Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Kebenaran Godaman Ke Atas Sistem Perbankan Internet CIMBClicks

Penambahan fungsi reCaptcha dan pertambahan kepanjangan aksara katalaluan menyebabkan pengguna membuat anggapan bahawasanya aplikasi CIMBClicks telah digodam.
4.42K 0

Sekali lagi pada minggu ini kita digegarkan dengan perihal isu keselamatan pada perbankan atas talian CIMB. Walaupun pihak CIMB telah mengeluarkan kenyataan rasminya, situasi tersebut masih menjadi tanda tanya kepada pengguna seluruh Malaysia; terutama mereka yang menjadi mangsa kepada kehilangan wang daripada transaksi yang tidak diketahui daripada PayPal.

Walaupun kejadian ini menjadi tular seketika di media sosial dan ada pengguna yang menjadi mangsa tersebut telah dilayan sewajarnya oleh pihak PayPal dan CIMB, perkara ini melegakan sedikit mangsa kepada kes tersebut, soalannya bagaimana perasaan pengguna CIMB yang lain?

Netizan dan tular adalah sangat sinonim dalam era penggunaan Sosial media hari ini. Jika tidak ditangani dengan betul, perkara ini mengundang kekalutan kepada seluruh rakyat Malaysia, persoalannya adakah benar aplikasi atas talian CIMB selamat?

Saya diberi kesempatan untuk berkongsi pendapat di dalam satu rancangan di Bernama TV dua (2) hari lepas, apa yang saya nak sampaikan di sini adalah, CIMB telah mengemukakan kenyataan mereka berkenaan isu laman mereka di godam, penggunaan fungsi reCAPTCHA yang dimanipulasi oleh penggodam dan juga penyelarasan aksara dengan kepanjangan 20 (daripada 8) yang membawa kepada serangan Buffer Over Flow dan pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh netizen; yang pada hakikatnya ini semua TIDAK BENAR.

Apa yang berlaku adalah, panik yang tidak ditenangkan oleh segera oleh pihak CIMB dan sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh mereka, sistem mereka tidak digodam; malah ditingkatkan.

APA SEBENARNYA?

Notis Penting tentang penukaran katalaluan dan penerangan tentang bilangan aksara yang ditingkatan kepanjangannya.

Apa yang berlaku sekarang, panik tidak disertakan dengan tindakan yang segera oleh pihak CIMB. Begitu besar pengaruh Media Sosial seperti Facebook ini, menambahkan barah kepada permasalahan utama tadi. Terdapat netizen yang berkongsi kaedah penggodaman ke atas akaun mereka sendiri.

Ada netizen yang berkongsi pengalaman meraka kehilangan wang hasil daripada penolakan aplikasi PayPal yang menambah kekalutan ini. Sebenarnya kita semua maklum, ia terjadi atas transaksi PayPal, tetapi bagaimana boleh ia dikaitkan dengan penggodaman laman web CIMB Clicks?

APA PENGUNA PERLU LAKUKAN?

Pengguna harus menukar segera katalaluan mereka, sebagai langkah keselamatan. Ini pernah dilakukan sendiri oleh Facebook, aplikasi MyFitnessPal dan mungkin juga aplikasi-aplikasi web mahupun mobile lain bagi tiada kejadian yang menyedihkan berlaku lagi. Apa yang pasti pengguna harus lebih peka terhadap persekitaran mereka.

Sensitif dan sentiasa vigilant. Penggunaan wifi percuma di tempat umum yang sebenarnya sangat merbahaya. Bayangkan jika diantara komunikasi ada seseorang yang sedang mendengar komunikasi anda (eavesdropping technique dalam terma godaman) dan juga ada aktiviti sniffing yang sedang dilakukan oleh mereka yang tidak sepatutnya.

Dan yang paling merbahaya, penyerang ini menanam malicous code mereka ke dalam komputer / telefon pintar anda yang sebenarnya apa yang dikatakan sebagai keylogger yang menyimpan dan menghantar maklumat peribadi anda seperti katalaluan dan katanama anda untuk memanipulasi akaun anda. Kita tidak akan tahu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.