Majoriti orang dewasa yang bekerja meluangkan masa 9 jam sehari untuk duduk di meja kerja, 5 hari seminggu.
Dan millennials (merangkumi 35% tenaga kerja) dikenali sebagai individu yang mahukan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan; mereka mahu berasa lebih terisi di dalam pekerjaan mereka, dan bukan sekadar boneka yang tidak bernyawa di dalam syarikat tersebut.
Pejabat moden bukan sahaja terdiri daripada kubikel dan komputer – malah ia fokus kepada penyelesaian yang dapat membantu mengurangkan stress pekerja dan meningkatkan kegembiraan.
Ruang ko-kerja, tumbuh secara popular dikalangan usahawan SMEs dan syarikat permulaan, dan telah mengikuti trend ini dengan meletakkan kelebihan – kelebihan di dalam ruang tersebut dengan matlamat am untuk meningkatkan taraf “kegembiraan pekerja” di tempat kerja.
Oleh hal demikian, jika anda berniat untuk meningkatkan kegembiraan pekerja anda, atau anda hanya ingin melihat bagaimana pejabat anda sendiri terserlah dengan kelebihan yang ditawarkan oleh ruang ko-kerja di sekitar KL, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh dapatkan sekiranya anda membuat keputusan untuk bekerja di ruang tersebut dan kenapa ianya penting.
1) Gaming Stations
Untuk memenuhi kehendak generasi millennia yang membentuk sebahagian besar ekosistem SME dan syarikat permulaan, ruang ko-kerja seperti Co-Labs menyediakan kawasan untuk pekerja mengadakan sesi gaming ketika mereka sedang berehat.
Menurut laporan dari BBC, bermain permainan komputer pada waktu bekerja boleh meningkatkan kegembiraan umum pekerja dan juga produktiviti, dengan perbadanan konvensional turut mengikut jejak langkah ini.
Dan kepada majikan yang risau tentang pekerja yang mahukan menggunakan masa di konsol permainan untuk melegakan stress, satu kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa bermain permainan selama 1-2 minit sudah cukup untuk meningkatkan kegembiraan.
2) Kolam Renang
Ya, kolam renang yang sebenar di tempat kerja. Sama ada anda seorang peminat kecergasan yang amat menyukai cara mudah untuk bersenam ataupun seseorang yang mahu berehat di kolam renang, ruang ko-kerja seperti Colony menyediakan pilihan berikut untuk anda.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh jenama baju renang, Speedo, berenang secara kerap dapat membantu untuk mengurangkan kadar stress, manakala ia membantu perenang berasa segar.
“Memasuki kolam renang adalah cara yang sempurna untuk berehat selepas hari yang sibuk, dengan 74% bersetuju bahawa berenang dapat mengurangkan stress.”
3) Ruang Mandi
Cara yang terbaik untuk memastikan seorang itu berjaga terutamanya pada hari yang mengantuk selepas minum kopi, ruang rehat pejabat seperti WORQ dan Sandbox mempunyai ruang mandi di mana anda boleh mandi untuk menyegarkan diri di pertengahan hari.
Dengan situasi trafik di Lembah Klang yang semakin teruk, ramai pekerja memilih untuk mandi sebelum mereka pulang. Dan jika pejabat atau ruang rehat pejabat mempunyai tempat untuk bersenam (atau kelas dan aktiviti berkumpulan seperti yoga), ruang mandi merupakan tempat tambahan yang terbaik di situ.
4) Ruang Tidur untuk “Tidur Sekejap”
Ruangan untuk tidur sekejap di ruang rehat pejabat boleh mempunyai katil yang ringkas atau sofa. Colony mempunyai buaian yang besar di mana anda boleh tidur sesuka hati – secara peribadi.
Tidur di tempat kerja yang dahulunya merupakan pantang larang, kini amat digalakkan. Kajian menunjukkan banyak syarikat yang mula menggalakkan tidur tengah hari, dengan kaitan antara kesihatan dan keadaan mental pekerja serta tahap produktiviti yang menjadi lebih baik.
Jadi ya, tidur sekejap = baik untuk perniagaan.
5) Orang Yang Lapar Adalah Orang Yang Pemarah
Semua pejabat moden menyediakan pantri yang mempunyai microwave, dapur dan juga mesin pembuat kopi. Walau bagaimanapun, ruang ko-kerja mengarah kepada konsep cafe lengkap dimana kopi dan snek menjadi komponen penting untuk hari biasa seorang profesional.
Sesetengah ruang rehat pejabat juga menyediakan minuman ringan yang lain. Apa sahaja jenis minuman, ruang ko-kerja mengambil berat akan kepentingan moral pekerja dan di ekspresikan pada bahagian yang paling penting: perut kita.
6) Dapatkan Urutan
Sesetengah ruang rehat pejabat mempunyai tukang urut untuk sesiapa sahaja yang merasa lenguh ketika duduk di meja.
Cawangan WORQ terbaru di Subang, menyediakan kerusi urut.
Secara umumnya mengetahui, duduk di meja untuk hari/minggu/bulan/seumur hidup boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik, dan pelaksanaan penyediaan kerusi urut atau tukang urut boleh menjadi penyelamat kepada ramai pekerja di luar sana.
Meskipun penerimaan umum tentang kesihatan pekerja adalah faktor penting untuk kejayaan pasukan/syarikat, kelebihan yang dinyatakan di atas adalah amat mahal untuk diletakkan di pejabat anda.
Ppilihan yang lebih murah tetapi masih mampu menolong pekerja untuk mengurangkan stress adalah seperti kerusi urut seperti disediakan oleh WORQ, dan ia adalah lebih murah dari menyediakan tukang urut.
Walaubagaimanapun, kerusi urut biasa juga harganya mahal, lebih-lebih lagi model premium yang boleh mencecah 5 angka.