Pengenalan Crypto Currency
Apa itu Crypto Currency
Cryptocurrency adalah sebuah teknologi menghasilkan matawang digital yang menggunakan kriptografi sebagai method yang mustahil untuk dipalsukan.
Bagaimana Nilai Cryptocurrency ditentukan?
- Nilai harga dari cryptocurrency sebahagian besar ditentukan oleh kekuatan EXCHANGE (buy and sell) dari para pengguna teknologi ini.
- Kesusahan Melombong (Difficulty): Difficulty juga memainkan peranan kepada pengukuhan harga Cryptocurrency.
Ada berapa jenis Cryptocurrency di dunia ini?
- Menurut data yang dikeluarkan oleh coinmarketcap.com sudah lebih dari 500 cryptocurrency diciptakan. Beberapa cryptocurrency memiliki konsep yang berbeza antara satu samalain dan beberapa memiliki konsep yang meniru coin lainnya.
Apakah Altcoin dan Bitcoin?
Altcoin adalah sebutan bagi cyptocurrency selain dari Bitcoin iaitu akronim dari Alternate Coin.
Simbol Bitcoin & Altcoin yang mahsyur adalah:
Bitcoin : BTC
Ethereum : ETC
Litecoin : LTC
DigitalCash : Dash
Zcash : ZCH
Algorithm Bitcoin & Altcoin
Bitcoin: SHA256
Litecoin: Scrypt
Dash: X11
Ethereum: Dagger Hashimoto
Zcash: Equihash
Apa itu HASHRATE?
Hashrate dalam bahasa mudahnya ialah KEKUATAN POWER (kerana hashrate dijana dengan kecanggihan CHIP Asic dan sumber utama untuk jana Hash adalah Electrical Power). Lebih tinggi Hashrate, lebih baik untuk melombong kerana ia meningkatkan peluang anda untuk menjumpai BLOCK dan mendapatkan reward.
Melombong / Mining adalah process dimana BLOCK baru dicipta / dijumpai dan kesemua transaksi Cryptocurrency disahkan.
Apa itu difficulty
Angka yang menentukan seberapa sukar untuk melakukan HASH pada sebuah blok baru. Ini berkaitan dengan jumlah maksimum yang diizinkan dalam porsi numerik dari sebuah proses hash transaction block. Semakin rendah HASHING POWER, semakin sukar untuk mencari block-block baru.
Difficulty paling mudah difahami seperti berikut:
- Difficulty Menaik: Semakin *RAMAI miners semakin TINGGI network HASHING rate. Maka difficulty pun menaik.
HASHING POWER tidak ditentukan oleh seberapa ramai miners, tetapi ditentukan oleh keupayaan ASIC untuk menghasilkan HASH power. Sebagai contoh Antminer S7 hanya mampu menghasilkan 4.5 Terahash/second, sedangkan Antminer S9 mampu untuk menghasilkan 14 Terahash/second. Jadi jika Mat mempunyai 1 biji Antminer S9, maka Dol perlukan 3 biji Antminer S7 untuk menyamai kekuatan HASH dengan Mat. - Difficulty Menurun: Semakin *RAMAI miners MENUTUP / OFF Mesin mining mereka / keluar meninggalkan mining, semakin RENDAH network HASHING rate. Maka difficulty pun menurun. Namun, jarang sekali ianya berlaku kerana dengan meningkatnya populariti dan permintaan coin tertentu (seperti bitcoin) telah meningkatkan daya persaingan masuk ke dalam network (dengan bertambahnya miner-miner baru) bererti difficulty sentiasa ahaja menaik.
Power Consumption dan Efficiency.
Formula mudah untuk mengira power efficiency dan kos effective ialah:
HASH RATE TINGGI : POWER RENDAH
Sebagai contoh. Anda boleh mendapatkan 14 Terahash/second dengan:
= 1 biji Antminer S9 hanya dengan 1372W
= 3 biji Antminer S7 dengan jumlah 3870 W (1290W sebiji)
Ini bermakna 1 biji Antminer S9 adalah lebih power efficient dan kos effective berbanding memiliki 3 biji Antminer S7 untuk menghasilkan HASRATE yang sama.
