‘FAILURE IS A STEPPING STONE TO SUCCESS’
Azrul Hassani Baharom
Funcel Sdn. Bhd.
www.funcel.com
BIOGRAFI
Azrul Hassani Baharom adalah pengasas FUNCEL SDN. BHD.. Ditubuhkan pada 1999 ia merupakan sebuah syarikat berkepakaran dalam pembikinan animasi 2D dan IP (intelectual property).
Di bawah kepimpinan beliau, FUNCEL telah berjaya memasarkan produk-produknya kepada pelbagai pihak antaranya menerusi saluran penyiar televisyen nasional, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan paling membanggakan kerjasama strategik dengan Gonzo, pengeluar kandungan animasi terkemuka di Jepun.
Didorong semangat yang tinggi dalam industri kreatif, Azrul menetapkan matlamat untuk menjadikan FUNCEL sebuah syarikat penerbitan animasi terkemuka dunia dalam masa terdekat. Sehubungan itu, pengiktirafannya oleh MDeC sebagai syarikat berstatus MSC dilihat tepat, dan selaras kredibiliti tersebut FUNCEL juga terpilih antara lima panel industri bagi kerjasama industry-academia
Selain itu, ia juga dilantik sebagai salah satu panel industri di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memberikan pandangan serta nasihat kepada badan berkenaan untuk merangka strategi, promosi dan hala tuju industri serta kandungan kreatif tempatan.
Justeru, tidak hairanlah jika anak kelahiran Pulau Pinang ini aktif berpersatuan di mana Azrul merupakan mantan Ahli Exco Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan NEF, selain pernah diundang untuk memberi ucapan di persidangan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, Azrul juga terbabit dalam The Children’s Media Conference, di bawah kelolaan UK Trade & Investment membentangkan hala tuju FUNCEL dan meneroka langkah kerjasama strategik dua hala antara Malaysia dan UK di Sheffield, United Kingdom pada tahun 2012, khusus bagi produksi animasi serta pengeluar-pengeluar individu. Ketika ini juga, Azrul komited membangunkan penerbitan animasi 3D sebagai segmen baru yang bakal menjadi antara cabang fokus FUNCEL dalam waktu terdekat.
Mengembangkan lagi potensinya di peringkat global, Azrul turut mengukuhkan hala tuju FUNCEL dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Gonzo Digimation, Jepun sebuah syarikat animasi terkemuka serta berpengaruh di dunia yang telah menerbitkan siri popular ‘Afro Samurai’, dan bakal menyediakan platform bagi FUNCEL membawa jenama wira tempatan ke peringkat antarabangsa iaitu ‘Satria’ yang dijangka bakal ditayangkan.
PERJALANAN ANDA SEBAGAI USAHAWAN
Saya mula berniaga secara kecil-kecilan sejak di Matrikulasi UUM lagi. Saya berkongsi dengan rakan-rakan membuka perniagaan kafe siber di kampus. Pelbagai cabaran dilalui ketika itu memandangkan kami bermula dari bawah dan tiada apa-apa. Walaubagaimanapun, dari situ saya mula belajar banyak perkara mengenai perniagaan dan lebih-lebih lagi dalam pemilihan rakan kongsi, di mana gandingan kita itu haruslah seseorang yang mempunyai visi seiring dengan kita.
Azrul Hassani Baharom, Funcel Sdn Bhd
Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Azrul Hassani Baharom, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.