Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Mark Zuckerberg Menghadap Kongress. Berikut Key Point Yang Perlu Anda Tahu.

2.7K 0

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa SenatKehakiman dan Perdagangan untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan peranan rangkaian media social dalam pilihanraya presiden 2016 dan bagaimana ia menangani data. Zuckerberg membalas dengan memberikan jawapan bagaimana Facebook akan menangani pilihan raya pada masa depan, sama ia dimonopolikan dan bagaimana ia perlu dikawal.

Berikut adalah beberapa key moment dari pembicaraan tersebut.

Facebook tidak memaklumkan FTC engenai pembocoran data

Zuckerberg berkata Facebook tidak memaklumkan Federal Trade Commission mengenai pembocoran data Cambridge Analytica dari tahun 2015 kerana menganggap kes tersebut “telah ditutup.”

Sebanyak 87 juta profile pengguna Facebook telah di tuai oleh sebuah quiz app dan data dikumpul dijual kepada konsultan politik Cambridge Analytica yang menyokong Donald Trump pada pilihanraya. Facebook menuntut pembuat quiz app tersebut dan Cambridge Analytica untuk memadamkan data. Facebook telah diberi jaminan bahawa ia telah dilakukan pada 2015. Walaubagaimanapun terdapat laporan baru-baru ini yang mencadangkan data tersebut masih lagi wujud. Cambridge Analytica menafikan perkara tersebut.

Facebook mengakui mereka tida memeriksa sama ada data tersebut telah dipadam setelah membuat tututan kepada Cambridge Analytica untuk berbuat demikian.

“We considered it a closed case. In retrospect that was clearly a mistake. We shouldn’t have taken their word for it,” Zuckerberg memberitahu senat.

Jawatankuasa Kehakiman dan Perdagangan Senat

“Anda tidak rasa seperti memonopoli?”

Terdapat sedikit perbalahan antara Sen. Lindsey Graham, R-S.C., dan Zuckerberg terhadap sama ada Facebook memonopoli atau tidak.

Graham meminta Zuckerberg untuk menamakan beberapa pesaing dimana beliau merujuk kepada Google, Apple, Amazon dan Microsoft. Senator Graham terus menyoal dan akhirnya bertanya, “You don’t think you have a monopoly?”

Zuckerberg berkata “Doesn’t feel like that to me.”

Baca pertukaran penuh disini

Bagaimana Facebook akan menguruskan campur tangan pilihanraya pada masa akan datang?

Dengan yakin. Itu mesej yang disampaikan Zuckerberg yang merasakan rangkaian social dilengkapi dengan baik untuk menangani pilihanraya yang akan datan seperti 2018 U.S. midterms dan pilihanraya di luar negara seperti di India dan Brazil.

“This is an arms race. They’re (potential groups that want to intervene) going to keep on getting better at this. And we need to invest in keeping on getting better at this too,” Zuckerberg berkata.

“I have more confidence that we’re going to get this right,” tambahnya.

Regulation

Zuckerberg dengan jelas menyatakan beliau terbuka kepada peraturan dan secara asasnya tidak menggangu model perniagaan Facebook.

“My position is not that there should be no regulation,” Zuckerberg katanya.

“I think the real question, as the internet becomes more important in people’s lives, is what is the right regulation, not whether there should be or not.”

Versi berbayar Facebook?

Ketua Pegawai Operasi Sheryl Sandberg memberitahu NBC News pada minggu lepas, pengguna mungkin dikenakan bayaran jika tidak ingin data mereka digunakan dan sebagai sasaran pengiklanan.

Zuckerberg menjelaskan dengan berkata “there will always be a version of Facebook that is free.” Beliau menerangkan model berasaskan pengiklanan adalah sejajar dengan misi mereka untuk menghubungkan masyarakat sedunia.

“Most aligned with our mission of trying to connect everyone in the world, because we want to offer a free service that everyone can afford.”

Sheryl Sandburg semasa ditemuramah pada NBC. Sumber gambar.

“Your user agreement sucks”

Facebook dibedil kerana tidak mempunyai penerangan yang jelas mengenai bagaimana data dikumpul dan digunakan. Republican Sen. John Kennedy of Louisiana menyorot perkara tersebut dengan komen yang pedas.

“Here’s what everyone’s been trying to tell you today — and I say it gently — your user agreement sucks,” Kennedy berkata. “The purpose of a user agreement is to cover Facebook’s rear end, not inform users of their rights.”

Zuckeberg berkata beliau membayangkan “kebanyakkan pengguna tidak membaca secara keseluruhan,” tetapi “berpeluang” untuk berbuat demikian.

Facebook: Tech firm atau publisher?

Perdebatan mengatakan sama ada Faceboook adalah sebuah publisher atau hanya sekadar pelantar teknologi berlanjutan dan di bangkitkan pada sesi tersebut. Sen. Dan Sullivan, R-Alaska, bertanya Zuckerberg bagaimana beliau mengkatagorikan Facebook.

“When people ask us if we’re a media company or a publisher, my understanding is — what the heart of what they’re really getting at is — do we feel responsibility for the content on our platform?” Zuckerberg berkata.

“The answer to that, I think, is clearly yes, but I don’t think that’s incompatible with fundamentally, at our core, being a technology company where the main thing we do is have engineers and build products.”

Sumber Asal

Tonton Video Penuh dibawah:

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.