Baru-baru ini Fenox Venture Capital yang berpangkalan di Silicon Valley, telah memasukkan Malaysia ke dalam STARTUP World Cup edisi 2018. Pusingan akhir peringkat rantau ini diadakan di Kuala Lumpur bertempat di Sunway iLabs. Menurut pengurus rantau SEA Retno Dewati, Fenox melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi untuk mengeluarkan Syarikat Permulaan yang bertaraf dunia.
RunCloud.io membuktikannya dengan mencul juara, selepas bersaing dengan DahMakan, CapFiX, FatBerry, Moneybay, VAV, Swag, PolicyStreet, Neurowave and Lunaz. Syarikat yang bertanding, masing-masing menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai bidang merangkumi fintech, insurtech, penghantaran makanan, teknologi blockchain, telekomunikasi, adtech dan banyak lagi.
Mewakili RunCloud, Arif Tukiman membentangkan bagaimana RunCloud membantu syarikat-syarikat tidak kira saiz operasi, mendapatkan sebuah pelayan web yang selamat dan berkesan pada kos harga yang lebih rendah. Hujahnya lagi, syarikat tidak perlu menghadapi kerumitan sebuah pentadbiran pelayan. Malah, pasukan pengaturcara dalaman syarikat akan mendapat manfaat dengan mempelajari konsep dan kerangka kerja yang baru.
“RunCloud.io adalah panel pelayan web moden yang hanya mengambil masa 15 minit untuk menukar sistem web kepada awan, mempercepatkan proses sebanyak 90% menjadikan ia lebih kos efektif secara keseluruhannya”
Menurut laman Vulcanpost.com, kemenangan RunCloud tidak dijangka memandangkan terdapat syarikat permulaan lain yang memberikan pembentangan yang lebih baik dari segi karisma, semangat (passion) dan menyentuh emosi. Sebaliknya, kemenangan jelas ditentukan berdasarkan kefahaman hakim terhadap latar perniagaan dan merasakan RunCloud mempunyai produk lebih berdaya maju diperingkat global disokong oleh angka-angka yang memberangsangkan.
Pengasas dan pengarah Jirnexu Hann Liew berkata, penentuan kemenangan berdasarkan tema pusat kepada siapa yang mempunyai markah yang lebih baik.
“kadang-kala angka membantu memberikan panduan dalam membuat keputusan”
Barisan hakim merasakan bahawa RunCloud adalah sebuah syarikat Malaysia yang mampu berdiri dipentas global dan berkata “Kami ada penyelesaian yang boleh diaplikasikan bukan sahaja di tempat kami tinggal malah di mana-mana sahaja”. Ia sebuah syarikat solusi deep-tech yang mampu berdiri megah di pentas global.
Barisan hakim dan Juara RunCloud. Sumber gambar
Thoo Wee Meng dari Leonie Hill Capital pula berpendapat, undinya terhadap RunCloud adalah berdasarkan kemampuan terhadap teknologi mendalam mampu berdiri dan bersaing diperingkat global dari perspektif teknologi.
“Saya melabur diperingkat global dan kebanyakkannya dari Silicon Valley. Saya boleh kata bahawa RunCloud telah menarik perhatian saya dalam sekelip mata, selepas melihat kadar pertumbuhan antara dua suku tahunan.”
“Mereka mendapatkan pengguna merentas sempadan dan dengan pantas pengguna mendaftar; ia adalah satu formula kejayaan yang telah mereka miliki.”
Menurut Wee Meng, tidak kira saiz syarikat sama ada multinational, kecil atau sederharna mahupun syarikat permulaan, jika melibatkan diri dalam pembangunan awan, maka satu pelantar yang tangkas, selamat dan kos-efektif amat diperlukan.
“Kami melihat kepada landskap pasaran secara keseluruhan, terdapat syarikat yang bagus di USA, tetapi saya berpendapat sebagai sebuah syarikat Malaysia, saya rasa mereka mampu bersaing secara kos-efektif.”
“Pasaran cloud-hosting adalah satu pasaran yang sensitif terhadap harga” kata Wee Meng.
Beliau juga berpendapat jika harga dapat kurangkan (disrupt) sebanyak 20% hingga 30%, maka ramai pengguna akan datang. Wee Meng percaya, syarikat permulaan Malaysia mampu memperolehi kelebihan dari segi kos dari negara lain disebabkan oleh kos operasi yang rendah. RunCloud berupaya untuk menggunakan set kemahiran teknikal untuk bersaing dengan pemaing global.
Menurutnya lagi, mereka telah melihat banyak tanda-tanda berdasarkan track record, bukan sahaja pelanggan dari Malaysia mahupun dari Asia, malah secara global di mana syarikat menghampiri mereka disebabkan user experience mendapat markah yang tinggi.
Arif Tukiman mewakili Runcloud membuat pembentangan. Sumber Gambar
Kesimpulan Menurut Pendapat Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen.
Sebahagian besar syarikat permulaan berjalan dengan baik secara tempatan seperti Policy Street yang mempunyai pembentangan yang rapi dan perniagaan yang bagus. Walaubagaimanapun, apabila dibentangkan di Silicon Valley, disebabkan terdapat banyak perniagaan yang mempunyai model perniagaan yang sama, ia mungkin tidak mendapat perhatian. Oleh sebab itu, hakim-hakim acara ini lebih melihat kepada syarikat teknologi mendalam yang dipercayai mempunyai tarikan di peringkat global daripada persembahan pembentangan yang menarik.
“Saya selalu berfikir bahawa lebih baik ada isi, dan persembahan pembentangan boleh datang kemudian”
Beliau juga memberikan tips kepada Arif sambil ketawa, bagaimana untuk mempersembahkan pembentangan di Silicon Valley atau pasaran lebih besar. Matt mengatakan terdapat ramai pemain yang melakukan perkara yang sama dan cabaranya adalah menyampaikan dalam bentuk di mana audien dapat tangkap apa yang syarikat Arif lakukan dan apa yang membezakan beliau dengan pemain lain yang wujud dalam pasaran.
Ekosistem telah berkembang di Malaysia. Menurut Matt, 5 tahun yang lepas, banyak pembentangan (pitch) yang bagus tanpa isi, tetapi kini, semakin banyak produk, MVP dan traction disertakan dengan angka-angka yang menyokong disahkan oleh pelanggan benar yang diperolehi.
Peringkat seterusnya yang sedang berlaku dengan kerap adalah syarikat Malaysia diperolehi oleh syarikat perbadanan besar atau syarikat permulaan masuk IPO bertujuan untuk berkembang dengan lebih besar.
Sebagai juara RunCloud akan hadir ke pelbagai bengkel, majlis rangkaian, dan acara kemuncak pada 11 May 2018 di mana syarikat permulaan dari serata dunia akan membentangkan (pitch) idea mereka terhadap barisan panel hakim yang terkenal dan berpeluang untuk membawa pulang piala serta memenangi hadiah US $1 juta dalam bentuk pembiayaan.
Barisan hakim Malaysia Regional adalah Ketua Ekosistem Pembiayaan MDEC Balasubramaniam A, Pengarah Sunway iLabs Matt van Leeuwen, pengasas dan pengarah Jirnexu Hann Liew, Ketua Pelaburan – Sektor Teknologi Media dan Telekom Leonie Hill Capital Thoo Wee Meng, Sun Sea Capital Venture Principal Chua Seng Teong dan Ketua Pegawai Eksekutif Captii Ventures Ng Sai Kit.
Sumber Vulcanpost DigitalNewsAsia Bernama