Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

CEO Favoriot Dr. Mazlan Abbas, Kedudukan 10 Teratas 100 IoT Influencers

5.89K 2

Jika anda baca pencapaiannya sahaja, pasti merasa kagum. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot Sdn. Bhd, berada pada kedudukan 50 teratas Most Impactful Smart Cities Leaders oleh World CSR Congress 2017, 10 Teratas pada IoT Top 100 Influencers oleh Postscapes 2017, Kedudukan ke 20 Thought Leader in IOT by 2014 Onalytics Report, 100 Teratas Thought Leaders and UTM Alumni Industry Personality 2016.

Beliau juga merupakan ahli lembaga Global Vision, bekas Ketua Pegawai Eksekutif REDtone IOT dan juga pernah berkhidmat di MIMOS Berhad sebagai Senior Director Wireless Communications Cluster. Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan-jawatan senior dalam pengurusan di CELCOM.

Berkelulusan Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik(1984), Sarjana Telematics dari University of Essex (UK) (1986) dan Ph.D dalam bidang Telekomunikasi (1993) Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga penerima anugerah Kedoktoran Kehormat dari UHTM (2017) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Otakit.my ingin ucapkan tahniah kepada Dr. Mazlan Abbas kerana berjaya menduduki tempat pertama pada cartai Top IoT Influencers yang di keluarkan oleh Postscapes. Menurut Dr. Mazlan, untuk menjadi seorang Influencer, seseorang itu perlu aktif dan mempunyai semangat yang tidak mudah luntur.

Dengan bantuan media sosial, beliau kerap bekongsi pandangan persendiriannya terhadap industri IoT dan berinteraksi dengan pengikut dalam blog IoT World, Facebook, LinkedIn dan Twitter sejak tahun 2014. Sehubungan itu, beliau kerap memberikan ceramah di persidangan dan seminar IoT, bandar pintar dan telekomunikasi selain menjadi Panel Penasihat Industri untuk beberapa universiti tempatan.

Memorandum Kerjasama antara Favoriot can Universiti Malaysia of Computer Science & Engineering

IoT atau Internet of Things, bukanlah sesuatu perkara yang baru dan ia dikenali sebagai gelombang tsunami ketiga. IoT adalah kesinambungan daripada gelombang tsunami Internet yang pertama iaitu Internet talian tetap dan kemudian nya Internet talian mudah alih sebagai gelombang tsunami kedua.

” IoT membuka banyak peluang kepada perkhidmatan yang lebih canggih apabila peranti (devices) atau mana-mana bentuk aset yang mempunyai sensor di hubungkan ke Internet di mana data nya boleh memberi jawapan yang lebih tepat dan efisyen.” kata Dr. Mazlan.

Sebagai penggerak IoT, beliau ingin melihat perkembangan industri IoT di Malaysia lebih cepat maju ke hadapan dengan memberi kesedaran betapa penting nya teknologi IoT untuk negara.

“Oleh itu, kita amat memerlukan lebih ramai bakat IoT untuk membawa Malaysia ke arah Revolusi Industri ke-4.”

Walaubagaimanapun, ramai orang masih melihat IoT di Malaysia sebagai suatu konsep yang baru. Bagi Dr. Mazlan, ia adalah satu cabaran yang besar sepanjang mengerakkan IoT. Tidak ada syarikat yang boleh mengatakan ia boleh menawarkan perkhidmatan IoT secara menyeluruh, menurutnya.

“Ekosistem IoT mestilah mantap dan perlu bekerja antara satu sama lain. IoT selalu di jayakan oleh Startup kerana mereka lebih berinovasi dan cepat. Organisasi yang besar pula merasakan ia sesuatu yang baru untuk digerak kan secara besar-besaran. Startup memerlukan sokongan dari kerajaan dan pelabur untuk terus memberi “nafas” kepada mereka kerana sesuatu inovasi bukan boleh terus berjaya dalam jangka masa setahun atau dua.”

Beliau agak kecewa terhadap perkembangan IoT di Malaysia yang agak perlahan kerana penghalang terbesar implementasi dalam sesebuah organisasi adalah kerana sikap endah tak endah serta sifat merasa lebih selesa dalam keadaan sekarang.

