan Bank Digital Untuk Kegunaan Telefon Pintar Di Ghana.

1.91K 0

Pada 22 Februari 2019 yang lalu, bank Standard Chartered di Ghana telah mengumumkan pelancaran rasmi aplikasi bank digital mudah alih yang dinamakan sebagai Standard Chartered Mobile (SC Mobile) bagi memenuhi kehendak Bank untuk menyediakan gaya hidup digital terbaik untuk para pelanggan mereka.

Aplikasi ini dibangunkan hasil dari maklum balas berterusan dari pelanggan, menggabungkan teknologi inovatif untuk membolehkan pelanggan melaksanakan semua aktiviti perbankan dari telefon pintar.

Kini, pelanggan-pelanggan baru Standard Chartered  boleh membuka akaun bank dan menyediakan semua dokumen pengesahan dengan memuat naik ke aplikasi dan menyelesaikan proses ‘onboarding’ dalam beberapa minit sahaja. Proses ini hadir dengan kad debit percuma yang memberi hak kepada pelanggan untuk program kesetiaan ganjaran Bank 360.

Kad debit akan dihantar kepada pelanggan menerusi Ghana Post yang menjadikannya sebagai proses onboarding digital yang lengkap tanpa pelanggan perlu pergi ke cawangan-cawangan Standard Chartered di Ghana

Melalui pelancaran bank digital ini, Standard Chartered menawarkan perkhidmatan perbankan yang selamat melalui telefon pintar untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah dengan pantas pada skala yang betul. Pelanggan akan terus menikmati faedah eksklusif daripada peningkatan bilangan kerjasama dari syarikat-syarikat pelancongan, beli-belah dan makanan-minuman.

Bagaimana dengan pengguna bank Standard Chartered di Malaysia? Sudahkah anda menggunakan aplikasi tersebut untuk urusan harian anda? Sekiranya belum, anda boleh dapatkan aplikasi Standard Chartered Mobile di App Store dan Google Play Store.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.