Nama Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam perniagaan alam maya, terutamanya di kalangan wanita. Namun, kejayaan yang beliau telah kecapi kini tidaklah hadir dengan mudah.
Pada mulanya, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinaz Yusof hanyalah seorang graduan Undang-undang dari London School of Economics, UK (LSE). Namun, setelah minat beliau untuk menjadi seorang usahawan mula timbul semasa bekerja di bawah syarikat hartanah milik bapanya, Proven Group, beliau memutuskan untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan dalam talian bersama teman lelakinya, Fadzarudin Anuar, yang kini suaminya. Maka seperti yang umum diketahui, lahirlah laman FashionValet yang menjadi kegilaan mereka para wanita yang mahukan keunikan di dalam penampilan mereka.
Jadi bagaimanakah timbulnya idea untuk menubuhkan sebuah kemudahan membeli-belah secara dalam talian ini? Menurut Vivy, konsep e-dagang di Malaysia yang tidak luas, bukan sahaja menyusahkan para konsumer, malah peniaga-peniaga juga merasakan pemasaran mereka kepada orang ramai terbatas. Jadi Vivy dan Fadza mengambil peluang untuk mengisi peluang keemasan tersebut.
Namun, bukanlah mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan, apatah lagi dalam industri yang belum tentu hala tujunya. Namun, dengan bermodalkan wang sebanyak RM100 ribu hasil daripada simpanan sendiri dan pinjaman, Vivy tetap mara dengan kental.
Walaupun begitu, antara cabaran terbesar yang terpaksa beliau lalui adalah dengan memulakan perniagaan e-dagang dengan bermodalkan wang yang sedikit. RM100 ribu mungkin nampak besar pada kocek peribadi, tetapi untuk perniagaan, banyak yang perlu dipertimbangkan. Mereka perlu menyewa pejabat dan gudang, membeli stok-stok, dan tidak lupa juga untuk tujuan pemasaran.
Jadi, pada tahun 2012, pasangan usahawan ini mencuba nasib mereka dalam musim kedua rancangan realiti, “MYEG Make The Pitch” di mana peserta-peserta perlu membentangkan idea perniagaan mereka kepada barisan pelabur-pelabur. Mereka telah menerima pelaburan sebanyak RM1 juta atau 30 peratus saham syarikat FashionValet dari MyEG Services apabila dinobatkan juara musim kedua, membolehkan mereka mengembangkan lagi syarikat mereka.
Bahkan Vivvy juga tidak seperti pasangan suami isteri yang lain setelah lima tahun bekerja bersama. Pasangan ini juga terpaksa berkorban masa bersama akibat daripada kesibukan urusan FashionValet. Pasangan ini mengakui, perniagaan bersandarkan hubungan suami isteri, menuntut kesabaran dan cabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun Vivvy dan Fadza berfikiran positif dalam hal rumah tangga. Pasangan FashionValet ini, meletakkan tanda aras kepuasan dan kebahagian mereka hasil daripada kerjasama serta saling menlengkapi dalam kelebihan masing-masing.
Ramai wanita di luar sana kagum dengan semangat dan kesungguhan Vivvy Yusof. Lihat sahaja bagaimana beliau mampu menguruskan perniagaan walaupun pada ketika itu sedang sarat hamil di awal kemunculan FashionValet. Panduannya mudah, Vivvy hanya perlu menjaga kesihatan dan penampilan sebagaimana wanita hamil. Sehingga kini, Vivvy bijak menguruskan masa antara tanggungjawab sebagai isteri, seorang ibu kepada dua orang anak serta pelbagai urusan perniagaan. Gaya hidup yang produktif bagi seorang wanita berkerjaya.
Ikon fesyen ini juga mengambil pendekatan dengan menghargai setiap rekaan pereka tempatan. Vivvy, menjadikan dirinya sebagai bahan kajian dalam bergaya. Hampir setiap hari, beliau bergaya dengan hasil rekaan tempatan dan memuat turun melalui laman instagram miliknya. Vivvy percaya, rekaan pereka tempatan juga setanding dengan rekaan antarabangsa. Justeru, jenama antarabangsa bukan lagi pilihan utama Vivvy dalam bergaya kesan dua tahun kewujudan FashionValet.
Nama FashionValet terbukti semakin gah di mata dunia apabila mereka berjaya mendapatkan dana pelaburan daripada Elixir Capital di Silicon Valley, California pada awal tahun ini untuk Siri A, menjadikan FashionValet salah satu daripada syarikat-syarikat Malaysia yang berjaya mendapat dana daripada bandar teknologi tersebut. Perkembangan terkini, syarikat Start Today Co Ltd daripada Jepun menjana Siri B pembiayaan pusingan bernilai ‘multi-juta dolar’ kepada FashionValet melalui pemilik talian membeli belah fesyen terkemuka ZOZOTOWN.