Wallet adalah tempat simpanan cryptocurrency. Anda akan dibekalkan dengan Wallet Address. Nombor Wallet Address (dalam fiat money sama seperti No Akaun tetapi tidak mempunyai nama) contohnya seperti berikut:
BTC : 1Ho5QYSpqrfLDosCqiUq4uHbEvDhhMvqko
ETH : 0x33a88c63c93819cb5105303aadf61b32b7574850
DASH : XyLRYJNT2asz72B15fyAKLprLAHE1fsW8U
PENTING: Setiap altcoin mempunyai Wallet Address masing-masing.
Crypto Wallet
Jenis jenis Wallet
Terdapat 2 jenis wallet yang utama iaitu: (Terdapat banyak wallet tapi saya hanya senaraikan yang recommended sahaja)
- Blockchain Wallet
- Jaxx Wallet: http://jaxx.io/
- Coinomi Wallet: https://coinomi.com/
- Exchange Wallet
- Luno Exchange: http://www.luno.com/
- Nicehash: http://new.nicehash.com/
- Remitano: http://www.remitano.com/
Wallet mana yang lebih SELAMAT & SECURE
Blockchain Wallet adalah lebih SELAMAT & SECURE. Ini kerana blockchain wallet terus didownload ke dalam device (PC atau Android) dan ia akan terus menjana Wallet Address. Tidak memerlukan username dan password tetapi anda boleh set pin. Jadi hanya device anda sahaja yang boleh mengakses Wallet ini. Sebagai langkah keselamatan, anda akan dibekalkan dengan BACKUP PHRASE untuk backup dan restore wallet anda sekiranya DEVICE anda hilang atau terformat.
Kegunaan blockchain wallet adalah ibarat sebagai SIMPANAN TETAP. Sekiranya anda ingin mining pelbagai jenis altcoin maka blockchain wallet adalah sangat sesuai. Ini kerana blockchain wallet juga boleh convert altcoin kepada bitcoin melalui SHAPESHIFT
Exchange Wallet pula lebih digunakan dalam urusniaga buy & sell. Ia tidak berapa secure (tapi masih selamat jika menggunakan 2 auth) kerana disimpan di dalam CENTRALIZED SERVER yang mana anda perlu menggunakan username dan password untuk mengakses. Walau bagaimanapun anda WAJIB mempunyai exchange Wallet iaitu LUNO untuk mencairkan bitcoin anda kepada RINGGIT MALAYSIA. Selain itu anda juga boleh menggunakan REMITANO untuk menjual bitcoin anda.
FAQ
- Saya ingin mining altcoin (contohnya Litecoin), wallet mana yang sesuai?
Jawapan: Blockchain wallet (Jaxx recommended). - Bolehkah saya terus cairkan altcoin (contoh ethereum) terus kepada RINGGIT MALAYSIA?
Jawapan: Tak boleh. Anda perlu CONVERT terlebih dahulu kepada BITCOIN. Gunakan ShapeShift untuk convert. Setelah convert dan akaun Jaxx anda mempunyai BITCOIN, anda perlu Transfer BITCOIN ke dalam Exchange Wallet iaitu LUNO untuk mencairkannya kepada RINGGIT MALAYSIA.
Mining Cryptocurrency (Altcoin dan Bitcoin)
Apa itu Mining
Mining atau melombong cryptocurrency (Altcoin dan Bitcoin) adalah proses dimana anda menggunakan PEKAKAS / DEVICE, Hardware Komputer, ASIC untuk menjana HASHRATE tertentu bagi menyelesaikan masalah MATEMATIK yang kompleks, dan jika masalah ini dapat diselesaikan maka Altcoin atau Bitcoin baru terjana dan melalui itulah anda mendapat reward.
