HONG KONG – Kumpulan Alibaba telah mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan Jack Ma akan meletakan jawatan sebagai pengerusi dan memperkenalkan rancangan pertukaran kepimpinan bagi memimpin syarikat gergasi e-dagang tersebut menghadapi situasi persekitaran yang tidak menentu di China.
Ko-pengasas Alibaba, Jack Ma telah memimpin syarikat gergasi tersebut sejak 19 tahun yang lepas, akan melepaskan jawatan setahun dari sekarang bermula semalam. Beliau akan digantikan oleh Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba terkini.
Menurut jurucakap Alibaba, perubahan tersebut bertujuan untuk memupuk pelan peralihan jangka panjang dan mengurangkan kebergantungan kepada seorang individu. Walaubagaimanapun, Jack Ma akan kekal terlibat bersama Alibaba dan lembaga sehingga 2020 bersama-sama dengan barisan pengurus senior yang mempunyai kawalan yang signifikan terhadap perniagaan dan rakan sekutu.
“Peralihan ini mendemonstrasikan bahawa Alibaba telah mengambil satu langkah ke depan ke peringkat tadbir urus korporat yang seterusnya dari sebuah syarikat yang bergantung kepada individu, ke sebuah syarikat dibina berdasarkan sistem organisasi cemerlang dan budaya perkembangan bakat” dalam satu kenyataan oleh Jack Ma.
Dalam satu sesi temubual bersama The Times. Jack Ma berkata, persaraan beliau akan menjadi permulaan kepada era yang baru. Menurutnya lagi, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan campurtangan kerajaan China dalam perniagaan atau persekitaran perniagaan yang lemah.
Di bawah kepimpinan Jack Ma, Alibaba telah menjadi salah satu syarikat teknologi terbesar di dunia. Ia telah mendominasi e-dagang di China, sebuah pasaran tunggal terbesar pengguna internet. Beratus-ratus juta rakyat China menggunakan Alipay, sistem pembayaran elektronik, untuk membeli pakaian, gajet, menempah makanan, dan sebagainya. Lonjakan pertambahan pengguna internet di China telah menyebabkan permodalan pasaran meningkat setanding dengan Facebook.
Baca disini surat Jack Ma kepada pelanggan, Aliren dan pemegang saham
Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group akan menggantikan Jack Ma sebagai Pengerusi Lembaga Alibaba Group bermula 10 September 2019. Jack Ma akan terus menjadi Pengerusi Eksekutif di Alibaba selama 12 bulan akan datang untuk peralihan jawatan Pengerusi kepada Zhang berjalan dengan lancar. Selepas itu, beliau berhasrat untuk kekal di Lembaga Pengarah Alibaba sehingga mesyuarat pemegang saham tahunan 2020.
“Proses melepaskan Alibaba kepada Daniel dan pasukannya adalah keputusan yang tepat pada masa yang tepat, kerana saya tahu dari bekerja dengan mereka bahawa mereka sudah bersedia dan saya mempunyai keyakinan penuh pada generasi pemimpin kita yang akan datang.” kata pengasas Alibaba Group, Jack Ma.
Beliau merancang untuk meneruskan peranannya sebagai founding partner dalam Alibaba Partnership yang merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada 36 pemimpin senior yang diamanahkan dengan misi, visi dan nilai syarikat.
Daniel Zhang telah bersama Alibaba Group selama 11 tahun. Sejak dia mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau telah menunjukkan bakatnya yang luar biasa, ketajaman perniagaan dan kepemimpinan.
Di bawah pengawasannya, Alibaba telah melihat pertumbuhan yang konsisten dan mampan selama 13 suku tahun berturut-turut. Sehubungan dengan itu, media berita perniagaan China telah menamakannya Ketua Pegawai Eksekutif No.1 pada 2018.
“Saya juga mahu kembali ke bidang pendidikan kerana inilah yang saya suka lakukan.” – Jack Ma, Pengasas Alibaba Group
[…] Baca Surat Dari Jack Ma Jack Ma Letak Jawatan Tahun Depan Fenomena Cord Cutters Menular Dikalangan Masyarakat Malaysia. Soal Jawab Menggaji Pekerja […]
[…] Jack Ma Letak Jawatan Tahun Depan […]