Setelah enam tahun bergelar usahawan, Vivvy Yusof berkongsi 11 panduan untuk mereka yang bakal bergelar usahawan. Anda perlu tahu tentang produk dan industri perniagaan yang diceburi. Para usahawan perlu rajin menjalankan penyelidikan ke atas produk sendiri serta mengenal pasti produk pesaing anda. Teknik pemerhatian juga harus di lihat dari segi kaedah pemasaran produk.
Panduan kedua, Kenalpasti sasaran pelanggan anda menerusi peringkat umur dan demografik. Seterusnya, pilih rakan kongsi yang sesuai untuk turut sama dalam mencapai objektif perniagaan anda. Pemilihan rakan kongsi, penting untuk kita saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Usahawan juga perlu membentuk satu pasukan yang kuat serta hebat. Walaupun pelbagai cabaran dalam membentuk satu pasukan, kita harus menerapkan latihan kepada pekerja sebagai ketua.
Apabila menceburi bidang perniagaan, anda harus tampil yakin serta bijak dalam pengurusan masa yang produktif. Vivvy mementingkan kerja secara berpasukan. Oleh itu, bakal usahawan perlu pandai berkomunikasi antara pekerja dan ketua pasukan dari segi pembahagian kerja serta kepercayaan. Sebagai ketua, beliau wajib turun padang dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Manfaatkan kewujudan media sosial tanpa sempadan bagi tujuan pemasaran produk dan penjenamaan anda. Vivvy juga menasihati bakal usahawan, jangan malu untuk menggunakan produk anda sendiri. Vivvy tampil yakin dengan rekaan daripada FashionValet dan Duckscarves. Hasil dua produk kebanggaanya untuk membina keyakinan para peminat dunia fesyen. Jadi, tidak hairan mengapa beliau sering mengaplikasi rekaan FashionValet serta Duckscarves sebelum memuat naik di laman sosial media bagi tujuan pemasaran.
Pelbagai cabaran dan kritikan luar datang ketika perniagaan sedang dibina. Para usahawan perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Oleh itu, anda perlu mendapat sokongan penuh dan kuat daripada ahli keluarga anda sendiri seperti ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak dan sebagainya. Sebagai umat Islam anda perlu menjaga hubungan antara Allah dan orang-orang disekeliling anda. Tanpa doa mereka, kita pasti tidak akan mampu melangkah lebih jauh. Akhir sekali, Doa, yakin dan tawakal kepada pencipta kita sebgai hambanya. Yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dalam menentukan rezeki. Vivvy berkata, “Kalau kita dekatkan diri dengan Tuhan, mustahil Tuhan akan jauh dengan kita. Percayalah.”
Mendekati pemilik FashionValet, Vivy Yusof sebagai seorang usahawan muda, anak, isteri dan ibu serta bagaimana wanita ini mengimbangi di antara empayar fesyen dan keluarga. Berjaya memikat pihak ASTRO dalam pemilhan rancangan realiti Love Vivvy di AstroRia, pada hari Isnin jam 9.30 malam. Perkembangan ini adalah suatu kejayaan besar buat Vivvy serta kumpulan produksi FashionValet.
Sehingga kini, tiada langsung tanda-tanda FashionValet akan memperlahankan momentum mereka. Malah, mereka dijadikan contoh untuk mereka yang cuba untuk berjinak-jinak di dalam perniagaan dalam talian. Namun, satu nasihat penting dari Vivy yang perlu usahawan-usahawan lain benamkan dalam ingatan: Tanyalah orang di sekeliling tentang kelemahan perniagaan anda kerana itu adalah satu-satunya cara untuk memperbaiki diri dan perniagaan anda.
Sumber:
www.asianentrepreneur.org
www.edgy.my
www.digitalnewsasia.com
www.say.com
www.techinasia.com
www.notey.com
youtube: MyEG Make the Pitch S2 EP7 – Fashion Valet
Saya telah ditawarkan oleh pemilik syarikat pengusaha pasir antara yang terbesar di Malaysia untuk menjadi rakan kongsi dan untuk usahasama denga beliau dan kembangkan lagi perniagaan pasir di dalam dan luar negara.Tawaran ini adalah kerana saya telah memperkenalkan kepada beliau pembeli-pembeli pasir laut,sungai dan silika dalam serta luar negara.Beliau bersetuju untuk memberi segala dokumen atau surat sokongan bagi permohonan pinjaman permulaan perniagaan untuk saya dapat membeli saham di dalam syarikat yang ditawarkan serta untuk saya membeli jentera dan membayar sebarang deposit kawasan yang akan saya lakukan kerja-kerja mengepam dan mengorek pasir