“Untuk maju kedepan saya merasakan kita memerlukan initiasif yang drastik dan berani dari kesemua pihak.”

Menurutnya lagi, Malaysia ketinggalan 3 hingga 5 tahun berbanding negara jiran, Singapura. Singapura adalah contoh terbaik terutamanya di rantau ASEAN dan secara global kerana telah mencapai kedudukan Bandar Pintar yang tertinggi di dunia dan kini mereka sedang menguji teknologi teksi tanpa pemandu.

“Jika kita melihat fasa kematangan IoT dari fasa memantau ke fasa mengawal dan seterusnya ke fasa mengoptimakan dan mengotomasikan, banyak daripada negara-negara maju sudah pun memulakan fasa ke-4 tersebut.”

Dr. Mazlan telah lama berkecimpung dalam bidang IoT sejak tahun 2000 ketika beliau berkhidmat di Celcom. Banyak penyelidikan IoT juga telah dijalankan semasa beliau berada di Mimos. Kini, sebagai salah seorang Panel Industri untuk beberapa Universiti tempatan, beliau mendapati banyak Universiti masih belum menerapkan elemen IoT sepenuhnya dalam silibus mereka.

“Walaupun sekarang hampir kesemua Universiti sudah mula memperkasakan silibus mereka tetapi graduan tersebut hanya akan keluar beberapa tahun lagi.”

Beliau juga mendapati, syarikat dari Malaysia lebih berjaya menjual barangan dan produk mereka diluar negara berbanding di dalam negara.

Dr. Mazlan kerap menyampaikan idea dan pandangannya di laman blog persendirian IoT World. Blog ini berperanan untuk menyampaikan maklumat mengenai IoT. Dalam pergaulan harian serta perjumpaan dengan ramai pihak, beliau mendapati kesedaran mengenai IoT dan bagaimana hendak memulakan langkah pertama dalam perjalanan mereka untuk melaksanakan projek IoT masih di tahap yang rendah.

Oleh itu, objektif utama IoT World adalah untuk membantu pihak yang berminat dengan IoT tetapi tidak tahu di mana dan cara bagaimana hendak mengorak langkah pertama. Blog ini memberi tip-tip yang mudah serta memberi peluang pihak industri dan Universiti untuk berkongsi aktiviti IoT mereka.




Selain aktif berceramah dan menulis, Dr. Mazlan Abbas juga sibuk menguruskan syarikat permulaannya, Favoriot yang memfokuskan kepada kepada Internet of Things. (IoT). Produk terbaru keluaran syarikatnya, Raqib adalah sebuah aplikasi dan peranti yang memberi perkhidmatan pintar kepada pelanggan yang akan menunaikan fardu Haji atau Umrah. Ia berupaya menjejaki Jemaah serta memantau kesihatan dan keselamatan mereka.

Antara lain produk keluaran FAVORIOT adalah Favorwatch, berfungsi memantau orang-orang tua yang duduk di rumah, Favorsense bagi membantu Majlis Perbandaran menyelesaikan masaalah orang ramai dan Platform FAVORIOT yang dapat membantu Universiti-Universiti meningkatkan lagi kemahiran graduan dalam bidang IoT.

Berpandangan jauh, beliau melihat tidak banyak perubahan akan berlaku jikalau inisiatif tidak diterima pakai. Perlu adanya satu kejutan dari pihak Kerajaan, membantu dan memberi sokongan terhadap industri ini jika ingin melihat negara sebagai sebuah pengeluar produk IoT.

“Tahap Generasi-IoT di Malaysia masih lagi rendah. Kita sudah ada Pelan IoT Kebangsaan dan Pelan Industri 4.0 malahan ada berbagai-bagai Pelan yang lain maka saya rasa ini bukan masa untuk membuat pelan yang baru tetapi perlu tekan kan pelaksanaannya.”

Menurutnya, Industri seperti IoT membantu menjana pekerjaan baru dan negara perlu menyediakan sebanyak peluang pekerjaan apabila graduan dan pakar dalam bidang tersebut di lahirkan dalam masa 3 hingga 5 tahun nanti.

“Teknologi IoT ini adalah seperti sebuah roda stereng dan kita hanyalah sebagai pemandunya.”

Dr. Mazlan Abbas