Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “YOUR POWER SOLUTION PARTNER” Nik Zokipli Nik Husin – Info-Matic Power Sdn Bhd

3.71K 0

‘YOUR POWER SOLUTION PARTNER’
Nik Zokipli Nik Husin
Info-Matic Power Sdn Bhd
imp-ups.com.my


BIOGRAFI

Nik Zokipli Nik Husin merupakan pemilik merangkap Pengarah Urusan (MD) Info-Matic Power Sdn. Bhd. Merupakan anak jati Terengganu, Nik Zokipli mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Terengganu.

Kesempitan hidup tidak menghalang beliau untuk mencapai cita-citanya ke menara gading, dan beliau kemudiannya telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Memulakan kerjayanya di Johor bersama sebuah syarikat perkilangan beliau kemudian memutuskan menceburi bidang keusahawanan.

Latar belakang anda.

Saya berasal daripada Terengganu dan ibu saya adalah seorang penoreh getah. Kami juga adalah daripada keluarga yang sangat susah ketika dahulu. Tiada seorang pun daripada kami sekeluarga yang melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Boleh dikatakan saya antara yang bernasib baik di antara adik beradik yang lain kerana saya dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Terengganu.

Kemudian saya terus ke UTM dan selepas tamat pengajian saya mula bekerja di sebuah kilang di Johor. Namun saya diberhentikan ketika itu kerana keadaan ekonomi pada zaman tersebut dan tidak lama selepas itu saya berjaya mendapatkan pekerjaan baru malah lebih baik dari sebelumnya.

pg-nik-zokipli-info-matic-power

Nik Zokipli Nik Husin, Info-Matic Power Sdn Bhd

 

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Nik Zokipli Nik Husin, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.