Bagaimana Miners mendapatkan ganjaran (REWARD)
Dengan PERKAKASAN (Device) ini miners bukan sahaja menjana Bitcoin, mereka juga menghasilkan HASRATE untuk mengesahkan TRANSAKSI dan mengelakkan KEPALSUAN (Fraud). Jadi jika lebih ramai MINERS bermakna lebih TINGGI HASHRATE maka lebih cepat transaksi itu disahkan dan fraud dapat dikurangkan. Oleh sebab itu miners akan dapat ganjaran daripada kerja keras mereka.
Apabila mengesahkan transaksi, Miner mendapat bayaran yang kecil daripada transaksi itu untuk kerjanya. Jadi Miner dibayar dua kali – sekali untuk mengesahkan transaksi dan sekali lagi apabila mereka berhasil menjana Bitcoins baru. Bunyi yang menguntungkan? Sabar, baca dahulu dibawah…
Mining Network dan Difficulty
Satoshi (bukan identiti sebenar), pencipta Bitcoin, menginginkan jumlah Bitcoin yang dilombong setiap kali adalah tetap (iaitu hanya terdapat 21 juta sahaja Bitcoin yang ada), tidak kira betapa ramai pelombong datang menyertai rangkaian (NETWORK) ini. Itulah sebabnya kesukaran (difficulty) perlombongan bertambah apabila lebih banyak pelombong menyertai NETWORK.
Jika pada tahun 2009 anda boleh menjana 200 Bitcoins dengan komputer peribadi anda di rumah. Pada tahun 2014 ia akan membawa anda sekitar 98 tahun untuk melombong hanya 1 Bitcoin sekiranya menggunakan komputer peribadi yang ada. Kerana itu CPU mining tidak lagi relevan, kerana CPU adalah pengkhususan kepada kerja-kerja Computing, bukannya Mining
Kenapa ASIC Mining ( application-specific integrated circuit ) dicipta.
Oleh kerana itulah device ASIC dicipta iaitu Computing Chip yang direka khas SPESIFIK PENGKHUSUSAN untuk mining Bitcoin. Tetapi sejak ramai miners telah menyertai NETWORK ini beberapa tahun yang lalu, ia masih mustahil untuk kita sendiri menyelesaikan masalah ini. Maka kolam lombong (mining pools) telah dicipta. Kumpulan miners dibentuk bersama untuk menangani kesukaran yang semakin meningkat dalam perlombongan Bitcoin. Setiap miners dibayar untuk bahagian kerjanya.
Jadi itulah bagaimana Bitcoins dihasilkan, melalui pelombongan.
Jadi fahamlah anda serba sedikit mengenai Cryptocurrency. Anda boleh baca mana-mana forum yang berkaitan seperti di www.bitcointalk.org untuk info-info selanjutnya.
Konsep Keseluruhan
Untuk mining perkara penting yang perlu anda perolehi adalah HASHES. Jika ada Device tetapi tidak ON, sama juga, anda tidak masuk ke dalam Mining Network. Sebaliknya jika anda tiada Device tetapi menyewa HASHES, anda boleh masuk ke dalam Mining Network. Ini dipanggil Cloud Mining tapi AWAS, Cloud mining biasanya sukar untuk mendapatkan reward yang melebihi daripada kadar sewaan.
Oleh itu perkara PERTAMA yang anda perlukan adalah GPU / ASIC bagi menghasilkan HASHES untuk memasuki mining Network.
[…] kepada masyarakat dunia lebih-lebih lagi Malaysia. Pada pendapat saya, ia tercetus apabila harga Bitcoin meningkat dari $USD1000 pada awal Januari dan melambung tinggi sehingga $USD19,900. Fear of Missing […]
[…] Sumber: https://otakit.my/bitcoin-101-apa-yang-perlu-anda-tahu-mengenai-cryptocurrency/ […]